Tidak lagi diberikan secara percuma, diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tahun lalu, Kabinet memang memutuskan untuk selaraskan pemberian subsidi supaya lebih tersasar kepada mereka yang memerlukan.
“Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma).
“Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baru Cina bukan diberi tol percuma tetapi diskaun 50 peratus.
Ads
“Disebabkan itu, Aidilditri dan perayaan lain tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus,” katanya ketika lawatan ke lokasi tapak pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, semalam.
Ads
Sebelum ini, kerajaan memberi potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina, dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.
Ads
Katanya, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet 24 Januari lalu dan membabitkan kerajaan menanggung pampasan RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
“Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini.
“Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM 100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk menjaga seorang anak, apatah lagi sekiranya memiliki lima cahaya mata. Namun pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Ezette, baru-baru ini memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Genting Highland. Menariknya, percutian ini turut disertai oleh pembantu rumah yang dilihat sedang menjaga kelima-lima anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet. Ada yang memuji tak kurang yang mendakwa isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sengaja untuk menunjuk- nunjuk.
Mengulas mengenai tohmahan tersebut, Zizie menafikan dia mahu menunjuk-nunjuk apabila berbuat demikian. Sebaliknya, dia sekadar mahu berkongsi kehidupan peribadinya yang sering lakukan sejak dahulu lagi.
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.
“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Hilang kaki bukan penghalang semangat Nik Haziera Saffiya terus beruaha. Kehilangan kaki bukanlah pengakhiran segalanya, malah ia tidak mematahkan semangat seorang remaja, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk terus berusaha dan mencipta peluang baru dalam hidup.
Walaupun berdepan dugaan besar, gadis berusia 18 tahun itu tetap optimis dan mula merancang langkah untuk meneruskan kehidupannya sebaik sahaja kesihatannya semakin pulih. Dengan menggunakan tongkat dan alat bantuan lain, dia kini sedang belajar menyesuaikan diri dengan keadaannya.
“Setahun lalu, kaki saya kehilangan keupayaan untuk bergerak selepas dilenyek lori dalam satu kemalangan yang turut melibatkan kakak saya. Namun, saya menerima takdir ini dengan hati yang reda dan tidak pernah meratapi nasib. Ini adalah ujian Allah yang harus saya tempuh dengan sabar,” katanya.
Menurut Haziera, kakaknya, Nik Haznita Saffiya, 20, turut mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut. Akibatnya, kaki kanan Haznita terpaksa dipotong hingga ke paras pinggul pada Februari 2024.
“Walaupun ramai yang simpati dengan keadaan kami, kami menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Kakak teruskan perniagaannya, manakala saya masih menjalani rawatan susulan sebelum kaki saya dipotong pada pertengahan Januari lalu,” tambahnya.
Haziera kini sedang menjalani rawatan di Hospital Temerloh selepas kemalangan tragis yang berlaku pada Februari 2024 itu. Dalam insiden tersebut, Haznita yang membonceng motosikal mengalami kecederaan serius pada kaki kanan, manakala Haziera pula mengalami komplikasi darah beku di paru-paru, patah bahu, serta kecederaan pada tulang pelvis dan pinggang.
Walaupun diuji dengan keadaan fizikal yang berubah, Haziera tidak pernah hilang semangat. Dia kini sibuk merancang masa depannya selepas pulih sepenuhnya.
“Saya sepatutnya berada di Tingkatan 5 ketika kemalangan berlaku. Namun, kerana keadaan saya, saya terpaksa menangguhkan persekolahan selama setahun. Insya-Allah, saya akan kembali ke sekolah pada sesi baru nanti untuk menamatkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebelum itu, saya akan melatih diri menggunakan tongkat sehingga mahir. Meskipun impian saya untuk menjadi seorang askar kini tidak dapat dicapai, saya tetap bersemangat untuk mencuba perkara baharu. Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk menyertai latihan sukan memanah bagi paralimpik, dan saya sangat teruja untuk mencuba bidang tersebut,” katanya dengan senyuman penuh keyakinan.
Haziera turut menjelaskan bahawa keluarga, terutamanya ibu bapa dan adik-beradiknya, adalah sumber kekuatannya.
“Ayah pernah berkata, walaupun kami kehilangan kaki, kami tetap ada ‘tiga kaki’ kerana sokongan daripada keluarga. Kata-kata itu benar-benar memberi semangat kepada saya dan kakak untuk teruskan hidup tanpa rasa kekurangan,” ujarnya.
Haziera juga mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan dan guru-guru yang sentiasa menghulurkan bantuan serta melawat mereka dari semasa ke semasa.
Bagi Haziera, pengalaman ini bukan sahaja mendidiknya untuk lebih tabah, malah mengajarnya bahawa kekuatan sebenar datang daripada hati yang reda dan fikiran yang positif.
Walaupun laluan hidupnya kini berbeza, Haziera yakin setiap cabaran yang dihadapinya adalah peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan sokongan keluarga, rakan, dan semangat yang tidak pernah luntur, Haziera terus melangkah ke hadapan, membuktikan bahawa kehilangan kaki bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
“Saya percaya, selagi ada usaha, pasti ada jalan. Ujian ini adalah peluang untuk saya bangkit dan menunjukkan bahawa kekurangan fizikal bukan alasan untuk menyerah,” katanya penuh azam.
Biarpun wanita sering dianggap golongan lemah, namun wanita juga boleh digelar berjiwa besi. Sanggup melakukan pengorbanan demi keluarga. Lebih lagi jika ia melibatkan taraf ekonomi keluarga.
Tolak tepi perasaan malu pada diri bagi memastikan keluarga bahagia dan hidup tidak merempat asalkan keluarganya cukup pakai dan makan minum.
Jika selama ini, sinonim suami akan menjadi ketua keluarga untuk menjana pendapat keluarga, sebaliknya bagi wanita ini.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, telah mencoretkan kisah seorang pemandu Grab wanita di media sosialnya
Nyata bahawa jiwanya begitu kuat. Bukan calang-calang wanita sanggup melakukan ini semua.
Dirinya sanggup menjadi pemandu Grab pada usia 60 tahun demi menggalas peranan ‘ketua keluarga’ selepas suaminya mengidap kanser. Lebih mencabar, anak pula OKU.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.