Apabila ibu bapa mendoakan anak setiap hari pasti ada sinar kebaikkan buat anak itu. Asbab doa itu, hidup anak menjadi sejahtera dan berjaya dalam hidupnya.
Sudah tentu sebagai ibu bapa kita sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada cahayamata.
Di bawah ini adalah doa untuk anak yang dipetik daripada Al-Quran, sesuai untuk amalan ibu bapa.
1. DOA AGAR ANAK RAJIN SOLAT
رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)
2. DOA MEMOHON ANAK DAN KETURUNAN YANG SOLEH
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15)
3. DOA AGAR ANAK DILEMBUTKAN HATI
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah As-Syura Ayat 19)
Ads
4. AGAR ANAK DILAPANGKAN DADA
Keseluruhan surah Al Insyirah boleh diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi mesej yang amat hebat tentang berlapang dada.
Selain dibacakan sendiri, elok juga kita mengajarkannya kepada anak agar mereka juga memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾
Ads
(3) Yang memberatkan tanggunganmu
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾
(5) Oleh itu, tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾
Ads
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨﴾
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
5. DOA AGAR DIBERI RAHMAT
رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun, Ayat 109)
Semoga doa ini menjadi panduan untuk membesarkan anak-anak.
Musim perayaan ini pastinya banyak kediaman akan kosong dalam tempoh yang lama setelah ramai yang pulang berhari raya di kampung.
Ketika ini sudah tentu kita akan bimbang memikirkan keselamatan rumah, bimbang di masuki pencuri.
Namun sebagai umat Islam kita digalakkan berserah kepada Allah dan mengamalkan beberapa bacaan.
Menarik dengan perkongsian ini, memberikan beberapa ayat untuk kita amalkan apabila kita pulang ke kampung.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
“Pencuri yang dikatakan tak boleh naik naik dan turun. Sedangkan pagar rumah rendah. Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut. , dia nampak air…
Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…
Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini. Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.
Doa dan amalan
DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lihat gambar ini, sudah tentu ada yang rindu nak ‘dine in’ bersama rakan-rakan. Inilah me time buat kita semua. Bersembang bersama mengenai kehidupan begitu membahagiakan. Dapat juga berkongsi suka duka serta luahan perasaan kepada sahabat karib.
Tak kira lah lelaki atau perempuan, momen makan bersama teman itu sudah pasti perkara yang dinginkan setelah hampir 3 bulan SOP ketat dilaksanakan yang tidak membenarkan tempat makanan dikunjungi ramai.
Apa yang menarik tular di media sosial, sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan wanita kelihatan beratur secara beramai-ramai untuk membayar makanan sedangkan mereka makan semeja berbual mesra. Manakala lelaki dikatakan lebih santai dengan hanya mewakilkan seorang teman untuk membayar bil makanan.
Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warganet, masing-masing mempunyai pendapat.
Ikuti perkongsian ini.
Orang pempuan kalau makan ramai-ramai, time nak bayar, kena kira satu-satu. Takleh terlebih terkurang. Balik tu siap ada spreadsheet resit, nak kena kira balik betul ke bayar dengan exact amount. Terlebih kang nak kena claim kat member yang terkurang. Orang laki jugak yang rilek. Cincai kira makan apa, minum apa. Letak duit atas meja. Kumpulkan. Orang last letak duit pergi bayar kat kaunter. Kalau tak cukup, ada la yang tolong topupkan nanti. Kalau terlebih, rezeki si tukang bayar. Terlebih terkurang, kira halal.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran. Hujung minggu adakalanya sibuk dengan urusna lain. Jadi, bab nak mendekorasi jauh sekali. Hanya jika ada masa terluang boleh berbuat demikian. Tapi bab bersihkan rumah mahu tak mahu wajib buat. Jangan sampai rumah macam tongkang pecah.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba praktiskan empat langkah mudah ini jika mahu kediaman anda kelihatan cantik dan sentiasa wangi. Jom semak:
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di