
Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru. Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang semalam selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.
Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.
“Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.
“Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.
Anda boleh lihat rakaman video tersebut di bawah:
Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Malah rata-rata memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.
Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah. Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sumber : Buletin TV3#Inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 6 October 2019
Sumber: harian Metro & Gempak
Benarkah Ibu Moden Terlalu Memanjakan Punca Anak Nakal Luar Biasa?

Bergelar ibu bapa adalah satu momen yang cukup indah dan dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Lahirnya pengarang jantung pengikat jiwa menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian dalam rumahtangga.
Segalanya permintaan anak diikut, natijahnya anak mula naik lemak. Perkongsian Datuk Abd Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Nov 2017 boleh dijadikan pedoman terutama kepada ibu bapa sekarang yang lebih memanjakan anak-anak tanpa menyedari implikasi dari perbuatan tersebut.
Apa yang dibimbangkan betul-betul terjadi. Gelas di bucu meja itu rebah, dan air sarsi pun tumpah. Alas meja putih bersih terus bertukar warna menjadi coklat pekat.
Lebih teruk lagi sarsi dengan ketul-ketul ais itu turut melimpah di atas karpet. Permaidani berbunga-bunga itu basah melekit dengan corak baru akibat tumpahan minuman berkarbonat.
Tetamu gamam sebentar, tetapi tuan rumah yang gelabah sebab alas meja terpaksa ditukar yang baru, dan karpet terpaksa dicuci, di lap hingga hilang lekit dan warna coklat.
Tentu sekali tuan rumah kesal bukan main, lebih-lebih lagi apabila melihat budak kecil yang membuat onar itu terus ketawa dan terkinja-kinja. Dan, ibunya hanya geleng-geleng kepala dengan wajah paling toya.
Sebenarnya sejak mula tiba kanak-kanak berusia sekitar tiga tahun itu sudah menimbulkan kebimbangan. Dia memanjat kerusi, melonjak-lonjak di atas sofa, dan berguling-guling di karpet.
Dia mengambil sendiri kuih dalam bekas di atas meja, makan sedikit kemudian menghancurkan kuih di atas lantai. Paling bimbang, gelas yang dipegang digoyang-goyang sebelum diletakkan di bucu meja.
Kalau ikutkan hati sejak awal-awal lagi budak itu hendak ditegur. Kalau boleh digertak supaya kenakalannya tidak berterusan dan mengganggu tetamu lain. Malah rasa hendak dicubit tangannya yang terlajak aktif itu.
Tetapi adat orang kita tidak akan melakukan seperti itu terhadap orang yang berkunjung ke rumah. Almaklumlah, tetamu – termasuk kanak-kanak – jangan dikasari. Mereka mesti selalu dihormati
Tradisi orang Melayu sentiasa menghormati tetamu. Tidak kira betapa nakal pun anak-anak yang datang, jangan diherdik. Walau pun tahu sofa boleh kotor kerana dipijak, pendamkan sahaja di dalam hati.
Tuan rumah berharap – sangat-sangat berharap – tingkah laku anak-anak yang nakal itu patut ditegur oleh ibu bapanya sendiri. Paling tidak pun jangan biarkan anak memijak-mijak kuih di atas lantai.
Tetapi maaf cakap, sesetengah ibu bapa sekarang tidak pandai menegur anak. Mereka, terutama ibu-ibu muda, langsung tidak peka hal-hal seperti itu. Agaknya mereka terlampau sayang pada si kecil, terlampau memanjakannya sehingga budak itu naik kepala.
Mereka tahu anak nakal luar biasa, tetapi melihat dan membiarkan sahaja kenakalan itu, macam tidak ada apa-apa. Walau pun tingkah laku anak boleh mendatangkan bahaya, mereka tidak peduli langsung.
Mereka tahu tidak molek anak berguling-guling di rumah orang, tetapi buat-buat tidak nampak. Mereka melihat dengan jelas anak menghancurkan kuih di lantai, tetapi ‘buat dhek’.
Sikap ibu bapa seperti ini perlu diubah. Mereka bertanggungjawab atas apa juga yang dilakukan oleh anak-anak. Mereka perlu membetulkan sekiranya ternyata anak-anak melakukan kesilapan. Mereka patut membimbing dalam apa juga keadaan.
Memang anak-anak patut disayangi dan dimanjakan. Bagi setiap pasangan yang waras, anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Anak-anak adalah permata hati.
Namun demikian menyayangi dan memanjakan anak tidak semestinya membiarkan mereka melakukan apa sahaja, sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Si comel itu perlu dibentuk pekerti mulia sejak di peringkat awal.
Maka saya bersetuju dengan seorang cef selebriti yang meluahkan perasaan mengenai sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak terlajak nakal ketika berkunjung rumah terbuka raya personaliti berkenaan.
Saya tidak fikir beliau marah sekiranya anak-anak itu makan apa juga hidangan yang disediakan. Malah, menjadi kesukaan dan kesyukuran tuan rumah sekiranya tetamu menghabiskan apa yang disajikan.
Hatta, tidak juga mana-mana tuan rumah marah sekiranya anak-anak menggunakan kemudahan yang ada sewajarnya. Kalau boleh apa yang ada hendak dikongsi dengan tetamu.
Tetapi tetamu, lebih-lebih lagi orang perempuan pun kena menghormati hos. Kena memahami kerenyahan hos menyiapkan makanan, juga mengemaskan rumah. Tentu tidak patut sekiranya anak-anak dibiarkan mensia-siakan makanan. Tentu tidak sesuai sekiranya anak-anak terlajak aktif sehingga boleh mengganggu keselesaan tetamu lain.
Lebih penting lagi, apa akan terjadi sekiranya perangai gila-gila anak-anak boleh membahayakan diri mereka sendiri? Contoh, ketika berlari-lari terlanggar tiang dan luka di kepala, amacam?
Lagi pun ibu bapa perlu bertanya diri sendiri, apa perasaan sekira anak tetamu yang datang ke rumah mereka memecahkan perhiasan kristal di ruang tamu? Apa rasa sekiranya biskut semprit yang beria-ia dibuat itu dibuang dalam akuarium?
Dalam kehidupan yang semakin banyak memerhati, saya sering terserempak dengan insiden-insiden yang mengesahkan bahawa semakin ramai ibu bapa moden tidak prihatin terhadap perangai anak-anak mereka.
Malah, sesetengahnya berandaian bahawa kenakalan anak-anak itu adalah satu kelebihan. Anak nakal tidak perlu dikawal atau disekat, sebab kenakalan itu akan menjadikan mereka lebih baik untuk menghadapi cabaran hidup. Ilu sesat mana yang mereka belajar!
Apabila ibu bapa gagal mendisiplinkan anak, kehidupan orang lain pula menjadi tidak aman. Acap kali ketika ingin bersantai dan menikmati sarapan di hotel, saya – mungkin juga tetamu lain – menjadi resah kerana diganggu oleh perilaku-perilaku tidak menyenangkan dari kanak-kanak.
Sekali peristiwa, dua beradik, lelaki dan perempuan, masing-masing berusia sekitar empat atau lima tahun, menjadikan restoran di hotel seperti taman permainan kanak-kanak.
Mereka berlari, main kejar-kejar sehingga mengganggu petugas di restoran berkenaan. Beberapa kali mereka hampir berlanggar dengan pelanggan yang hendak mengambil makanan.
Mereka menjerit-jerit tidak keruan, macamlah sedang berada di laman rumah sendiri. Menyelusup bawah meja, cuba memanjat kaunter pembayaran, langsung tidak kisah kepada orang yang sedang menikmati makanan pagi.
Sakit betul hati melihat perangai dua beradik. Malah ramai tetamu, termasuk dua pasangan asing – orang putih – geleng-geleng kepala kerana tidak senang dengan gangguan di pagi hari itu.
Lebih menyakitkan hati, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang duduk di sebelah meja saya, tidak peduli sedikit pun. Ayah meneguk kopi, ibunya pula tidak kisah makan, asyik dengan gadget di tangan.
Dua kanak-kanak menjerit dan keadaan macam nak rak, emak bapak boleh relaks sambil bermain telefon bimbit. Bimbang budak-budak yang belum boleh berfikir itu terlanggar pelanggan yang membawa minuman panas, saya menghampiri dua orang tuanya.
“Maaf, anak encik berlari-lari dan ganggu orang lain,” saya menegur sambil menahan perasaan. “Takut-takut mereka terkena air panas atau terantuk meja…”
“Tak apa,” ibunya menjawab tanpa memandang saya, masih asyik dengan gadget. “Budak-budak memanglah macam itu.” Dia tidak pandang pun saya. Macam mana dia boleh jadi ibu!
Ayahnya berhenti mengunyah buah, senyum pada saya, tetapi berkata lebih menyakitkan hati: “Budak-budak tu bukan nak makan sangat, saja suka main-main. Lagi pun kami bayar tinggal di sini, breakfast ni termasuk dalam pakej, bukan free.”
“Saya pun bayar juga. Orang lain pun bayar, bukan free!” Sindiran saya pun mereka tidak faham. Kalau ikutkan hati mahu saya tuang kopi panas ke muka lelaki dan wanita tersebut, biar mereka tahu orang lain pun ada hak yang patut dihormati.
Saya harus banyak menahan sabar. Tidak usah melayan pasangan separuh sewel ini, buang masa sahaja. Kalau zaman saya muda belia dan samseng jalanan dulu-dulu, pasti pasangan ini saya kerjakan cukup-cukup. Hujung kasut saya ‘ngam-ngam’ dengan mulut dia.
Tetapi saya sudah tua. Zaman samseng sudah berlalu. Namun, pada hemat saya, orang primitif seperti ini tidak layak hidup dalam masyarakat bertamadun. Mereka patut duduk dalam gua batu. Hatta, mereka tidak patut pun menjadi ibu dan bapa.
Ketika pasangan Mat Salleh dan beberapa lagi meninggalkan restoran dengan perasaan jengkel, dua beradik yang belum berakal itu terus main kejar-kejar dan menjerit. Dan, pasangan primitif itu masih ‘buat dhek’.
Satu pagi minggu saya di sebuah pasar raya, dan tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan kanak-kanak. Seorang wanita kemudian berlari-lari ke arah jeritan tersebut dan kemudian mengangkat anaknya yang semakin kuat menjerit.
Kepala kanak-kanak tersebut luka. Darah bukan sahaja menitik di lantai, tetapi membasahi baju si ibu. Petugas dan pengawal keselamatan bergegas memberi bantuan kecemasan.
Tidak saya ketahui apa akhirnya terjadi pada kanak-kanak malang itu. Tetapi seorang pekerja am warga asing di situ memberitahu budak perempuan itu berlari-lari sebelum tersungkur dan dahinya terhantuk troli besi.
“Kenapa awak tidak larang budak itu berlari-lari?” saya mula ‘kepoh’. Pekerja asing yang ada iras-iras pelakon filem Hindi itu menjawab: “Saya sudah kasi tau sama dia punya mak, tapi mak dia pula mara sama saya…”
Luka terhantuk troli hanya satu kes. Banyak lagi kes yang lebih mengerikan. Kanak-kanak tersepit pada eskalator di pusat membeli belah, kanak-kanak putus jari akibat bermain mercun buatan sendiri.
Ada kisah kanak-kanak baru tiga-empat tahun lemas ketika bermain di perigi belakang rumah. Malah, semakin kerap diberitakan budak darjah satu mati kemalangan akibat menunggang motosikal, tanpa lesen, tanpa topi keledar.
Siapa yang patut disalahkan apabila tragedi demi tragedi menimpa kanak-kanak?
Sumber: Majalah Keluarga Sept-Okt 2017
“Jadi ‘Bapa On Call’, Waktu Ibu Di ICU.” Frontliner Bujang Jaga bayi Macam Anak Sendiri Buat Ramai Terharu!

Pengalaman seorang frontliner yang belum menjadi ayah, menjaga baby di hospital tatkala ibunya sedang bertarung nyawa di ICU cukup menyentuh hati ramai.
Walaupun belum berkahwin, namun keprihatinan lelaki ini terhadap bayi yang memerlukan perhatian cukup dikagumi. Si kecil dilayan bak anak sendiri biarpun tiada pengalaman sebagai seorang ayah.
Kisah ini dimuat naik menerusi laman zayan.my memaparkan fronliner berkenaan sedang menjaga dan melayani si kecil dengan penuh sabar.
Buang Rahim & Payudara Akibat Kanser. Dek Kerana Suami Yang Penyayang & Sabar, Wanita Ini Mampu Terus Hidup Bahagia!

Mendengar perkongsian daripadanya Puan Noor Diyana Mohamed Zukri, 36 sebagai canser servival, cukup menyentuh hati. Bukan calang-calang orang mampu berada ditempatnya kini, punya semangat yang luar biasa hatta sepanjang bercerita tidak sedikit pun menitiskan air mata. Begitu sabar bercerita satu persatu tentang penyakit yang ditanggungnya kini.
2014 Disahkan kanser
Pada mulanya saya tidak menyedari sebarang perubahan pada diri yang menunjukkan saya tidak sihat, semuanya normal. Hingalah pada suatu hari, sedang saya bersabun dapat rasakan ada benjolan di payudara. Risau dengan keadaan itu, saya pergi ke klinik biasa dan kemudian direfer ke hospital.
Apabila dibuat pemeriksaan, benarlah ada ketulan sebesar 4.5-5 cm dan pembedahan harus segera dilakukan. Dan ketika ini tujuannya hanya untuk mengeluarkan ketulan tersebut, dan siapa menduga selepas 4 hari di bedah barulah didiognos saya ada kanser payudara.
Jujur saya katakan, masa itu emosi saya sangat terganggu, menangis sepanjang hari dan tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang saya rasa hidup ini tiada harapan lagi. Namun, suami begitu positif orangnya dan dialah sebenarnya sumber kekuatan saya. Apa yang dia mahu agar saya kembali sembuh.
Maka saya akur untuk jalani pembedahan untuk membuang payudara saya dan jalani rawatan bermula bulan Dis 2014 dan complete kimo/radioteraphy pada bulan Mac 2015. Saya fikirkan selepas buat semua itu, akan berakhirnya kesakitan yang ditanggung. Tetapi sebenarnya disaat itulah semuanya baru bermula.
Tahap kesihatan saya semakin merosot, rambut saya gugur, selera makan berkurangan, kuku menjadi biru, muntah-muntah dan saya ambil keputusan hanya mengurungkan diri dalam rumah.
Pengorbanan suami
Saya cukup bersyukur dikurniakan suami sepertinya, tetap melayan saya seperti dahulu. Penuh kasih sayang dan saya amat hargainya. Suami sangat mainkan peranannya, ketika saya terlantar sakit, dia cuti kerja tanpa gaji demi menjaga saya. Dia jugalah yang menguruskan anak sambil dibantu orang tua kami.
Selain itu, dia jugalah yang tidak putus asa terus berusaha membawa saya ke merata-rata untuk mencari rawatan kanser. Pantang dapat tahu, ada cara alternatif, akan diusahakan untuk saya berubat.
Kuasa Tuhan, Saya Hamil
Ini suatu peristiwa yang cukup luar biasa dan doktor sendiri pelik bagaimana saya boleh hamil. Memandangkan saya telah dibekalkan ubat yang harus diambil selama 5 tahun untuk melawan kanser daripada menyerang lagi. Dan kesan ubat tersebut menghalang untuk saya mengandung.
Namun, kuasa dan perancangan Allah itu cukup indah. Saya disahkan hamil pada tahun 2016 dan doktor menyarankan untuk digugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan. Namun naluri ibu yang ada dalam diri saya mengatasi semuanya. Saya rayu untuk meneruskan kandungan walaupun doktor jelaskan risiko yang bakal saya tanggung. Saya pasrah, kandungan ini harus diteruskan!
Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan saya stabil dan menjalani rawatan kandungan lebih kerap berbanding ibu yang normal. Perkembangan bayi stabil dan pada usia 8 bulan kandungan, setalah dibuat setail scan, doktor dapati tangan bayi masih tergenggam tidak terbuka. Menurut doktor, bayi akan ada alami masalah apabila dilahirkan nanti. Saya serahkan semuanya pada Allah dan hanya Dialah tempat saya bergantung.
Subhanallah, anak saya dilahirkan sempurna dan normal seperti bayi lain. Syukur dengan kurniaan Allah yang cukup indah. Kami namakan Tuan Mohd Aiyjaz Aniq yang kini berusia 1 tahun 6 bulan dan dia jugalah putera permata hati yang melengkapkan lagi dengan 4 orang puteri kesayangan kami.
Terus Diduga
Setelah 4 bulan melahirkan anak, kanser menyerang saya lagi dan inilah risiko yang perlu saya tanggung atas keputusan yang saya buat. Jadi saya perlu membuang satu lagi payudara untuk terus berjuang. Sekali lagi, suami tetap dengan keyakinannya bahawa saya boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.
Selepas pembedahan saya menolak untuk jalani kimoterapi kerana tidak mahu merasai kesakitan sebagaimana yang pernah saya lalui dulu. Atas keputusan ini juga, doktor sarankan untuk saya mengambil ubat yang lebih kuat untuk melawan kanser dan pengorbanannya saya perlu membuang rahim. Maka pada bulan 12 yang lalu saya telah lakukan pembedahan tersebut.
Suami tetap bagi semangat dan antara kata-katanya yang saya pegang adalah “Tak pa, kita buat apa sahaja asal sihat” dan atas sebab itu juga saya mahu jalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.

“Saya pikir positif nak sihat je.Tak fikir sakit, fikir nak sembuh”-Noor Diyana