50  Keluarga Meriahkan Aktiviti E-Keluargagader Bonding Day #Dirumahaje Secara Maya!

Share

Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.

Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke  Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.

Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka

IKLAN