“Abang Ikut Mommy, Adik Ikut Daddy.Ok Ngam.” Comelnya Fateema, ramai puji Copy Paste Wajah Saharul. Sejuk Orang Kata!

Share

Ibu bapa mana yang tak ingin melihat anak-anak membesar di depan mata kan. Inilah momen yang terindah dan kalau boleh tak nak miss setiap detik tersebut.

Biarpun ada yang sibuk dengan kerjaya, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.

 

Kerana itu, setiap perkembangan dan apa yang anak-anak lakukan akan disimpan sebagai kenangan.

Terbaru, pelakon Sabarlah Duhai Hati ini memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anak perempuannya itu yang semakin comel dan katanya sudah pandai nak belajar bercakap pula.

Kecomelan Fateema Az Zahra sering mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah apabila gambarnya dimuat naik dilaman instagram, pasti mendapat perhatian ramai.

Menerusi video terbaru itu, Saharul berkongsi kapsyen yang berbunyi:
“Sama ke muka?. Kapsyen tersebut merujuk kepada persamaan antara wajahnya dengan anak perempuannya itu.

Video berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan si ayah ini melayani anak perempuannya sambil meminta Fateema menyebut perkataan ‘baba’.

Fateema yang bijak itu kemudiannya turut mengikut apa yang disebut babanya.

Untuk rekod, Fateema lahir pada 13 Jun 2020 dan kini memasuki usia 10 bulan. Selain Fateema, Saharul dan Deena memiliki anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini sudah menjangkau usia 3 tahun.

Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi cerita mengenai aksi anak perempuannya yang kini sudah mula berdiri.

Dah boleh berdiri ❤️. Ikut pengalaman korang, lepas berapa hari boleh jalan dah ni?

Tinjauan di ruangan komen, ada yang berkongsi pandangan. Rata-rata bersetuju akan persamaan antara wajah anak-beranak ini.

yiennatashaa yes! Like father like daughter 😍❤️
nadj.beehah_ SAMA SANGAT!!! eeee comel nye fateema ni😭😭
azreennnnnnnn_ Abang dia ikut mommy dia..adik ikut daddy dia..ok ngam👏
eyka_adelia_mikhail Sama..ank ppuan muka sm mcm ayah..sejuk org kata😍
dagingdendengwarisanmakngah Photostat betul 😍
roslinaramlipms Comelnya fatema,sama muka dgn babah dia.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN