“Abang Dah Marah Ibu Dik” Bergaduh Sebab Telefon, Abang Bomba Ni Berjaya Pujuk Kanak-Kanak Dari Terjun Tingkat 19

Share

Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru.  Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang semalam selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.

“Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.

“Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.

Anda boleh lihat rakaman video tersebut di bawah:

Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Malah rata-rata memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.

Sumber: harian Metro & Gempak

IKLAN