Ibu bapa mana yang tak ingin melihat anak-anak membesar di depan mata kan. Inilah momen yang terindah dan kalau boleh tak nak miss setiap detik tersebut.
Biarpun ada yang sibuk dengan kerjaya, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Kerana itu, setiap perkembangan dan apa yang anak-anak lakukan akan disimpan sebagai kenangan.
Terbaru, pelakon Sabarlah Duhai Hati ini memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anak perempuannya itu yang semakin comel dan katanya sudah pandai nak belajar bercakap pula.
Ads
Kecomelan Fateema Az Zahra sering mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah apabila gambarnya dimuat naik dilaman instagram, pasti mendapat perhatian ramai.
Menerusi video terbaru itu, Saharul berkongsi kapsyen yang berbunyi: “Sama ke muka?. Kapsyen tersebut merujuk kepada persamaan antara wajahnya dengan anak perempuannya itu.
Video berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan si ayah ini melayani anak perempuannya sambil meminta Fateema menyebut perkataan ‘baba’.
Ads
Fateema yang bijak itu kemudiannya turut mengikut apa yang disebut babanya.
Untuk rekod, Fateema lahir pada 13 Jun 2020 dan kini memasuki usia 10 bulan. Selain Fateema, Saharul dan Deena memiliki anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini sudah menjangkau usia 3 tahun.
Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi cerita mengenai aksi anak perempuannya yang kini sudah mula berdiri.
Ads
Dah boleh berdiri ❤️. Ikut pengalaman korang, lepas berapa hari boleh jalan dah ni?
Bila ada persefahaman, tolak ansur dan tolong menolong antara suami isteri semuanya jadi indah dan mudah. Inilah yang cuba digambarkan melalui pekongsian daripada seorang suami ini bila isterinya selamat melalui proses melahirkan dengan cara pembedahan.
Menurut perkongsiannya, “Beginilah rutin harian tuan-tuan masa isteri berpantang.. balik kerja cod barang-barang, tengok baju isteri anak tak sempat basuh lagi, kita tolong basuh, tolong jemur dan lipatkan.”
Pesannya, “Tak pandai tak apa dik, asal kita buat..salah takpe,kita belajar..”
Selain itu katanya, “Tanya isteri sudah makan atau belom, kalau belum..boleh kita hidangkan, makan sama-sama..jangan hentak kaki bila balik kerja tengok makanan tak ada atas meja..tengok keadaan isteri dan anak dulu, tengok keadaan rumah..tengok dalam sinki, ada yang tak sempat isteri buat, anak tak mandi lagi ke kita tolong buatkan.”
Tambahnya lagi, “Sama-sama bertimbang rasa..bukan takut isteri dik,tapi kita hormat diorang..kerana isteri dan anak-anak adalah rezeki kita..isteri saya berpantang czer, saya memang tak bagi dia buat kerja..suruh berehat banyak-banyak.”
“Lain orang lain situasi..tak sama macam abang jugak adik, ada orang keluar gelap,balik gelap untuk cari rezeki, abg alhamdulillah setakat boleh buat abg buat..Tak kaya tak apa dik, asal kita ada usaha..insyaAllah Allah permudahkan urusan kita..”
Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian ini mendapat perhatian warganet hingga 3.6K komen dan 12K share. Apa yang pasti, ramai meluah rasa betapa beruntungnya dapat suami yang memahami seperti ini.
Bahkan tidak kurang juga, ramai wanita yang sedang mengandung turut tag pada suami masing-masing untuk dapat bersedia melakukan apa yang telah menjadi rutin Baharin Zakaria selepas isteri selamat melahirkan.
Bukan itu sahaja, ramai juga kaum bapa berkongsi antara pengalaman membantu dan menghargai isteri mereka. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat yang lain.
Lelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Dek kerana pandemik COVID-19, operasi kantin dihentikan. Anak-anak terpaksa membawa bekal atau makan di dalam kelas.
Terbaru, pihak sekolah mengumumkan kantin kembali beroperasi.
Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin Yang diusahakannya ala-ala cafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.
Antara menunya seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
“Kami bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.