Si comel kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Terbaru, gaya Fatima yang membuat video solekan mendapat perhatian ramai. Mana taknya, bukan hanya pandai melakukan langkah demi langkah solekan bahkan kepetahan Fatima buat ramai yang geram.
“Baru berapa hari mommy kerja kat Jakarta, anak mommy dah jadi influencer yaa.
“Tapi bagus productnya, satu je tapi boleh pakai untuk semua. Ada link tak nyamma? Mommy nak beli @fattahaminz,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Ads
Dengan hanya satu produk, Fatima lincah menyapukan produk itu di seluruh wajahnya. Memang comel dan cukup bersahaja.
Terbaru, Fatima juga rupanya cukup sukakan selebriti tersohor Korea, Blackpink bila mana tampil dengan kasut merah jambu dan hitam. Memang comel.
Ads
Fatima yang mengenakan kasut merah jambu di sebelah kanan dan kasut hitam di sebelah kiri memberi dia memilih gaya itu kerana sukakan Blackpink. Cute.
Kepayahan dan kesukaran yang ditanggung oleh insan bergelar wanita dalam menggalas tugas seorang isteri dan ibu, nyata bukan mudah.
Ada sisi bahagia dan tidak dinafikan penuh dengan cabaran dan terkadang menyebabkan hatinya terluka.
Ini sebagaimana apa yang cuba diterjemahkan oleh Puan Najibah apabila melihat gambar ini.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, kan? Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Ada orang sesetengah orang dikurniakan dengan cahaya mata awal, ada yang perlu bertahun lamanya untuk mendapat nikmat itu.
Bagi Penyanyi Datin Alyah pula, dia memaklumkan dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.
“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua junior, tapi saya belum lagi.
“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.
Disoal adakah bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kelak, Alyah berkata kepadatan jadual membuatkan dia belum memulakannya.
“Untuk rawatan itu kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen tapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.
“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual saya agak padat.
“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima” jelasnya positif.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata suaminya juga bersikap positif mengenai itu dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama tapi sebenarnya kami baik-baik saja.
“Dia juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.
Akui ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.
“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila kita banyak mendengar ceramah untuk menguatkan rohani.
“Jadi kita tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi.
“Di penghujung jalan kehidupan itu, ita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang kita cari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Melodi TV3 via Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
lama tidak mendengar khabar pelakon cantik manis bermata galak ini. Terbaru, sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Ayu Raudhah berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila memaklumkan hamil anak kelima.
Khabar tersebut dimuat naik isteri kesayangan Zaquan Adha menerusi hashtag di di dalam status Instagramnya.
Di dalam perkongsian tersebut, adik kepada Rozita Che Wan ini berkongsi gambar-gambar ketika sambutan hari lahir bersama suami dan ahli keluarga serta teman-teman.
Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata yang bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7 Muhammad Aisy Aryann, 6 Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Khaliq, 1.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.