“Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya… kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang… bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita.”
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.
Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain dan tidak patah semangat walaupun ujian yang dihadapi amat besar.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Dahulunya wanita ini normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan yang mengorbankan seorang pekerjanya.
“Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.
“Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
Ads
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat.”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
Ads
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.
“Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.
“Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya ‘down’ saya akan tanya balik diri saya.
“Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.
Ads
“Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa ‘down’ itu terlalu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah dengan apa yang diperolehh Candrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar.
Ikan ’emas laut’
Dalam satu laporan oleh India Times, dia keluar memancing bersama rakannya pada 28 ogos lalu tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’.Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.
Ikan yang jarang ditemui
Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.
‘Ikan dengan hati emas’ miliki nilai dalam perubatan
Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan.
Sumber kolegan berkualiti tinggi
Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.
Ruang dapur yang bersih dan kemas tersusun pastinya buat hati kita rasa lega. Apatah lagi bila setiap kali pulang daripada kerja. Hati sejuk bila tengok rumah dan dapur bersih dan tersusun.
Namun, kalau salah cara susunan pun buat kita pening terutama sekali nak menggunakan barang tersbeut. satu hal pula nak ingat di mana letaknya kan.
Perkongsian puan Eiza Nas boleh dijadikan rujukan kerana ruang dapur nampak kemas tersusun. penggunaan stiker memudahkan baik ibu mahupun ahli keluarga lain terutama ketika mahu barang tersebut.
Jom cuci mata cara puan Eiza susun barang. Moga bermanfaat buat kita semua!
Selesai sudah tugas mengemas barang dapur.
Mama nas bukan panic buying. Mama nas adalah monthly buying. Sapa kata mama nas panic buying mama nas sumpah dia gemok masa lockdown nanti 🤣🤣🤣🤣 gurau jalah.
Semalam beli barang kering stock sebulan.
Hari ini beli barang basah stock 2minggu…2minggu lagi baru jumpa pula pasaraya…barang kering 1bulan lagi .
Ini cara mama nas organize barang mamanas…sebab bukan mama nas sahaja chef dalam rumah ini. Ada lagi 3chef yang dilantik juga 🤭🤭🤭 jadi bila dah organize. Bila mereka tanya barang mereka cari. Dari ruang tamu mama nas boleh bagi tahu. Pasti mereka jumpa barang tu.
Sebenarnya organize ini memang bagus untuk mak2 yg sibuk …yg ramai chef dalam rumah . Ini sangat membantu. Jadi jom kita organize dapur kita. Agar senang hidup kita hahahah
‘Sejuk perut ibu mengandung’, kita biasa dengar ungkapan ini disebut-sebut bila seorang anak itu dilihat begitu baik ikhlaknya, mendengar kata dan membahagiakan ibu bapanya. Pastinya sebagai ibu, bila dianugerahkan anak-anak ini kita akan berasa sungguh beruntung dan bersyukur tidak terhingga.
Itulah juga yang dirasakan oleh Ozlynn dan meluahkan rasa syukurnya di instagram berkongsi cerita berkenaan anak lelakinya Haziq. Haziq dilihat sebagai seorang anak yang rajin dan sanggup pula menemaninya ketika menjayakan sesi penggambaran.
Menurut Ozlynn walau dia lewat habis kerja sekali pun, anaknya itu tetap menjalankan tanggungjawab dengan baik dan ikut setiap pesanan ayahnya.
Betul-betul Ikut Cakap Papa
Setiap kali pengarah cakap ‘cut, Haziq akan terus datang dan membawa sebotol air serta skrip. Sebagai ibu, Ozlynn terharu dan memberi pujian buat Haziq kerana berjaya menjadi pembantu peribadi yang sangat baik. Tambah Ozlynn, Johan sudah memberi pesanan kepada Haziq sebelum mengikutnya pergi bekerja. Setiap pesanan yang diberikan oleh Johan ternyata berjaya dituruti oleh Haziq.
The Best p.a … lewat mcm mane pon abes keje ttp jalankan tanggungjwp jaga mama, air botol mama kat tgn dgn skrip.. director cut je air smp trus depan muka dgn skrip.. betul2 dia ikut apa yg papa dia pesan..
Bercerita lanjut berkenaan sikap anak lelakinya itu, Ozlynn akui di rumah juga Haziq memang sangat ringan tulang untuk membantunya membuat kerja-kerja rumah hatta ketika memasak sekali pun ada sahaja bantuan yang diberikan oleh Haziq.
haaaaaa masalah dia satu.. tdo lewat nk bgn subuh jek… hekk hekkk hekkk.. rengek… haaa part nih mama kena bwk bersabar sikit la.. 😂.. makna ada kelebihan ada jugak kekurangan.. tp yg paling best dia selalu offer diri nak tlg .. even kita tgh masak pon dia akan tanya.. ada benda yg haziq boleh tlg.. haihhh my bambam yg syomel!!
Diposting yang sama juga, Ozlynn turut bercerita tentang sikap suaminya. Johan juga seorang yang sangat rajin dan sentiasa membantunya untuk mengurukan kerja rumah. Tambah Ozlynn lagi, suaminya sudah tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu disuruh itu dan ini. Berikutan daripada itu, Ozlynn berasa senang hati dan bersyukur kerana dianugerahkan suami dan anak-anaknya yang tahu laksanakan tanggungjawab dan tugas masing-masing.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.