Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob menjelaskan, permohonan itu telah dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar dua tahun yang lepas.
“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.
“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas ketika ditemu bual oleh Sinar Harian pada Selasa.
Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah menukar maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini.
Ads
Ini menyebabkan status kelahirannya adalah tidak sah taraf.
Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“Sebelum ini memang ada perasan dia selalu garu hidung, kalau demam dan selesema sampai sebulan dua kali. Sampailah 28 Januari baru-baru ini, anak mengadu demam, sakit kepala dan sakit di bahagian kening.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Telatah anak kedua sememangnya menghiburkan dan bermacam ragam. Gelagat anak kedua pelakon, Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusri Abd Halim mengundang perhatian ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan Lisa di Instagram, anak kecil itu, Yusof Leonne yang mesra dengan nama Yeop oleh ibu dan ayahnya memperdengarkan bacaan surah Al-Fatihah ketika menerima rawatan telinga di sebuah klinik bagi mengurangkan ketakutan dalam diri.
Tambah Lisa lagi, Yusri menyarankan bacaan Al-Fatihah itu jika terlalu takut dan gementar.
“SubhanAllah, bagus jugak idea Daddy Yeop ni. Kalau tak, he was too nervous.
“Sebelum tu, Yeop cuak dok tanya Dr nak buat apa kat dia. Rasa tak selesa dengar bunyi mesin tu lagi.
“Daddy advise lagi kat Yeop, “if you feel anything, just recite louder” tu yang dengan mimik-mimik dia tu,” katanya berkongsi.
Tidak hanya gelagat Yeop yang dipuji ramai malah didikan kedua ibu dan bapanya, Lisa dan Yusri turut dipuji wargamaya. Hebat!
“But at least it helped that he focused more on Al-Fatihah in which our Prophet SAW told us in a hadith that it is a syifa’.
“Alhamdulillah follow up day turned out okay. May Allah swt grant my son recovery and syifa,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji idea hebat Yusri dan Lisa malah memuji cara didikan sempurna dari keduanya.
Terdahulu, Yusri dan Lisa Surihani dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, dan Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Malaysia mencipta sejarah di Olimpik Matematik Antarabangsa 2026 apabila menembusi kelompok 20 terbaik dunia dengan satu pingat emas, tiga perak, satu gangsa serta rekod baharu 142 mata.