Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.
Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!
Ads
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.
Ads
Ads
Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka
Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah adalah impian setiap umat Islam. Malah, ada juga kisah mengenai jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. Mereka merupakan antara hamba Allah yang terpilih untuk disemadikan di sana.
Demikian juga dengan keluarga ini. Pemergian arwah ayah ke tanah suci adalah rupa-rupnya pergi tak kembali. aisyaamirhamzahyang merupakan anak kepada arwah ada berkongsi kenangan bersama arwah ayahnya ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya di laman sosial Twitter, gadis berusia 20 tahun itu meluahkan perasaan sayang terhadap arwah bapanya yang tidak akan pudar sampai bila-bila.
“Allah ambil abah di tempat yang semua orang berebut untuk meninggal di sana.. Madinah Al-Munawwarah.. “Ditanam di Perkuburan Al-Baqi’.. Selamat tinggal abah.. Jumpa adik di syurga,” tulisnya.
Tambah Aisya, kubur arwah bapanya juga terletak selari dengan makam Nabi Muhammad SAW serta dikelilingi ‘Ashabul Jannah iaitu penghuni syurga. Allahu! Sungguh beruntung abahnya.
Posting berkenaan diulang kicau lebih 20,000 kali serta mendapat 25,000 tanda suka dimana rata-rata kagum apabila jasad arwah bapanya ditanam di tempat yang mulia.
Terpilih & sangat bertuah.
Dalam pada itu ramai yang melahirkan ucapan takziah dan mengatakan arwah insan terpilih yang cukup bertuah kerana meninggal di tempat yang mulia.
Siapa yang tak kenal dengan pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Sikap gila-gilanya adakalanya membuatkan orang kurang senang namun tak kurang yang terhibur.
Namun, dia juga rajin membuat kejutan terutama buat orang tersayang. baru-baru ini Aliff membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.
“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni.
“Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga tersebut.
Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.
“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.
“Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff.
Memang tidak dinafikan kalau anak-anak ini tidak nampak depan mata, sukar mereka hendak percaya. Lagi-lagi bila kita kata kita ini adalah seorang penyanyi dan ada ramai peminat suatu masa dahulu. Memang sukar untuk diterima akal. Maklumlah kehidupan masa kini jauh berbeza seperti apa yang ingin digambarkan.
Begitulah juga lah kisahnya yang berlaku pada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, hingga menyebabkan dia sanggup menerima lamaran menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) demi anak bongsunya, Alayna Selma, 4, yang tidak pernah tahu dia seorang penyanyi.
Memetik laporan berita di kongsikan di myMetro, difahamkan Datuk Fazley telah beberapa kali tidak dapat menerima tawaran GV sebelum ini kerana jadual kerja yang padat. Pun begitu dia akhirnya nekad bersaing untuk memenuhi impian puteri tunggalnya itu.
“Saya sebenarnya 50-50 juga untuk terima tawaran GV8 ini. Namun, apabila mendengar pertanyaan anak bongsu yang tidak tahu saya dahulunya seorang penyanyi, perasan rasa agak sebak.
“Ditambah, dia melihat pula video saya menyanyi lagu Asmara Ini sambil mendukung abang-abangnya dan dia bertanya di mana dia, kenapa tiada? Dari situ, saya rasa wajar untuk dia tahu daripada saya sendiri dan bukan orang lain,” katanya.
Rindu Buat Persembahan Pentas
Ditanya adakah dia sudah bersedia menerima kritikan juri profesional dan mungkin juga tersingkir, Fazley berkata, dia sudah memikirkan segala-galanya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
“Sudah sembilan tahun saya menjadi juri masakan dan sering memberi kritikan dalam masakan orang lain. Jadi, sekarang saya membuka hati untuk menerima pula apa saja kritikan daripada juri mahupun netizen terhadap nyanyian saya.
“Apatah lagi, saya sangat rindu untuk membuat persembahan pentas. Sejak kehadiran Covid-19 dalam negara, sudah lama juga saya tidak berpeluang membuat persembahan nyanyian secara ‘live’ dan hanya virtual saja.
“Kalau dulu, selalu juga saya diundang menyanyi dalam majlis makan malam korporat. Apapun, dunia muzik saya tidak pernah terhenti selama ini kerana di rumah selalu juga menyanyi dengan anak-anak,” katanya.
Mengulas penerimaan isteri, Datin Azrene Ahmad, Fazley berkata, isterinya bimbang dan menyokong. Katanya, Azreen bimbang jika dia tidak cukup masa berlatih dan menyokong kerana tahu muzik adalah minat utamanya.
Fazley dan Azreen mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; Ahmad Firudz Shah, 10; dan Alayna Selma.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.