Setiap ibu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Siapa yang tidak sayangkan anak. Justeru, setiap orang terutamanya ibu bapa perlu mengetahui cara mendidik anak dengan betul. Namun, jika anak diberikan kebolehan luar biasa dan bakat ia anugerah yang amat bernilai.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad
Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2 – 4 tahun ialah :
1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.
Ads
2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.
3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.
4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.
Ads
5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.
6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.
Ads
7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.
Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli. Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah satu ikatan dalam menyatukan dua hati. Apaibila keputusan sudah di ambil, langkah sudah seiring, segala kelemahan dan kekurangan pasangan diterima seadanya.
Namun, disangka panas berpanjangan, rupanya gerimis di tengah hari. Hati manusia tak mampu ditebak apatah lagi dijangka. Ada masanya tergelincir dari ‘landasan sebenar. Itu yang menyebabkan berlaku isu suami berubah hati bila bertemu dengan orang lain
Segala susah senang dilalui bersama, namun dengan mudahnya mencari pengganti. Segala pengorbanan seolah-olah sia-sia. Ada benarnya juga kata-kata, isteri diuji bila suami tidak mempunyai apa-apa, suami diuji bila dia memiliki segalanya.
Coretan oleh Amir Syahir melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata para suami di luar sana, agar lebih menghargai isteri yang sanggup bersusah senang bersama anda.
Mungkin si isteri ada kelemahan namun jangan jadikan alasan. Jom baca perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
“Abang. Sayang tak minta kemewahan. Tapi cukuplah Abang sentiasa bahagiakan Sayang, setia dan jujur. Sayang cuma nak Abang jaga keluarga kita dan mencari rezeki yang halal.” . .
Di awal perkahwinan, kewangan suami masih tidak stabil. Jadi, isteri yang baik akan memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak minta benda bukan-bukan yang membebankan suami.
Ada golongan isteri yang tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan suami yang belikan. Beg tangan, kasut sampai koyak pun dia tak mengadu lagi minta ganti. Selagi boleh guna, dia akan guna. Kalau dia nak beli baru pun, dia gunakan duit sendiri je tanpa mengharapkan suami. Kerana dia tahu kemampuan suaminya sampai mana.
***
Tidur pun beralaskan toto. Makan bersila, sofa takde. Tak pernah minta suami belikan televisyen meskipun dia kesunyian saat suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah.
Rumah sempit, hidup serba kekurangan tetapi bahagia. Indah. Hati pun lapang dan tenang. Asalkan suami dan anak-anak sentiasa berada di sisinya.
Isteri yang baik menerima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali kita.
Jika isteri jenis yang faham keadaan suami ni, kau jaga la dia elok-elok. Sayang dan setia lah dengan dia. Jangan pernah terfikir nak cari yang lain. Cintailah dia sepenuh hati kau. Susah nak jumpa yang jenis macam ni. Sanggup bersusah senang bersama-sama ni.
***
Dan jika suatu hari nanti Allah berikan kita rezeki yang lebih, jangan sesekali lupakan isteri yang sentiasa bersama kita saat kita tidak punya apa-apa dulu. Bersyukurlah kerana isteri dan anak-anak, rezeki kita semakin bertambah.
Tahniah buat para isteri yang sentiasa memahami keadaan suami. Yang sentiasa bersama-sama dengan suami saat susah dan senang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Kah!
Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.
“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.
Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.
Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.
Nyata bukan mudah untuk bergelar suami dan ayah kepada anak-anak lantaran tanggungjawab yang tinggi demi memastikan keluarga bahagia. Sikap tolak ansur suami amat penting dalam melengkapi perhubungan dalam sebuah kekeluarga. Luahan hati seorang bapa dan suami Ropizam San sungguh inspirasi
?Menjadi Ayah dan Suami PILIHAN Ku.
Biarpun seandainya anak-anak tidak ucap, dan surihati(isteri) tidak meluahkan, namun sebagai seorang lelaki yang ‘dilantik’ Maha Pencipta selaku Ayah dan Suami ‘sementara di dunia’, kita perlu fahami sendiri betapa mereka hakikatnya pasti lebih tenang seandainya kita setiap hari meminta-minta dan merayu pada Allah agar dipanjang dan dijagai kesihatan sepanjang masa buat sekeluarga.
Setiap hari, saya sendiri akan risau andai Allah tarik nyawa pinjaman ini terlalu awal di usia masih tengahan muda.
Guru terdahulu dan ilmu telah mendidik saya, setiap hari itulah doa yang tidak akan saya leka tinggalkan, selain doa khas buat ibu bapa kita. Jika terlupa merayu minta selepas tersedar dari subuh pagi, saya akan merayu di tengah hari. Jika terlupa juga, saya akan pastikan sebelum lelapkan mata di malam sepi, rayuan rutin harian tetap mesti dikumandangkan.
Walaupun kita mengakui dan pasrah bahawa kematian adalah satu kemestian dan tidak mengenal durasi masa bila ia akan sampai masanya, sebolehnya…… kita mahu terus memikul amanah dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin dari air tangan kita. Memberi apa yang perlu, dan santuni apa yang patut dan dituntut.
Saya akan berusaha membaca setiap hari topik ‘kehilangan’ yang terjadi di merata tempat dan benua. Terjumpa sahaja kes dan isu melibatkan anak-anak kecil kehilangan ibu bapa tercinta dek kerna kesakitan, kemalangan, nyawa ditarik ketika dalam perjalanan bertugas, ketika sedang bekerja, sedang tidur, ketika sedang bersukan, beribadah dan lain-lain lagi……, hati ini terus merasa sayu. Saya akan selalu bercakap dan berkongsi dengan surihati tentang ibrah dari kisah-kisah yang terjadi ini. Dengannya kami akan lebih bersyukur, lebih ingin kerap memanjatkan doa dan lebih ingin menghargai ‘golden time’ bersama zuriat amanah ini.
Semestinya,
Selain dari kisah cara hidup Rasulullah, kisah unik seperti yang terjadi di Robben Island….., kesanggupan tahanan orang-orang tua yang rela mati dalam kesejukan tajam demi membina halaqah bulat melindungi tahanan anak-anak muda yang pastinya akan meneruskan perjuangan murni di lapangan dunia…., adalah antara yang menyuntik intrinsik motivasi saya agar senantiasa menjadi pelindung pada anak-anak dan surihati.
ISTIQIMAH UNTUK KELUARGA
Saya ingin menyeru khasnya buat Ibu Bapa Masih Muda (MM), agar terus kita istiqomah dalam meneroka pelbagai perkara dalam keluarga kita yang masih belum digembur keluar.
Lihat saja kekuatan surihati kita semua contohnya,…. dialah yang tak pernah letih dan mengeluh kuatnya bekerja di dalam menguruskan anak-anak kita. Bukan sekadar tidak pernah jemu menjadi chef di dapur dan menguruskan urus pakai kita, bahkan jika anak-anak demam dialah yang terlebih cepat sedar bangun menyantuni rengetan anak yang tidak selesa di jam dua, tiga pagi. Ya, suami bangun juga namun saya selidik dari banyak pasangan ternyata isteri yang paling cepat dan banyak genuin dengan masa.
Hargailah, dan lebihkanlah kita menuai korban. Ia tidak pernah merugikan. Mintalah kita setiap hari pada Allah agar dipanjangkan umur dan hayat ruang dan peluang. Jika berkesempatan, tanyalah kenalan rapat yang telah dan pernah merasa realiti kehilangan…., ia mampu mendidik diri kita berlebihan dan muhasabah diri untuk lebih mengerti makna menghargai.
Ohya, jangan lupa juga ketika kita melafaz banyaknya doa seharian, ceritakanlah juga kebaikan-kebaikan pasangan hidup kita dan rayu Allah ampuni dan berkati mereka (pasangan dan anak-anak) sepanjang masa. Anggaplah Allah tidak tahu kebaikan mereka (walaupun hakikatnya Allah memang ketahui) dan sebutlah banyak-banyak mereka berbuat baik pada kita, menjaga kita, memudahkan rutin hidup kita,….. agar biar setiap hari Allah senantiasa mendengar kita menyebut kebaikan mereka.
Beginilah antara ‘serpihan kecil’ dari sebabnya yang teramat banyak mengapa kita memilih Menjadi Ayah dan Suami sebagai PILIHAN Ku.
?Ropizam San
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di