Bukan mudah untuk melihat penyanyi Dan komposer terkenal, Faizal Tahir berkongsi kehidupannya terutama sekali berkaitan anak-anaknya. Dia sebelum ini baru sahaja menimang cahayamata ke 7 pada bulan Disember tahun lalu.
Namun, dalam perkongsian terbaru, pelantun lagu Gemuruh memuat naik gelagat anak-anaknya yang menaiki kereta untuk ke sekolah.
Menerusi akaun Instagram miliknya, jelas Faizal, pelbagai karenah anak-anak boleh dilihat. Ada yang seorang anaknya mengalami pendarahan hidung, seorang lagi hilang kopiah di sekolah. Manakala dua orang anak perempuannya pula sedang bergaduh. Namun itulah permulaan pagi yang indah untuk Faizal.
Tetapi, selepas menerima teguran daripada si ayah, anak-anak terus terdiam. Lantas mereka memulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan. Setelah itu kedengaran perbualan antara ayah dan anak ini.
Namun apa yang membuatkan penulis kagum adalah, Faizal sanggup mengakui kesilapannya sehinggakan anak-anak sudah terlambat ke sekolah. Lantas dia meminta maaf daripada anak-anaknya dan mengatakan jika ditanya guru sebab kelewatan mereka, dengan berseloroh dia menjawab ‘Blame it on daddy ‘.
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌
Ads
“Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️
Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅.” Demikian tulis Faizal menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara Faizal mendidik dan berkomunikadi dengan anak-anak. Malah dia tidak segan mengakui kesilapannya.
Ads
alifsatar masyaAllah😍 we doing kids carpooling now brother.. remember our late night racer days in kak anim’s wira hatchback?😂 now we fast and furious TO SCHOOL!
irdiizza“You lost your kopiah”…selalu sgt anak2 lelaki akan hilang kopiah tk kt sekolah kt rumah entah mana dia letak😂😂
zuraizah Sama la..pg isnin yg sgt indah..sorg ja pun hantaq p sekolah.. dh reverse kereta..makkkk..kakak silap ambik kasut la.. masukkk balik.. pastu dh dekat nk sampai sekolahh.. makkkkk… homework lupa bawak.. anda rasa sy ada masa utk sakit kepala🤣
echahashimIni yang paling kita rindui bila masing² dh besar nanti….🤣
iamnisazakariaRindu kat abah saya. MashaAllah Tabarakallah.Tahniah Faizal. You did good job as abah
Sejak penularan Covid-19, sesi persekolah dilakukan secara PdPR atau Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.
Sudah pastinya peranti seperti telefon, komputer atau laptop akan digunakan untuk sesi pembelajaran.
Bagi setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Ada yang sanggup berhutang atau gadai barang kemas untuk membeli peranti ini bagi memudahkan urusan pembelajaran anak.
Hakikatnya tidak semua ibu bapa mampu membeli peranti yang baru pada harga yang agak mahal. Pilihan yang ada adalah membeli peranti yang telah diguna pakai atau second hand. Sudah pastinya dalam kondisi lama dan reka bentuk pun tidak ‘terending’.
Dalam usaha ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran, ada segelintir anak tidak menghargai usaha itu. Malah ingin memiliki perenti serba baru dan canggih.
Begitulah yang situasi yang dihadapi oleh lelaki ini yang terkilan dengan sikap anak pelanggannya yang tidak menghargai usaha ibu bapanya.
Ikuti perkongsiannya.
Anak tak suka laptop, ibu terpaksa cancel beli
Hari ini, 2 pelanggan membatalkan pembelian laptop. Alasannya adalah anak mereka tak minat dan tak mahu, walau setelah seminggu saya hantar gambar dan juga harga.
“Maaf ustaz. Ana saya kata macam calar-calar. Dia nak yang macam baru.” “Maaf ustaz. Boleh kurang ke? Anak kata laptop tu buruk sikit”
Saya teringat kisah jual laptop pada seorang pelajar, yang mana saya sanggup drive sampai utara, bawak anak isteri semata-mata sebab ibunya nak minta sangat satu laptop untuk anaknya.
6 bulan simpan duit nak beli laptop
Yang paling sedih, maknya sanggup berhutang dan simpankan duit pada saya selama 6 bulan hanya untuk anaknya yang perlukan sebuah laptop.
Sampai saja di kolejnya, saya pun jumpalah pelajar ini di kantin. Saya keluarkan laptop. Dan tunjukkan padanya. “Cik cubalah dulu” Dia tengok je. Sambil tengok kiri kanan. Kemudian, dia keluarkan handphone, dan taip sesuatu.
Ting! Whatsapp saya masuk. “Ustaz, anak saya macam tak minat lah. Tapi, saya kata guna laptop ni dulu. Nak beli baru saya tak mampu”
Saya pandang je budak ni. Pandang kali ni sekali dengan perasaan yang cukup geram. “Macamana cik? Tak nak cuba ke. On dulu, kemudian tengok lah. Saya dah format dan install semua software sekali antivirus. Cik guna je”
Dia macam tulah. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak masa jumpa. Muka lawa tapi? Allahu. Saya cuba tahan sabar.
Pujuk anak
Ting! Whatsapp masuk lagi. “Ustaz, saya minta maaf. Tengah pujuk ni. Dia kata laptop ni buruk. Malu nanti nak bawak pergi belajar. Dia nak yang laptop terbaru” Cukup! Saya letak handphone!
“Cik, saya minta maaf kalau laptop ni nampak macam buruk. Macam lama tapi ini lah yang mak cik mampu belikan. Harga dia RM599 tapi semua masih baik. Saya dah belikan sekali charger baru, bateri baru. Cik tahu tak, mak cik kumpul duit 6 bulan, simpan dengan saya, hutang dengan orang semata-mata nak belikan untuk cik. Saya datang beratus kilometer ni sebab mak cik tau tak? Sebab mak. Mak tu sumber berkat. Mak tu jiwa dan hati kita!”
Tak jadi beli
Kali ni sabar tak mampu dah saya pegang. Saya tak kisah soal laptop ni sangat, cuma saya lebih fikirkan soal mak dia yang bersusah payah demi laptop ni. Ya, itu yang menyakitkan hati ni! Dia diam dan masih kayu kat depan ni.
“Baiklah. Saya pulangkan duit pada mak cik. Cik tak minat kan? Takpe. InsyaAllah, esok lusa adalah pembeli yang beli nanti. Jagalah hati mak. Apa yang mak bagi, ambillah. Yang penting, berkat cik. Berkat. Tak berkat hidup ni, belajarlah tinggi mana pun tak kemana. Saya minta maaf ya”
Saya berlalu dengan penuh rasa di jiwa. Penat lagi. Masa yang habis lagi. Ting! Whatsapp masuk lagi.
Saya tak mampu baca lagi. Mak dia sedih dan menangis sebab anaknya tak nak laptop yang dibelikan dengan jerih dan payah.
Ingat wahai anak. Setitis airmata ibu kerana keterasaannya pada kita, akan membuatkan Allah menutupkan segala pintu syurga. Titik!
Meninjau di ruangan komen, ada yang melahirkan rasa simpati dan sebak kepada ibu kepada anak itu. Ada juga rasa terkilan dengan sikap anak itu. Moga anak itu muhasabah diri.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebak baca apabila ada lagi disegelintir dikalangan kita masih bersikap pentingkan diri. Adakah mereka tidak alert bahawa kes setiap hari meningkat. Merujuk laporan hari ni, kes baharu bertarikh 6 Mei 2021 cecah hingga 3,551!
Apabila ada lagi bersikap begini dan tidak mempunyai kesedaran dalam diri, agak sukar untuk mencapai penurunan jangkitan.
Sebagaimana perkongsian seorang doktor yang melahirkan rasa kecewa sikap segelintir yang telah dijangkiti.
Menurut Dr Rusyainie Ramli sikap begini menyebabkan jangkitan bertambah setiap hari. Jauh disudut hatinya melahirkan rasa bimbang dengan situasi ini. Moga kisah ini menjadi iktibar. Kita jaga kita!
Ayah baru didiagnos positif COVID-19. Tetap hantar anak ke TASKA. Besoknya bawa anak buat swab test, datang TASKA lambat sikit. Tapi tetap tak cerita dengan sesiapa. Lepas tu baru bagitahu semua cikgu dan mak ayah yang lain.
SIKAP TAK BERUBAH Saya kan tak tahu lah apa masalah orang kita. Ni bukan kes terpencil. Dah namanya kontak rapat, terus lah kuarantin kan diri bila dah diberitahu walaupun belum buat ujian pun lagi atau PKD masih tak telefon cari kita. Bukan masih berjalan merata sementara nak menunggu ujian calitan nasofarinks. Yang utama ialah asingkan diri dari orang lain dulu.
Bila ujian dah positif, sementara nak menunggu arahan Pejabat Kesihatan Daerah, tetap teruskan kuarantin. Duduk diam-diam dalam bilik, jangan bergaul dengan ahli keluarga. Kalau negatif sekali pun, mesti kuarantin. Sebab mungkin tu waktu inkubasi. Kena ulangi ujian swab pada hari ke-8.
PKP TAK BERKESAN JIKA SIKAP BEGINI Jangan mengaruk bila kes semakin tinggi. PKP bagai takkan memberi kesan sebab rakyat kita masih ramai yang keras kepala. Mereka ni tak tular sebab bukan selebriti. Kalau lah mereka ni kayangan, dah seMalaya dah mereka dapat maki hamun semua. Malah, yang terkesan akibat perangai pentingkan diri sendiri ni, pun malas nak melayan. Biarkan saja kelakuan begini. Paling banyak pun, bising kat WA sama sendiri. Kalau saya, saya akan laporkan pada PKD terbabit tentang mamat yang degil nak mati tu. Saya takkan bagi peluang. Sebab dia dah positif, boleh keluar rumah dan serahkan anak kat TASKA tu sangat tak boleh diterima dek akal.
Kalau anak tu positif, habis satu TASKA dah boleh menjadi kontak rapat. Dah satu kerja KKM nak lakukan nasopharyngeal swab pada TASKA tu. Ni namanya tak ada beban, batu digalas. Macam lah kakitangan KKM tak ada tugasan lain. Menyusahkan semua orang. Dengki kot, anak dia kena menjalani swab, alang-alang meh lah biar kanak-kanak lain sertai sekali. Biar padan muka anak semua orang. Tapi si ayah tu, boleh lah lagi tersenyum macam kerang busuk kan. Bukan dia yang kena pakai PPE tengah panas terik buat swab. Ingat senang gamaknya nak mencalit belakang anak tekak kanak-kanak. Tak pasal kena 2 3 orang pegang budak tu. Nampaknya rantaian jangkitan COVID-19 takkan putus sampai Abang Jamil ______. Tahniah ya ayah.