“Ada Masa Lapang Bantu Tugas Wira-Wira Kita.” Tengku Zafrul Kongsi Jadi Sukarelawan Di PPV, Ramai Puji Patut Jadi Role Model!

Share

Bekas Menteri kewangan, Tengku Dato’Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkongsi beberapa keping gambar ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sukarelawan di Pusat pemberian Vaksin (PPV).

Menurutnya, tugas tersebut dilaksanakan bagi sama-sama membantu frontliner dalam mempercepatkan dan melancarkan proses pemberian vaksin di PPV berkenaan.

Alhamdulillah selesai volunteer bersama MyVAC di PPV KL Convention Centre hari ini. Sebelum ni ada juga terfikir nak join, dan baru sekarang ada masa lapang sikit untuk bantu wira-wira kita bertugas on the ground. ⠀

Tugasan saya ialah untuk bantu pengunjung yang walk-in mendapatkan vaksinasi. Kebanyakan mereka warga asing dan warga emas yang tidak berapa mahir dengan aplikasi mudah alih, jadi kena tunjuk mereka cara register.

Saya juga ditugaskan guide pengunjung ke lorong dan laluan yang betul, sebelum mendapat vaksinasi mereka.⠀

To everyone out there yang ingin tahu lebih lanjut cara jadi sukarelawan MyVAC, boleh layari myvac.com.my dan daftar di sana. Let’s come together and bring our beloved Malaysia out from this pandemic. Stay safe and have a good day!

Perkongsian tersebut menarik minat ramai, rata-rata memuji keprihatinan dan kesanggupan Tengku Zafrul untuk membantu frontliner di PPV berkenaan.

acher_bsr Contoh tauladan yg baik sangat murah fan tidak perlu modal utk dilakukan tetapi manusia kabur utk nampak. Proud of you
mnabil.h Very humble person Tengku ni…Sepatutnya ada dlm Kabinet Kerajaan..! Amin
osyatirahman👏👏 Respects Salute Tengku👍👍👍
zonaland Terbaik tngku zafrul..harap lpas ni di lntik smula jd mntri kewangan
hazlynnh Thank you YB. May Allah bless you with good health and rezeki insyaallah.
fis_tajul Alhamdulillah..terbaik Tengku👏
clinarashid A role model
ennyothman You have my full respect DS🙌🏻

Sumber: tzafrul_aziz


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/  

atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN