Kisah seorang lelaki yang berkongsi video telah tular dikatakan sangat rajin membuat tabungan duit syiling. Bukan calang-calang tabung yang digunakan, ianya sebesar tong dengan ketinggian menghampiri paras pinggang orang dewasa.
Berdasarkan perkongsian video tersebut dikatakan lelaki itu telah menyimpan duit syiling selama 5 tahun. Untuk mengira kesemua wang yang ada, jumlahnya terlalu banyak hingga perlu mendapat bantuan ahli keluarga yang lain.
Dimuat naik dari akaun tik tok @kucingdalamakarung, pemilik ini berkongsi video yang menunjukkan dirinya dan seisi keluarganya membuka tong berisi wang syiling yang disimpan lima tahun oleh ayah mereka.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabyng ayah kami, dari tahun 2015. Bermula dari Maghrib hingga pukul 9 baru selesai.”
‘Setelah mengira semuanya, ternyata jumlah simpanan duit syiling sangat mengagumkan. Jumlahnya mencapai Rp20 juta (RM5,779).
Ads
Melihat perkongsian video ini, warganet terinspirasi dan turut ada yang berazam untuk membuat tabungan duit syiling. Antara komen-komen tersebut adalah seperti;
Ads
“Idea bagus menabung duit syiling”
“20 juta tu, okey mulai sekarang saya akan kumpul wang syiling di rumah saya dan tidak akan membuangnya”
Pengumuman boleh merentas negeri yang lalu sudah pastinya khabar gembira buat rakyat Malaysia.
Dengan ini, sudah tentu ada yang bercadang membawa keluarga pergi bercuti. Sudah pastinya penginapan di hotel menjadi tumpuan ramai.
Namun keseronokan itu kadang kala, ada yang alpa dengan persekitaran dalam kehidupan bermasyarakat.
Begitu yang dialami oleh lelaki ini apabila melihat gelagat sebuah keluarga melakukan pembaziran apabila mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Meluahkan rasa kecewa, lelaki ini berharap agar ramai cakna mengenai hal ini untuk mengelak perkara sebegitu berlaku ketika bercuti.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pagi ni saya buffet breakfast di hotel. Biasanya saya lebih suka turun lewat dari bilik penginapan. Kalau ‘last call’ jam 10 pagi, jam 9.30 baru saya turun. Dari dulu lagi memang itulah amalan saya. Alasannya -nak elak kesesakan. Bila turun lewat sikit, keadaan lebih tenang. Makan pun senang. Lagipun saya jenis makan tak banyak. Nasi lemak, sedikit buah dengan kopi O pun dah cukup.
Nak dijadikan cerita, sedang saya minum, datang satu keluarga lima sekeluarga duduk betul-betul di depan meja saya. Suami isteri dan tiga anak. Rasanya anak yang sulung sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah.
Seperti biasa, masing-masing akan mula mundar mandir dapatkan makanan. Kemudian mereka kembali ke meja. Saya lihat mereka duduk bersama, angkat tangan dan si ayah mula memimpin bacaan doa makan. Baguslah begitu.
Selepas itu, kisah pun bermula. Si ayah dan anak-anak mula ulang alik ambil makanan. Lepas satu, satu pinggan penuh makanan di bawa ke meja. Si ayah belum sempat duduk menjamah makanan yang ada, terus dapatkan lagi makanan.
Anak-anak pun sama. Sehinggalah meja besar mereka penuh dengan makanan yang tidak dijamah. Penuh pinggan berisi makanan sampai ada pinggan terpaksa berlapis di atas meja.
Sambil hirup kopi pahit, saya terus lihat sahaja gelagat mereka. Lagipun meja mereka betul-betul di depan saya. Apa nak buat. Itu sahaja pandangan yang saya ada.
Saya lihat walaupun pinggan dah penuh meja, si ayah dan anak-anak terus ambil lagi makanan. Si ibu pula sebab meja dah penuh, mula menggabungkan makanan di dalam beberapa pinggan ke dalam satu pinggan. Dah mengunung jadinya makanan yang bercampur aduk di dalam pinggan.
Lebih kurang sejam kemudian, mereka seperti mula kenyang. Tapi makanan atas meja masih sangat banyak. Ada yang langsung tak bersentuh. Sebelum meninggalkan meja, saya lihat si ayah mula tindan pinggan yang kosong di atas pinggan-pinggan yang penuh makanan yang tidak disentuh tadi.
Pembaziran berlaku
Kemudian datang pekerja pembersihan untuk mengemaskini meja keluarga tadi. Saya lihat beliau menggeleng-geleng kepala bila melihat makanan yang begitu banyak dan belum terusik. Tetapi beliau tetap kena buang. Beliau lihat saya, saya hanya senyum. Beliau kata pada saya ‘sayangnya makanan ini’. Saya sekadar angguk kepala tanda setuju.
Mengapa ada antara kita jadi begini? Membazir makanan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Apakah kerana kita telah membayar maka hak kita untuk membazirkan makanan?
Apakah kita tamak, takut makanan habis maka berlumba-lumba mengambil makanan yang akhirnya dibazirkan? Tak adakah rasa bersalah?
Mengapa sarapan pagi yang dimulakan dengan doa makan seisi keluarga tanda mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan, diakhiri dengan pembaziran makanan tanda kita kufur pada nikmat tersebut.
Saya lihat budaya ini kerap berlaku di kalangan rakyat negara ini dan juga pernah melihat pelancong dari beberapa negara melakukan perkara yang sama apabila mereka datang ke negara kita. Tapi saya kena akui belum pernah ada pengalaman lihat mat salleh buat perkara yang sama . Belum lagi. Mungkin ada.
Walaupun banyak makanan dibazirkan, hotel tak rugi sebab mereka sudah kenakan bayaran. Tetapi kita semua lah yang rugi bila pembaziran berlaku dalam skala yang besar.
Paling mudah, harga barang makanan boleh menjadi mahal bila pembaziran makanan berlaku dengan jumlah yang besar. Ini hukum permintaan dan penawaran dalam ekonomi.
Kos pengeluaran makanan juga menjadi mahal bila pembaziran berlaku. Kos pengurusan sampah dan sisa makanan juga meningkat bila pembaziran yang besar berlaku.
Kitalah- anda, saya dan rakyat seluruhnya yang terpaksa menanggung semua kos tersebut, akibat pembaziran yang dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bersyukur ini.
Sumber: Anuar Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa pijar tangan biasanya berlaku bila kita usai menyediakan bahan kisaran cili kering, cili padi mahu pun cili merah.
Dan salah satu daripada petua itu adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. Malah menurutnya petua ini jaga telah dibuktikan oleh sains akan keberhasilannya.
[Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains]
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang…
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.
Jadi saya gunakan minyak masak.
Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun.
Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.