Baru beberapa hari, personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi kisah membantu rakannya yang sakit. Kini, dia pula diuji apabila isteri kesayangannya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Berkongsi kisah sedih tersebut di Instagram miliknya, akui Hafiz berita tersebut diterima ketika beliau berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya. “Aina surprise saya minggu, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan. “ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”
“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.
Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata
Ads
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha “Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.
“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.
Ads
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang. “Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.
“Mummy, terima jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.
Ads
“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulis Hafiz menerusi kapsyennya di instagram.
Hafiz dan Aina mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan , Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Salam takziah buat Hafiz dan Aina.
Usia bukan penghalang buat pelakon Vanidah Imran, 48, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu (12 Mac lalu) di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Ibu kepada Mikail Aimran dan Maryam Rashika itu menggenggam sarjana danmenyarung jubah konvokesyen pada sidang ke-15 istiadat berkenaan yang berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya sudah memahami rentak dan cara kehidupan.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis keputusan menyambung belajar juga didorongi pelbagai faktor termasuk termasuk realiti pentas hiburan itu sendiri yang masih goyah tanpa jaminan konkrit.
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda (pelajar).
Katanya lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong. Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya ramai berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah ada mempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
Nasi menjadi makanan wajib yang dihidangkan oleh ibu-ibu untuk dimakan bersama hidangan lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seisi keluarga.
Pun begitu, hidangan nasi ini jika diambil berlebihan bimbang juga menjadi penyebab obesiti dan masalah kesihatan lain. Apatah lagi andai mengidap penyakit kencing manis.
Sebolehnya, pemilihan beras yang kurang kanji menjadi pilihan. Ini sebagaimana yang disarankan oleh doktor ini. Rupanya terdapat jenis-jenis beras yang bagus untuk kesihatan.
Jom kita hadam apa info dari Dr Zubaidi ini.
SIHAT DENGAN DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE
Bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan nasi, terutama yang sudah berumur 40 tahun ke atas, nasi sudah menjadi sebahagian hidup mereka.
Tetapi setiap kali makan nasi, pesakit diabetes akan mengalami peningkatan gula yg mendadak.
Sebab beras putih tidak mempunyai lagi serat padanya. Ini menyebabkan penyerapan gula sangat cepat ke dalam tubuh.
Saya mencadangkan beras rebus. Beras rebus ini bukan beras putih yang direbus (ditanak) menjadi nasi.
Contoh jenama yang ada dipasaran
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan.
Apa Itu Beras Rebus?
Beras rebus adalah beras yang mengalami proses pembersihan yang berbeza.
Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan Beras Perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi Beras Putih biasa.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya Beras Rebus/Parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi. Nilai GI pun rendah.
Jadi ia mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang lain.
Makanlah Beras Rebus dengan sayur atau ulam yang banyak. Ratio antara nasi dan sayur adalah satu bahagian nasi dan dua bahagian sayur.
Ambil juga minyak zaitun utk melambatkan penyerapan glukosa. Boleh ambil lagi selepas makan selain dari dos yang diambil selepas bangun pagi waktu perut kosong.
Pernah hadapi tak masalah bila kita tengah buat kerja dari rumah, berebut komputer riba atau telefon pintar dengan anak sebab mereka kena buat online class dengan cikgu?
Waktu tu jangan cakap la, stressnya rasa! Sampai mak ayah berbelah bahagi nak utamakan kerja sendiri ke mengalah untuk anak. Betul tak?
Takpe mak ayah tak payah nak stress dah, Huawei MatePad Pro ada penyelesaiannya! Nampak je tablet ni luarannya ringkas dan ringan kan? Tapi sebenarnya tablet ini mempunyai fungsi dan kehebatannya yang tersendiri sehingga anda rasa tak boleh hidup tanpanya!
Sesuai untuk diguna atau di bawa ke mana-mana, tablet ini menampilkan reka bentuk yang nipis serta simetri yang hanya berukuran 4.9mm, skrin 10.8 inci dengan paparan IPS 2560 x 1600.
Selain itu, gadet canggih ini dilengkapi dengan Chipset Kirin 990, RAM 8GB, simpanan dalaman sehingga 256GB serta ketahanan bateri 7250mAh (typical)Lithium polymer untuk kegunaan lebih lama. Memang berbaloi lah kalau nak guna!
Benda wajib yang semua orang pentingkan untuk penggunaan gajet semestinya kamera, betul tak? Tablet ini dilengkapi dengan kamera 8MP (kamera hadapan) dan 13 MP (kamera belakang) yang kedua-duanya dilengkapi dengan auto fokus.
MatePad Pro ini juga turut didatangkan dengan pelbagai aksesori seperti pengecas, Type-C data cable, 3.5 mm headset jack dan Eject pin dengan setiap pembelian.
Mahukan impak keselesaan luar biasa ketika menggunakannya? Tablet ini didatangkan khas bersama aksesori tambahan yang anda boleh dapati seperti Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil, Folio Cover dan Sleeve. Fuhh ni bukan takat selesa je, individu yang gunakan juga nampak versatil!
Berita baik untuk semua! Sekarang ni kalau anda nak beli MatePad Pro ni, Huawei berbesar hati tau nak bagi bundle package iaitu dengan hanya RM2,898, anda bukan sahaja dapat MatePad Pro, tapi anda akan dapat Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil! Berbaloi sangat-sangat kan?! Jadi, tak payah tunggu lama-lama boleh grab tablet ni terus di https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html
Tidak mahu ketinggalan, Huawei juga akan menampilkan gajet yang menggunakan rangkaian 5G iaitu MatePad Pro 5G pada 19 Jun ini tau! Jadi jangan lupa dapatkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.