“4 Tahun Lepas Kita Sama-Sama, Hari Ini I Bersiap Seorang Diri.” Luahan Hati Nora Tunai Umrah Tanpa Suami. Sebaknya!

Share

Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan yang disayangi telah pergi buats elama-lamanya. Biar hari berganti hari, namun kerinduan tak pernah padam. Saban masa, ingatan pada dia tak pernah padam.

Bagi penyanyi Nora Ariffin, kesayuan di hati hanya Tuhan yang tahu.

Luahan rasa itu dimuat naik menerusi laman instagramnya apabila dia sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah hari ini.

Namun pastinya pemergian kali ini sedikit berbeza apabila tiada lagi suami yang disayangi menemaninya.

 

Nora berkata, ia merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mekkah dan Madinah tanpa suami tercinta.  Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya.

Kenangan empat tahun lalu ketika menunaikan umrah bersama arwah.

 

“Hari ini I nak pergi umrah, sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang.

“Kenangan takkan pernah padam. Masih segar diingatan empat tahun lepas kali terakhir kita sama-sama mengerjakan umrah. Hari ini… I bersiap seorang diri melangkah bermusafir ditemani jemaah lain,” tulisnya di kapsyen instagramnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanyalah Satu ini bakal menunaikan umrah atas tajaan Datuk Seri Vida. Dalam instagramnya, Nora turut memohon kemaafan  kepada sesiapa yang mengenali dirinya selain mengharapkan perjalanan umrahnya nanti dipermudahkan.

“Doakan perjalanan umrah saya selamat pergi dan pulang kepangkuan anak-anak tersayang.

“Moga selepas umrah kali ini akan datang tahun baharu 2019 dengan sinar dan semangat serta rezeki yang bertambah untuk saya melangkah menjalani kehidupan lebih sempurna,” ujarnya.

Sumber: IG itsnoraariffin

IKLAN