Telah diumumkan bahawa pada hari khamis ini, 13 Mei 2021, kita semua bakal meraikan Aidilfitri.
Masih sempat lagi untuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk. Paling penting rumah berbau harum!
Apa kata ikut petua ni, tentu rumah kekal wangi dan bersih.
1. RUMAH WANGI SEMERBAK
Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan. Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!
Ads
2. LANTAI KILAT DAN WANGI
Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan pelembut baju yang wangi. Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit pelembut baju. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!
3. KIPAS BEBAS HABUK
Ads
Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.
Ads
4. BERSIHKAN BIDAI
Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.
5. CERMIN BERKILAT
Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seminggu dua ni di mana-mana sahaja mesti anda akan nampak permainan yang dipanggil latto-latto ni, sama ada orang sedang bermain atau menjual. Latto-latto ini merupakan permainan yang mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali.
Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Walau bagaimanapun, permainan latto-latto ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.
MAINAN LATO-LATO BUAT ANAK KETAGIH, RUPANYA BAHAYA
Menurut beliau, terdapat satu kes kecederaan yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan akibat cedera bermain lato-lato. Kanak-kanak tersebut difahamkan lebam dan bengkak di bahagian batang hidung.
“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” ujarnya.
Perkara ini terjadi kerana sekiranya kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.
“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Bagi yang gemar mengikuti Mukbang China yang asyik makan beberapa ulas bawang putih, sebenarnya ia adalah sejenis makanan yang dikenali sebagai Bawang putih laba atau Laba garlic.
Lazimnya dikalangan kita sudah biasa makan bawang putih jeruk, namun sebenarnya ia berbeza.
Oleh kerana ia viral, para warganet teruja untuk mencuba cara penyediaannya. Nak tahu cara membuatnya, wanita ini, AJ Idriskongsi resipi Bawang putih laba menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Bawang putih laba atau Laba Garlic.
Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak diorang makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai. Rupanya bawang putih jeruk.
Bawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8(LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.
Khasiat Pemakanan : Laba Garlic dipercayai mampu memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser.
Resepi Laba Bawang Putih
Bahan-bahan:
3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa je
1 sudu besar gula batu
Cara : Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.
Siap daaa…
*Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya
Warganet ingat petai
Siapa sangka selama ini melihat Mukbang dari China, beranggapan bahawa sedang makan petai rupanya makan bawang putih laba!
Secara tradisionalnya, ketua keluarga adalah ibu atau bapa tetapi ada juga beberapa kes dimana anak yang menjadi ketua keluarga. Begitulah juga kes “single sister” ini.
Memegang gelaran “single sister”, Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Menurut temubual bersama mStar, Nurlina, 22, berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada bulan Mac tahun lepas.
Baru-baru ini, Nurlina hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik adiknya, Syawal, yang berumur 10 tahun. Dia juga pernah digelar sebagai “ibu muda” kerana ramai menyangka Syawal adalah anaknya.
“Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai ‘puan’. Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad),” luahnya.
Nurlina memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun.
“Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. Pada masa tu, ibu sedang tidur dan ‘pemergiannya’ hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital” kata “single sister” itu.
Walaupun terkejut dengan khabar yang diterima pada masa itu, dia menerima takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita.
“Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu… barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan,” luahnya.
Nurlina juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana bimbang tidak dapat menjaga adiknya, Syawal. Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan terbaik dan penuh kasih sayang.
“Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang” katanya.
Bersyukur masih mempunyai tempat berteduh, Nurlina turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berumur lebih 80 tahun.
Di samping itu, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi.
“Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing,” ujarnya.
Walaupun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000 sahaja, Nurlina masih mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti pakaian, buku dan alat tulis. Dia juga membayar yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
“Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit… macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu,” jelas Nurlina.
2 hari yang lalu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 663,000 tontonan.
Rata-rata wargamaya meninggalkan komen sokongan kepada Nurlina dan berharap dia terus tabah untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.