Adam Corrie Dan Adik Terpisah Selama 36 tahun, Jumpa 10 Tahun Lalu.” Kini Kedua-Duanya Muslim. Hebatnya Perancangan Allah!

Share

Allah berikan hidayah kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Umum mengetahui sebelum ini Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 pernah berpisah dengan adik lelakinya Shahrizah Hussein kerana dia dipelihara oleh keluarga Melayu.

Selepas 36 tahun terpisah, hanya 10 tahun lalu mereka diketemukan semula. Lebih membahagiakan Adam Corrie kerana adiknya itu juga muslim.

“Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36tahun .. sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10tahun lalu. Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga muslim sebagai muslim.

“Alhamdulillah sekarang beliau Sudah berusia 46thn. Masih bujang. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya, Shah sahaja yang muslim.  Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. .

“Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam.
Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam 
Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.

“Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah.. yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua.

Senyum selalu 
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

Netizen turut menyuarakan rasa syukur dan mendoakan Adam Corrie dan adiknya serta keluarga terus bahagia.

Sumber: IG adamcorrielee

 

 

IKLAN