Suami selalu keluar malam, lepak kedai mamak dengan member, keluar rumah tak pelawa isteri pun. Sekali buat ok, dua kali berulang ok tapi kalau banyak kali terasa juga, lebih-lebih lagi isteri berhati “sponge” mudah rasa kecil hati.
Ini 5 rahsia yang semua isteri boleh amalkan supaya suami mudah lembut hati dan dengar kata, insyaallah mujarab :
1. Jaga makan suami
▪️ Nak suami mudah dengar kata jangan bagi makanan sebarangan masuk ikut mulut.
▪️ Bila suami dah terlalu biasa makan di luar nanti makan di rumah rasa pahit dan tawar walaupun sekadar minun air putih.
▪️ Sebaiknya isteri masak untuk suami dan makan di rumah sambil suap menyuap baru mood honeymoon tu sentiasa segar.
▪️ Nescaya suami akan buka telinga seluas-luasnya untuk isteri bila perut dia dipenuhi kasih sayang.
.
2. Guna kata-kata lembut
▪️ Jangan sesekali keluar kata-kata kasar dengan suami walau marah macam mana sekali pun.
▪️ Sekali terlepas perkataan kasar akan menghasilkan selaput di telinga suami ibarat dinding yang menghalang suara isteri didengari.
Ads
▪️ Inilah punca suami dapat masalah pendengaran, lebih serius lagi suami boleh berjangkit pekak dari badak.
Garam epsom ni ramai tak tahu kegunaannya. Malah ada yang tak pernah dengar mengenai khasiat ‘garam ajaib’ ini.
Meskipun disebut sebagai ‘garam’, namun garam ini bukan garam dapur yang biasa digunakan dalam masakan kerana ia lebih tepat dipraktikkan sebagai ubatan atau rawatan tradisional.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ia disebut sebagai garam kerana garam ini memiliki struktur kimia magnesium sulfat (MgSO4).
Kegunaan garam Epsom tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu dalam usaha merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan atau penyakit yang berlaku pada tubuh badan kita.
Nak tahu caranya ikuti nasihat doktor ini, Mazliana Mazlan menerusi perkongsiannya.
Semua rumah kena ada epsom salt tau.
Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.
Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium.
Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.
Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya.
Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik
2. Perbaiki mood anak
3. Lebih fokus
4. Kuatkan tulang dan gigi
5. Berikan energy secukupnya untuk anak
6. Sihatkan otot dan saraf
7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
8. Tingkatkan imuniti badan anak
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh.
Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur.
Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan. Atau beli kat sini shopee.
Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui emosi dirinya kini tidak stabil.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok baru-baru ini, menurut Atikah, dia ketika ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan keadaan badannya yang sudah mula rasa sakit di beberapa bahagian apabila kandungannya kini semakin membesar.
“Hari ini ingat nak masak, tapi tak larat. Bila rasa sayu, Tikah suka kunyah sayur.
“Rasa ‘extra’ penat dan sakit semua tempat dan bila sakit satu badan macam ini, ‘auto’ rasa macam tak disayangi.
“Air habis, rasa haus tapi suami tak tolong ambilkan air pun. Rasa macam suami tak sayang kita.
“Bila kena ambil air sendiri terus rasa ‘cramp’ di bahagian peha, jadi kita rasa sedih,” katanya berkongsi menerusi videonya.
Tambah Atikah lagi, dia juga berasa sedih kerana terlalu rindukan akan masakan ibunya yang menetap di Singapura.
“Bila rasa sedih, mulalah rindu nak makan masakan mama.
“Tapi Tikah tak reti nak masak sama macam masakan mama.
“Kalaulah mama boleh duduk Kuala Lumpur, boleh masak setiap hari,” tulisnya.
Perkongsian ibu hamil ini mendapat perhatian ramai yang ternyata simpati malah turut berkongsi pengalaman hamil mereka yang turun naik emosinya kerana perubahan hormon ketika hamil.
Terdahulu Atikah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Dalam diam-diam pelakon berkulit hitam manis ini selamat diijabkabulkan bersama pasangannya semalam. Fendy Bakry kini bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu.
Pernikahan Fendy yang berlangsung pada malam tadi (Ahad) mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kekasih atau kisah cintanya.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri bernikah selepas waktu Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat masing masing.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas tujuh. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Fendy sebelum ini melangsungkan pertunangan secara ringkas pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik Covid 19.
Dalam satu kenyataan, pelakon ini berkata, bukan tidak mahu mengundang ramai jemputan termasuk pihak media, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).
“Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.
“Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.
“InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini,” katanya. Pasangan ini dikatakan saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah. kepribadian Ayu yang mengambil berat dan mendahulukan keluarga dikatakan faktor yang memikat hati Fendy untuk lebih mengenali dan akhirnya memilih wanita ini sebagai suri hatinya.
“Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya. Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya.
Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.
“Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.
“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pelakon Mr Grey ini lagi.
Dia dalam pada itu turut berkongsi berita gembira tersebut di ruangan instagramnya.
Bismillah..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!! Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.. InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu di dahulukan.. Jangan risau.. akan abg jemput semua media dan kawan2 yang selalu support abg.. takkan ada rsvp ok.. heeee . Gambar lain, nanti la abam update.. Malam nie kena rest awal… tak elok kena embun.” tulisnya di kapsyen.