Nampaknya dari semalam peminat barang kemas tak tidur lena, masing-masing rupanya nak serbu kedai emas hari ini.
Bagi yang mempunyai kewangan yang kukuh, tak salah untuk menyimpan aset dengan nilaian emas.
Untuk makluman harga emas hari ini merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.
Merujuk laman Facebook Harga Emas Malaysia, trend penurunan itu direkodkan sejak semalam iaitu RM1.51 berbanding RM242.57 kelmarin.
Sudah tentu ia berita baik. Namun tentu ada tertanya-tanya kenapa harga emas merundum turun, ikuti penjelasan Pakar pelaburan emas yang juga penulis buku, Syukor Hashim menerusi facebook miliknya semalam.
Data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan jam 8.30 malam tadi.
Harga emas merudum sebanyak USD30.70 / Oz malam ini. Banyak juga tu! Apa sebabnya gais?
Ads
Biar saya jelaskan. Jawapan: jam 8.30 malam tadi telah keluar satu laporan data Jualan Runcit US (Retail Sales) untuk bulan Ogos 2021. Laporan ini menunjukkan peningkatan jualan runcit di US sebanyak 0.7% untuk Ogos 2021.
Harga emas turun mendadak
Peningkatan 0.7% ini sebenarnya sangatlah sedikit, tetapi kenapa harga emas boleh jatuh teruk?
Agensi statistik US (Census Bureau) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di US akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan (supply chain) di US. Mereka menjangkakan jualan runcit Ogos 2021 di US akan merosot 0.8% Namun kejutan berlaku apabila data jualan runcit Ogos 2021 meningkat kepada 0.7% Ini seolah-olah memberi bayangan bahawa ekonomi US adalah kuat dan mampu menghadapi risiko covid 19.
Ads
Gais, Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan/peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh.
Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat ketika situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih.
Itulah sebab kenapa emas jatuh banyak malam ini gais. Dipersilakan share jika bermanfaat.
Keluarga: Bagi yang bercadang untuk menjadikan emas sebagai aset jangka masa panjang, boleh beli emas hari ini. Selamat membeli.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tidak mudah menjadi ibu bapa pada zaman sekarang ini, begitu banyak cabarannya. Yalah, sedangkan bila kita asyik menegur anak atas apa tindakan yang telah dilakukan dengan itu tidak kena, ini salah , itu betul, mulalah anak-anak akan tarik muka dan ada juga yang pandai melawan cakap.
Jadi bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk kita mendekati anak-anak kita agar hatinya lembut menerima teguran yang kita berikan?
Andai ibu dan ayah belum bertemu jawapannya, melalui perkongsian daripada Puan Siti Aminah ini diharapkan dapat membantu anda mencari solusinya. Jom semak.
Rebutlah 3 waktu ini. Waktu yang paling AFDAL untuk kita sentuh hati anak-anak 3 waktu ini diajar oleh Baginda SAW sebagai waktu yang paling sesuai untuk nasihati anak.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, Silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak..Alhamdulillah saya sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam. Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Elok sangat dan kena pula masa cuti sekolah ni, pasti ramai yang merancang bercuti dengan anak-anak. Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya. Saya berniat nak tegur cara dia bersolat,
kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut-urut belakang anak) Allah sayang anak yang rajin tolong mak”
Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham. Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan. MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.”
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Di sinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama.
Ajarkan anak tertib makan. Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan. Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan.
Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu. Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya. Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’. Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW. Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak. Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba. Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar.
Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni. Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Kehidupan bergelar seorang ibu ternyata banyak merubah diri pelakon dan pengacara paling ceria, Ain Edruce secara totalnya.
Lebih-lebih lagi kini cahaya mata sulungnya, Soraya sudah semakin membesar dan sudah pun ke sekolah. Keletah cilik Soraya yang kini berusia tiga tahun itu semakin memperlihatkan daya kelasakkannya.
Berkongsi cerita mengenai perjalanannya menjadi seorang ibu, Ain yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome meluahkan rasa bahagia dan nikmatnya kehidupan bergelar ibu.
Walaupun pernah hilang dan tenggelam dalam diri sendiri kerana terlalu asyik memberi focus kepada buah hatinya di awal kelahiran Soraya, Ain kini bagaimana pun makin bijak memperuntukkan waktu buat dirinya sendiri.
“Perubahan tu lebih kepada waktu untuk kepada diri sendiri. Bila dah ada Soraya agak kelam kabut sikit sebab tak biasa dengan kehidupan baru.
“Masa mula-mula dulu Ain pernah rasa stress sebab tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Almost rasa macam hilang diri sendiri, sebab lebih kepada nak jadi ibu.
“Tapi nasib baik ada suami yang sangat supportive. Tiap kali dia nampak Ain penat sangat, dia minta Ain berehat, pergi jogging dan sebagainya macam Ain pernah buat dulu.
“Cara Ain lepas adanya Soraya kalau nampak dia tidur, Ain cepat-cepat cari waktu untuk diri sendiri,” kata Ain berkongsi sisi keibuannya.
Ceria bertambah bila ada Soraya
Namun perubahan paling nyata kata Ain, jika dulu hanya dia menceriakan suasana di rumah tapi kini watak utama itu sudah pun terisi dan diambil oleh Soraya yang rupanya sama keletah gila-gila seperti ibunya.
Tidak hairanlah Soraya kini bukan hanya menjadi penyeri buatnya dan suami bahkan penceria suasana ketika berada di rumah.
“Sejak ada Soraya rumah Ain tak pernah senyap. Sebelum ini Ain lah yang akan jadi badut dalam rumah tapi sejak ada Soraya dia ambil alih tugasan itu. Rumah Ain memang sangat ceria,” tambahnya.
Berkongsi karektor Soraya yang kini semakin membesar, akui Ain, Soraya boleh dikatakan meniru
“Soraya macam perangai Ain sikit. Tapi dulu sebelum sekolah dia seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah sekolah ini dia berubah dan boleh nampak perbezaan dekat dia sebab sudah pandai bersosial dengan kawan-kawan.
“Macam mana orang tengok Ain, macam itulah juga perangai Soraya. Sebiji photostat, tak ada yang kurang,” tambahnya lagi.
Pengalaman buat Ain berjaga-jaga
Peristiwa Soraya yang terkena serangan sawan benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada selebriti ceria ini sehingga dia kini sentiasa berjaga-jaga lebih-lebih lagi bila Soraya demam.
“Ain sebenarnya sedih sangat waktu itu sebab tengah kerja. Lagi pula pagi sebelum Soraya terkena sawan Ain sebenarnya ada cakap pasal sawan ini dengan suami. Instinct seorang ibu.
“Sehingga kini pun Ain dan suami sentiasa berjaga-jaga kalau Soraya demam. Pengalaman ini mengajar Ain dan suami,” luahnya lagi.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Sungguh seram! Penyanyi terkenal, Tomok meluahkan rasa terkejut apabila namanya dipetik oleh wanita yang terkena gangguan jin.
Tomok menerusi Instagramnya memuat naik video daripada sebuah youtube yang menunjukkan seorang wanita yang separuh sedar itu menyebut namanya.
Video kelihatan seorang lelaki, pengamal perubatan tradisional sedang mengubati wanita itu dengan menyuruhnya merngucap tetapi wanita itu sepontan memberitahu tidak menyukai lafaz yang dikatakan sebagai ‘lagu’. Sebaliknya menyebut nama artis Tomok dan Ella.
Dia mahu pengamal perubatan itu menyanyi apa sahaja lagu. Malah mengakui mengenali Tomok sudah sekian lama. Pengamal perubatan itu memberitahu bahawa jin mengenali Tomok.
Reaksi Tomok setelah melihat video itu meluahkan rasa terkejut dan mengerunkan buat dirinya.
“Fuhhh bukan calang-calang dah masuk dunia jin.”- Netizen
Dalam pada itu, meninjau komen netizen ada yang meluahkan rasa terkejut dan terhibur apabila nama penyanyi popular di sebut ketika rawatan dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional.