Biasa dengar kan, makan buah dulu sebelum makan nasi atau makanan berat lain. Tetapi ada yang dah tahu ambil sambil lewa aje tentang petua kesihatan ini. Sedangkan ramai pakar pemakanan menyarankan berbuat demikian. Namuna ada juga segelintir yang pandang ringan mengenai adab pemakanan ini. Apa pun jangan buat main, bukan pakar pemakanan je sarankan begitu, para ulama pun telah mencadangkan perkara yang sama dengan merujuk kepada satu ayat Al-Quran. Baca perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjelaskan kepentingan makan buah dulu sebelum makanan berat seperti nasi.

______________________________________________________________

MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN

“Ada Ulama Cadangkan Makan Buah Dahulu…” Jangan Pandang Ringan Jika Nak Keluarga Sihat, Ikuti Penjelasan Doktor Ini 

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.

“Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” [Surah Al-Waqi’ah : ayat 20 – 21]

Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.

IKLAN

Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.

1. Buah-buahan (dan sayur-sayuran) mengandungi serat yang banyak, dapat memperlahankan penyerapan gula yang terlalu cepat. Dengan ini dapat menstabilkan gula dalam darah.

Penyerapan gula yang terlalu cepat menyebabkan tahap gula dalam darah akan menjadi tinggi (walaupun dalam julat yang normal). Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, bacaan gua akan melonjak melebihi julat yang normal.

Ini akan menyebabkan pengeluaran insulin yang banyak dalam tubuh (hyperinsulinemia) dan keadaan ini menyebabkan roses keradangan dalaman (internal inflammation), akhirnya kita akan mengalami masalah kronik yang pelbagai.

IKLAN

2. Mengambil buah-buahan terlebih dahulu juga membantu pencernaan karbohidrat, lemak dan protein dengan lebih baik. Ini kerana ia akan menyediakan enzim-enzim dan asid dalam perut sebelum kehadiran karbohidrat, lemak dan protein. Dengan ini akan mengurangkan masalah pencernaan, yang selalu berlaku seperti rasa kembung perut, rasa memulas atau pedih ulu hati (akibat reflux).

3. Mengambil buah-buahan (dan sayur-sayuran) dahulu juga menjadikan kita lebih puas ketika menikmati makanan dan merasa cepat kenyang. Dengan ini dan mengurangkan pengambilan karbohidrat berproses seperti nasi putih yang banyak. Ia juga menyebabkan kita berasa lambat lapar semula.

4. Saranan ini adalah suatu nasihat (adab) dalam pemakanan. Ia bukan suatu kewajiban yang mesti diikuti. Bila kita mengamalkannya, ia memudahkan kita untuk lebih menikmati makanan, rasa lebih puas dan cepat kenyang. Yang penting ia membantu pencernaan kita.

5. Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE dalam pemakanan kerana ia sumber minyak sihat (monounsaturated fatty acid) yang sangat penting.

IKLAN

TAHUKAH ANDA

“Ada Ulama Cadangkan Makan Buah Dahulu…” Jangan Pandang Ringan Jika Nak Keluarga Sihat, Ikuti Penjelasan Doktor Ini 

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut mengalami masalah pencernaan.  Keadaan ini menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang siha dan segar sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayones atau aiskrim. Kemudian boleh diteruskan dengan makanan berat pula.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI