“Abah Yang Best Ni, Tenang Tapi Tegas. Drive Pun Sempat Tazkirah.” Pertama Kali Tengok Daily Life Faizal Tahir, Buat Ramai Kagum!

Share

Bukan mudah untuk melihat penyanyi  Dan komposer terkenal,  Faizal Tahir berkongsi kehidupannya terutama sekali berkaitan anak-anaknya. Dia sebelum ini baru sahaja menimang cahayamata ke 7 pada bulan Disember tahun lalu.

Namun, dalam perkongsian terbaru, pelantun lagu Gemuruh memuat naik gelagat anak-anaknya yang menaiki kereta untuk ke sekolah.

Menerusi akaun Instagram miliknya, jelas Faizal, pelbagai karenah anak-anak boleh dilihat. Ada yang  seorang anaknya mengalami pendarahan hidung, seorang lagi hilang kopiah di sekolah. Manakala dua orang anak perempuannya pula sedang bergaduh. Namun itulah permulaan pagi yang indah untuk Faizal.

Tetapi, selepas menerima teguran daripada si ayah, anak-anak terus terdiam. Lantas mereka memulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan. Setelah itu kedengaran perbualan antara ayah dan anak ini.

Namun apa yang membuatkan penulis kagum adalah, Faizal sanggup mengakui kesilapannya sehinggakan anak-anak sudah terlambat ke sekolah. Lantas dia meminta maaf daripada anak-anaknya dan mengatakan jika ditanya guru sebab kelewatan mereka, dengan berseloroh dia menjawab ‘Blame it on daddy ‘.

“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌

“Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️

Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅.” Demikian tulis Faizal menerusi kapsyennya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara Faizal mendidik dan berkomunikadi dengan anak-anak. Malah dia tidak segan mengakui kesilapannya.

alifsatar masyaAllah😍 we doing kids carpooling now brother.. remember our late night racer days in kak anim’s wira hatchback?😂 now we fast and furious TO SCHOOL!
irdiizza “You lost your kopiah”…selalu sgt anak2 lelaki akan hilang kopiah tk kt sekolah kt rumah entah mana dia letak😂😂
zuraizah Sama la..pg isnin yg sgt indah..sorg ja pun hantaq p sekolah.. dh reverse kereta..makkkk..kakak silap ambik kasut la.. masukkk balik.. pastu dh dekat nk sampai sekolahh.. makkkkk… homework lupa bawak.. anda rasa sy ada masa utk sakit kepala🤣
IKLAN