Sudah semestinya kekuatan utama dalam industri baking atau pembuatan kek ini adalah kualiti butter yang digunakan. Lagi mahal butter yang digunakan, lagi bertambah enak hasilnya.
Gambar hiasan
Jadi, buat anda yang berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam bidang baking ini pastinya perlu menitikberat soal pemilihan butter yang berkualiti.Jom ikut kaedah ini!
Percaya atau tidak selepas berhari raya, jerawat pasti akan muncul di wajah. Pemakanan secara berleluasa ketika berhari raya juga ditambah dengan jumlah minyak yang tidak terkawal antara penyebab hormon berubah.
Inilah penyebab utama kemunculan jerawat berlaku. Jangan panik dan bimbang untuk kembali bekerja dengan jerawat di muka, sebaliknya cubalah petua yang diberikan ini. Kesemua bahan ini tidaklah sukar untuk dicari malah pasti sentiasa ada di dapur rumah anda. Jom cuba.
Sental Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka.
Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam.
Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.
Guna Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakkan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat. Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati.
Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar.
Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering. Hasilnya jerawat akan terus kecut.
Tip Cerahkan Kulit Muka Dengan Pantas
Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.
Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya.
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah. Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah.
Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat. Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bwaang adalah antara bahan penting yang digunakan dalam masakan. Tidak kiralah bawang merah, bawang putih, bawang besar mahupun bawang Holland sekali pun, ia wajib ada dalam dalam masakan di mana ia memberi perasa kepada makana yang dimasak.
Banyak kebaikan jika mengamalkan pengambilan bawang kerana ia sangat berkhasiat kerana kaya dengan potasium, kalsium, vitamin C, vitamin B, karotena, asid folik dan banyak lagi!
Ia juga mengandungi selenium yang berupaya meningkatkan imuniti selain menjadi sumber amino asid dan serat. Ia sangat berkesan dalam menyeimbangkan suhu perut, kadar peluh, membasmi kahak, diuresis dan sebagainya.
Jom kita cuba tanam sendiri bawang menerusi perkongsian dari BLDaily ini. Selamat mencuba!
Biasanya ibu-ibu membelinya di kedai, apa kata kali ini kita cuba tanam sendiri pokok bawang.
Dengan menggunakan papan kotak telur, kita tidak perlu lagi menggunakan tanah, selain tidak menggunakan sebarang racun agar ianya selamat. Cara ini lebih praktikal dan menjimatkan!
#1. Sediakan lima kotak telur, cucuk sedikit pada kotak telur agar terdapat lubang kecil di permukaannya. Hal ini penting agar air boleh menembusi daripada lubang kecil
#2. Letakkan dan susunkan bawang di dalam karton telur berkenaan
#3. Perlu diingatkan agar tanaman ini tidak didedahkan secara langsung dengan cahaya matahari
#4. Siram dua kali sehari
Mudah bukan cara menanam sendiri pokok bawang tanpa tanah? Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi membeli bawang.
Orang dulu-dulu ada sahaja pantang larangannya. Jika hendak disenaraikan terlalu banyak, umpamanya tak boleh lalu bawah ampaian, jangan menyanyi bila di dapur, jangan makan disenduk dan macam-macam lagilah. Pastinya juga larangan ini ada sebabnya yang tersendiri.
Begitu juga bab larangan memakan biji cili, biji jambu dan sebagainya untuk tujuan penjagaan kesihatan.
Pun begitu, ketahui apa penjelasan dari sudut kajian santifik sebagaimana yang dikongsikan oleh doktor ini.
BENARKAH BIJI CILI BOLEH JADI PUNCA APENDIKS?
Kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan cili atau biji jambu batu kerana boleh menyebabkan apendiks. Larangan ini sering bermain dalam fikiran sehingga wujud rasa takut setiap kali ingin mengambil makanan pedas.
Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut.
Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan. Malah sesiapa saja berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.
Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis.
Radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat. Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Walaupun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Jadi, jangan sesekali beranggapan bahawa orang yang masih muda tidak boleh mengalaminya.
Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri pesakit antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).
Sekiranya kita telah terkena radang apendiks, cara yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan yang dialami adalah dengan melakukan pembedahan apendiks kerana ia juga adalah satu-satunya teknik yang telah diperakui oleh kebanyakan pakar kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, pembedahan ini turut dikenali sebagai appendectomy.
Caranya, doktor boleh melakukannya dengan dua cara iaitu pembedahan membelah perut secara terbuka dan laparoskopi (membelah perut dengan ukuran yang kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam).
Namun, ia bergantung kepada saiz tumor pada bahagian apendiks itu sendiri. Sekiranya ia terlalu besar, pembedahan major terpaksa dilakukan dalam usaha untuk membuangnya.
Kesimpulannya, punca sebenar radang apendiks ini adalah penyumbatan di dalam saluran apendiks seperti yang dinyatakan.
Walaupun begitu, pemakanan tidak boleh dianggap sebagai antara punca utamanya kerana masih tidak ada kajian kukuh yang mengatakan sedemikian.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.