Setiap pasangan suami isteri inginkan kehidupan yang bahagia. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan rumahtangga aman damai.

Namun, dalam melayari bahtera bersama, suami kadang lupa beberapa perkara yang membuatkan isteri berkecil hati. Biarpun suami rasa ia perkara kecil, tetapi ia perkara besar buat isteri itu.

Begitu juga dengan perkongsian oleh Firdaus Shakirin mengenainya.

 

5 Perkara Ini Kecil Bagi Suami Tapi Besar Bagi Isteri.

Perkara ni, kecil bagi seorang suami, tp besar bg seorang isteri…

IKLAN

1. Tarikh Birthday / Anniversary.

– Bagi seorang suami, tarikh hari2 penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari mula couple, dan sebagainya ini bukanlah sesuatu yg patut dititikberatkan atau diberikan perhatian…ianya hanyalah tarikh, semata2 tarikh sahaja…hari dimana berlakunya sesuatu…tapi utk seorang isteri, tarikh2 ini amatlah bermakna dlm hidupnya kerana setiap tarikh itu mempunyai sentimental value, mempunyai kisahnya yg tersendiri, ada sesuatu yg berlaku dlm hidupnya pd ketika itu…dan tarikh ini dijadikan rujukan peribadi utk diri seorang isteri dan dia nak paling kurang pun ucapan dr seorang suami pd tarikh berkenaan sebagai tanda ingatan bahawa suaminya juga mengingati peristiwa apa yg berlaku pd hari tersebut…

2. Respon kepada mesejnya.

– Jgn sekadar “Bluetick” atau membalas “K” utk setiap mesej isteri…lebih dari itu sebenarnya yg di mahukan seorang isteri…ada isteri yg sgt takut utk bergurau senda bila suami didepannya…jarang boleh berbual, berkomunikasi dgn suami bila suami ada depan mata disebabkan dia sibuk menguruskan perkara lain dlm rumahtangga…jadi, dia guna medium lain seperti wassup, sbgai cara utk berhubung, bergurau senda dgn suami…ada pertanyaan yg hanya akan ditanya dlm medium tersebut…jika disuruhnya bertanya secara berdepan, mgkin tidak terkeluar dr mulutnya akan soalan2 itu…tolong berikan respon terhadap setiap apa yg cuba dibualkan isteri walaupun hanya dlm wassup…

IKLAN

3. Cara pengendalian diri didalam social media.

– Bagi si suami, like dan komen pd gambar kawan2 perempuan is just sekadar suka2 atau ‘tak lebih dr sekadar kawan’…simple isn’t? Tapi tidak utk seorang isteri…dia amatlah tidak suka akan perbuatan suaminya itu…there is no valid or strong reason for a man that already married, to leave such comments or to respond to others woman posting…isteri tagged, isteri post, satu hapak pun dia tak like, tak komen, tak respon…tp pompuan lain, bleh plak dia react…a big no for this kind of behaviour in social media…especially yg dah jadi suami org…

4. Keluar melepak dgn kawan.

– Jumpa kawan ja pun, lelaki semuanya, kenapa nak bising? kenapa xbleh kluar? Itu yg kita kata, tetapi utk seorang isteri, dia lebih memerlukan masa lapang suaminya itu utk berada dgnnya, melepak dgnnya, berbual, bersembang, berkomunikasi dgnnya…boleh keluar, lepak dgn kawan, tp pastikan bukan selalu, dan hanya akan kluar bilamana dah membantunya menguruskan rumahtangga…then, u can have your time with your friend…family 1st dlu…

IKLAN

5. Bawa isteri keluar.

– Seorang suami mgkin menganggap bahawa nak bwk isteri kluar dr rumah itu perlukan modal yg besar…dan ada suami yg hanya hari gaji bru bwk isteri kluar dr rumah…isteri sgt memerlukan masa diluar rumah utk tenangkan diri, refreshkan diri dan merehatkan diri…seharian dia mengadap dinding yg sama, ruang tamu yg sama, dapur yg sama…maka dia perlukan sesuatu yg lain utk dilihatnya…bwk isteri kluar, tak semestinya dgn pergi melancong…cukup sekiranya sekadar bwk ke taman, pusing2 tasik, ronda2 dgn motor, bwk kluar mkn, p pasar mlm dan sebagainya…bercuti, melancong, itu lebih baik, tp nilaikan dr sudut kemampuan kewangan dahulu sebelum bwk isteri melancong…sekurang kurangnya, buatlah perkara yg tidak melibatkan modal dahulu…

Ini adalah antara perkara yg kecil bagi seorang suami, tp besar makna dan kesannya bagi seorang isteri…

Semoga bermanfaat… 

Kredit: Firdaus Shakirin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI