HUAWEI baru-baru ini melancarkan peranti baharu mereka, P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera pada kelas tersendiri.

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi Estetik

Pelancaran ini sekaligus meneruskan legasi fotografi bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman gaya serba baharu lengkap dengan keupayaan perkakasan serta perisian yang tiada tandingan.

Kedua-dua peranti itu hadir dengan keupayaan optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik serta membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi Estetik

P50 Pro

Hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.

Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Menarik kan!

IKLAN

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi EstetikBukan tu je, HUAWEI P50 Pro memiliki kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.

Reka bentuk menawan dan anggun HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu  Cocoa Gold dan Golden Black.

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi Estetik

P50 Pockets

Bagi P50 Pocket pula, ia menggunakan reka bentuk dwi bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50. Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti berkenaan ultra nipis serta ringan dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.

IKLAN

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi EstetikTanda harga bagi HUAWEI P50 Pro adalah RM4,199 dan pengguna berpeluang untuk mendapat barangan bernilai RM2,100 jika membuat pra tempahan.

Barangan pra tempahan termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro bersama-sama penukaran skrin dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi EstetikBermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.

“The Legend Reborn.” HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket Dengan Fotografi Pintar  Sempurna & Teknologi EstetikUntuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,700*.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI