Sejak penularan Covid-19, sesi persekolah dilakukan secara PdPR atau Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.

Sudah pastinya peranti seperti telefon, komputer atau laptop akan digunakan untuk sesi pembelajaran.

Bagi setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Ada yang sanggup berhutang atau gadai barang kemas untuk membeli peranti ini bagi memudahkan urusan pembelajaran anak.

Hakikatnya tidak semua ibu bapa mampu membeli peranti yang baru pada harga yang agak mahal. Pilihan yang ada adalah membeli peranti yang telah diguna pakai atau second hand. Sudah pastinya dalam kondisi lama dan reka bentuk pun tidak ‘terending’.

Dalam usaha ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran, ada segelintir anak tidak menghargai usaha itu. Malah ingin memiliki perenti serba baru dan canggih.

Begitulah yang situasi yang dihadapi oleh lelaki ini yang terkilan dengan sikap anak pelanggannya yang tidak menghargai usaha ibu bapanya.

Ikuti perkongsiannya.

Anak tak suka laptop, ibu terpaksa cancel beli

Hari ini,
2 pelanggan membatalkan pembelian laptop.
Alasannya adalah anak mereka tak minat dan tak mahu, walau setelah seminggu saya hantar gambar dan juga harga.

“Maaf ustaz. Ana saya kata macam calar-calar. Dia nak yang macam baru.”
“Maaf ustaz. Boleh kurang ke? Anak kata laptop tu buruk sikit”

Saya teringat kisah jual laptop pada seorang pelajar, yang mana saya sanggup drive sampai utara, bawak anak isteri semata-mata sebab ibunya nak minta sangat satu laptop untuk anaknya.

6 bulan simpan duit nak beli laptop

IKLAN

Yang paling sedih, maknya sanggup berhutang dan simpankan duit pada saya selama 6 bulan hanya untuk anaknya yang perlukan sebuah laptop.

Sampai saja di kolejnya, saya pun jumpalah pelajar ini di kantin.
Saya keluarkan laptop. Dan tunjukkan padanya.
“Cik cubalah dulu”
Dia tengok je. Sambil tengok kiri kanan. Kemudian, dia keluarkan handphone, dan taip sesuatu.

Ting! Whatsapp saya masuk.
“Ustaz, anak saya macam tak minat lah. Tapi, saya kata guna laptop ni dulu. Nak beli baru saya tak mampu”

Saya pandang je budak ni. Pandang kali ni sekali dengan perasaan yang cukup geram.
“Macamana cik? Tak nak cuba ke. On dulu, kemudian tengok lah. Saya dah format dan install semua software sekali antivirus. Cik guna je”

Dia macam tulah. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak masa jumpa. Muka lawa tapi? Allahu. Saya cuba tahan sabar.

Pujuk anak

Ting! Whatsapp masuk lagi.
“Ustaz, saya minta maaf. Tengah pujuk ni. Dia kata laptop ni buruk. Malu nanti nak bawak pergi belajar. Dia nak yang laptop terbaru”
Cukup! Saya letak handphone!

IKLAN

“Cik, saya minta maaf kalau laptop ni nampak macam buruk. Macam lama tapi ini lah yang mak cik mampu belikan. Harga dia RM599 tapi semua masih baik.
Saya dah belikan sekali charger baru, bateri baru. Cik tahu tak, mak cik kumpul duit 6 bulan, simpan dengan saya, hutang dengan orang semata-mata nak belikan untuk cik. Saya datang beratus kilometer ni sebab mak cik tau tak? Sebab mak. Mak tu sumber berkat. Mak tu jiwa dan hati kita!”

Tak jadi beli

Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak!

Kali ni sabar tak mampu dah saya pegang.
Saya tak kisah soal laptop ni sangat, cuma saya lebih fikirkan soal mak dia yang bersusah payah demi laptop ni. Ya, itu yang menyakitkan hati ni!
Dia diam dan masih kayu kat depan ni.

“Baiklah. Saya pulangkan duit pada mak cik. Cik tak minat kan? Takpe. InsyaAllah, esok lusa adalah pembeli yang beli nanti.
Jagalah hati mak. Apa yang mak bagi, ambillah. Yang penting, berkat cik. Berkat. Tak berkat hidup ni, belajarlah tinggi mana pun tak kemana. Saya minta maaf ya”

Saya berlalu dengan penuh rasa di jiwa.
Penat lagi. Masa yang habis lagi.
Ting! Whatsapp masuk lagi.

Saya tak mampu baca lagi. Mak dia sedih dan menangis sebab anaknya tak nak laptop yang dibelikan dengan jerih dan payah.

IKLAN

Ingat wahai anak.
Setitis airmata ibu kerana keterasaannya pada kita, akan membuatkan Allah menutupkan segala pintu syurga.
Titik!

Meninjau di ruangan komen, ada yang melahirkan rasa simpati dan sebak kepada ibu kepada anak itu. Ada juga rasa terkilan dengan sikap anak itu. Moga anak itu muhasabah diri.

Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak! Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak! Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak!

Sumber: Abu Hurairah Roslan

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Malu Laptop Terpakai Tak ‘Cantik’, Ibu Sedih Anak Tak Hargai, Luahan Penjual Ini Bikin Netizen Sebak!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI