Jika sebelum Dayah Bakar menetap di luar negara mengikut suami yang bertugas, dia terpaksa melalui proses kehamilan dan akhirnya bersalin sendirian gara-gara penularan Covid-19.
Terbaharu pengacara dan personaliti TV ini memaklumkan kedua orang tuanya pula disahkan positif Covid-19 beberapa hari yang lalu.
Berkongsi perkembangan terkini, Dayah memberi tahu betapa berat hatinya untuk berkongsi keadaan ibu ayahnya yang telah disahkan Covid-19. Sedangkan dirinya jauh di negara orang.
Kini Di ICU
Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Hj Abu Bakar bin Johar yang berada di ICU sekarang . Juga , untuk doakan mak saya, Halimatul Kamaliah bt Abdul Rahim untuk sembuh sepenuhnya .Your doa means a lot to me and my family .
Thank you so much , may Allah bless you for your kindness.
Manakala hantaran terdahulu, Dayah turut berkongsi duka kerana tidak dapat dekat dengan keluarga saat yang mendukacitakan kini.
Ads
“Dengan hati yang berat, Dayah nak kongsi berita ,dimana ibu bapa saya disahkan positif Covid . Memang rasa sedih sangat, dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa harini. Honestly I’m not feeling okay , but I’m trying my best to smile and give moral support to my parents.”
Mohon Doa
“Jadi , niat Dayah berkongsi adalah untuk memohon kepada kalian semua yang membaca post ini agar mendoakan kesembuhan sepenuhnya untuk mereka, dan juga sekalian rakyat Malaysian yang terkesan dengan wabak ini.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Rumatangga yang aman dan harmoni serta saling melengkapi kehidupan antara satu sama lain adalah idaman setiap pasangan suami isteri.
Malah Rasulullah SAW menyuruh para suami supaya berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri.Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ….”.
Jadi, untuk menjadikan sebuah rumahtangga itu bahagia, suami adalah contoh terbaik.
Ketika PKP inilah suami harus menunjukkan teladan yang baik seperti bangun awal dari isteri dan melakukan urusan rumahtangga lebih awal dari isteri. Situasi ini akan memberi kebahagian buat para isteri. Bukannya bersikap panas baran dan tiada tolak ansur.
Suami yang membahagiakan isteri akan mengundang rezeki bagaikan air yang mengalir deras.
Ikuti perkongsian ini mengenai peranan suami yang membentuk keluarga bahagia.
KEMANDIRIAN LELAKI DULU
Dulu – dulu, zaman kurangnya kematangan fikiran saya, sebetulnya saya skeptikal dengan ‘kemandirian’ orang lelaki.
1. Saya menyaksikan sendiri seorang bapa yang panas baran sehinggakan anak kehilangan yakin diri dalam hidup akhirnya menjadi ‘sakit mental’ seusia hidupnya.
2. Lelaki yang sangat pentingkan kesempurnaan bekerja, bekerja, bekerja tetapi selalu melambatkan solatnya. Memperlekehkan hal-hal agama. Mengabaikan tanggungjawab seorang suami dalam hal nafkah keluarga juga.
3. Ada juga yang cukup pandai berbicara soal agama hukum, berkepiah, serban tetapi masyaallah banyak hal serta sikap juga nilai seorang yang sepatutnya beragama ditinggalkan dan tidak diamalkan.
4. Seorang lelaki yang berjubah dan berserban suatu hari menyepak seekor kucing dengan kuatnya menyebabkan terganggu emosi saya sedangkan lelaki itu seorang ‘kaki masjid’ menyebabkan pada hari itu runtuhnya dunia persepsi saya terhadap keyakinan seorang lelaki yang benar-benar baik dalam hidupnya.
Believe me. I have seen so many of them.
WUJUDKAH LELAKI BERSIKAP SEPERTI RASULULLAH?
Wujudkah seorang suami seperti Rasulullah yang rela hati meribakan Siti Aisyah yang kala itu sedang dalam haid?
Rasulullah memegang helaian Al-Quran dan membacanya. Sebegitu romantis Rasulullah terhadap isterinya sedangkan dia pemimpin umat dan sangat garang di medan pertempuran?
Rasulullah yang menjahit sendiri bajunya yang koyak dan apabila didengar azan maka bersegeralah untuk bersolat.
Seseorang telah memberikan komentar di ruang komen saya tentang keraguannya memikirkan wujudkah lelaki yang bangun seawal pagi sebegitu untuk bersolat malam , bertahajud dan seterusnya melakukan kerja – kerja rutin rumah membantu isterinya?
Dia bertanya lagi; adakah lelaki seperti itu sekarang?
Jawapan saya ; Ya. Saya sudah berjumpa dan ketemu orang seperti itu.
Subhanallah. Mengenali lelaki ini secara peribadi merupakan sesuatu rezeki yang besar seumur hidup saya. Bertuah saya dapat berjumpa orang seperti itu yang saya fikirkan dia sudah tahu tujuan dan makna kehidupannya. Orang mementingkan keberkatan bekerja di dunia dan kebajikan hidup di akhirat.
YA LELAKI ITU ADA! INI KISAHNYA
Seorang lelaki / suami/ ayah yang paling rajin pernah saya temui dalam hidup saya.
1. Abang yang saya kenal ini ialah seorang yang tidak meninggalkan solat berjemaah beliau .
2. Abang ini mempunyai misi dalam Ramadhan yang pada malam-malam terakhir akan memilih untuk beriktikaf di masjid mencari Lailatul Qadr. Sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik. Dalam bulan Ramadhan, saya melihat sungguh – sungguh dia berusaha menjadi orang yang lebih baik seperti bacaan Qurannya, bacaan Tafsirnya walaupun dia memang sudah menjadi seorang yang baik. Bertambah lagi usahanya berlipat ganda membaiki diri sebagai seorang hamba Allah.
3. Jika datang ke kenduri rajin menyinsing lengan membantu hal-hal kenduri. Pinggan – mangkuk siap dibasuh. Ayam sepikul dibasuh dengan cermat. Orang yang cermat dan teliti dalam hal kerja -kerjanya. Rumah tangga dan keluarganya dijaga dengan rapi. Hal – hal dalam rumah seperti rutin harian dia tidak pernah menolak untuk melakukannya.
4. Sekeliling rumah ditanam aneka pokok dan sayuran. Sungguh banyak pokok pisang yang ditanam. Sudah siap untuk diambil diserahkan kepada jiran malah pernah memberikan setandan pisang Berangan kepada kami untuk dibawa pulang.
ISTERI BERPANTANG, SUAMI INI LAKUKAN SEMUA!
Kami sesekali akan bermalam di rumah ini. Saya melihat seawal pagi dia sudah menyapu dan mengemop lantai di dapur. Saya pernah melihat dia melipat kain-kain yang diangkat dari ampaian dengan selambanya hatta melipat sendiri seluar dalam anak-anaknya. Allahuakbar. Dan, dia sudah bersiap siaga mahu ke masjid bersolat subuh berjemaah.
Ketika isterinya berpantang dialah yang melakukan semuanya. Memasak, menguruskan dapur, menguruskan hal-hal berpantang isterinya. Pada masa yang sama bersiap untuk menguruskan dan menghantar anak-anak yang lain untuk ke sekolah. Solat berjemaah tidak pernah sesekali diabaikan.
“ Ayah ke surau sekejap tau. Tunggu ya, nanti ayah buat” Dia berkata kepada anak-anaknya. Tergesa-gesa dia mencapai kunci motor walaupun sibuk di rumah menguruskan isterinya bepantag dengan anak-anak yang ramai itu.
Tidak merokok. Berjimat-cermat dalam hal duit dan rezeki. Dulu – dulu menaiki motor sahaja pergi ke tempat kerja walaupun anak lelakinya seringkali merungut membonceng di belakang. Menjaga kesihatan sedaya yang mampu walaupun sekarang dalam zon berjaga – jaga dengan kesihatan beliau. Rumahnya penuh dengan buku-buku setinggi –tingginya. Koleksi kitab dan buku-buku agama. Datang ke rumahnya melihat koleksi buku beliau sangat membahagiakan hidup saya. Masih lagi saya meminjam sebuah buku daripada perpustakaan beliau yang belum lagi saya pulangkan.
Sungguhlah benar dengan sesungguhnya.
Janji Allah kepada yang ikhlas. Rezeki hidupnya murah dan saya fikir inilah sebuah keluarga mawaddah sakinah. Khabarnya sedang mengumpul duit supaya anak-anak ini tidak akan berhutang ketika berada di pengajian tinggi nanti.
Subhanallah. Anak-anaknya terpelihara daripada fitnah. Sentiasa menjaga lidahnya daripada bercakap perkara yang tidak baik. Bercakap dengan berlapik sungguhpun orang alim dan tidak pandai menghukum orang dan banyak ilmu. Saya fikir abang ini orang yang mempunyai banyak ‘rezeki’ melimpah-limpah tetapi tidak suka menunjuk-nunjuk. Sederhana dalam kehidupannya.
Punyai isteri yang baik dan sangat pemurah. Menjaga silaturahim keluarga dan jiran tetangganya. Abang dan kakak ini sangat penuh dengan nasihat. Dari jauh dia selalu mendorong saya dan suri saya menjadi orang yang lebih baik yang kadangkala saya pun tidak mampu untuk mengikutnya. Tetapi, saya harus mencuba sedaya yang mampu dilakukan.
TERKESAN NASIHAT INI.
Satu nasihat yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.
“ Jadi suami dan ayah. Mesti jadi orang pertama dalam rumah yang bangun dari tidur dan pasang lampu rumah awal pagi-pagi. Bukan isteri yang bangun dahulu. “
Allahuakbar! Sungguh terkesan.
Adakah kita akan jadi seperti abang ini, yang menjadi ahli Kelab Awal Pagi (KAP)?
Tahu tak? Abang ini bukanlah seorang ustaz. Sekadar pekerja biasa – biasa tetapi ilmu dan metod amalannya sungguh tinggi menyebabkan saya malu dengan amalan saya sendiri.
Ya, untuk puan yang bertanya. Saya jumpa sudah orang yang puan tanyakan itu. Marilah kita berdoa ramai orang menjadi seperti dia. Semoga keluarga abang ini diberkati Allah. Dan, semoga keluarga kita juga sentiasa dalam rahmat Allah. Kalau tuan – tuan tidak percaya dengan cerita saya ini, saya boleh bawakan berjumpa dengan keluarga ini.
Foto: Perpustakaan serta buku-buku kepunyaan abang di rumahnya yang saya rakamkan dan sekeping foto ruang tamu yang mendamaikan itu.
Anakanda saya selalu ternanti-nanti peluang untuk datang ke teratak berkah ini untuk bercanda bersama kakak dan abang (anak-anak abang dan kakak) keluarga ini.
Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan, lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan. Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera sekeluarga di rumah.
Apa kata cuba bendi goreng rangup ini. Mudah, ringkas tapi sedap.
Resipi bendi goreng rangup
Bahan Utama : Bendi basuh dan keringkan betul-betul
Bahan lain:
🌸1.5 – 2 sudu besar Adabi tepung Goreng ayam Pedas
🌸1 sudu besar corn flour
🌸1 sudu besar water
Cara:
1. Potong bendi kepada 4 bahagian secara memanjang
2. Gaulkan bersama tepung adabi pedas
3. Tambahkan1 sudu besar air untuk pastikan tepung lekat pada bendi. Jangan terlebih air nanti tak rangup pulak.
4. Masukkan tepung jagun, tapi pastikan jangan terlebih mix.
5. lepastu korang dah boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga golden brown.
Korang boleh nampak macam mana tepung jagung tadi tak over mix. Itu yang akan membuatkan dia rangup!
6. pastikan korang terbalikkan bendi setelah sebelah masak. Lepastu dah siap untuk di makan!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...