Tidak semua selebriti yang suka berkongsi kehidupan peribadi keluarga untuk tatapan orang ramai.
Selain privacy, ini juga salah satu cara menjaga keselamatan ahli keluarga. Namun pelakon cantik manis ini tidak lokek berbuat demikian.
Penampilan pelakon Zila Bakarin yang kini sudah bertudung dilihat semakin sopan juga turut meraih pujian ramai.
Zila mengambil keputusan untuk berhijab pada awal November 2018. Selepas itu, dia jarang muncul di kaca TV. Untuk rekod, Zila berkahwin dengan Azri Izhar pada 2008
Menerusi Instagramnya, pelakon cantik dan putih orangnya ni memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta. Masing-masing kini berusia 9 dan 12 tahun di ruangan instagramnya.
“Biasalah anak-anak meragam lepuk kepala ibu.” Nampak biasa tapi ia boleh beri kesan kepada sikap anak itu.
Begitulah yang harus ibu ayah ambil peduli bahawa jangan biasakan anak meragam hingga berbuat demikian.
Ini sebabnya. Ikuti lanjut perkongsian ini.
_________________
Ada sekali tu saya ternampak anak saya lepuk kepala isteri.
Terus saya datang dan pegang tangan anak saya. Istighfar panjang masa tu.
Puncanya dia meragam teruk sebab baru bangun tidur je. Bukan serius sangat pun.
Tapi dengan anak anak memang saya ambil serius bab menghormati ibu ni.
Lepas saya pegang tangan dia, terus saya letakkan tangan dia di dadanya. Itu antara teknik grounding untuk tenangkan diri.
Bila anak dah tenang akan saya cakap benda yang sama, “Tak boleh pukul mama!”
Saya tak jelak untuk “remind” benda ni berulang ulang kali pada anak.
Masa anak usia bawah 7 tahun ni la peluang kita nak didik adab ‘hormat’ pada ibu.
Fitrah kanak-kanak ni mereka lebih,
– dengar cakap ayah
– takut cakap ayah
– hormat pada ayah
Sebab itu la untuk mendidik anak anak tentang adab memang tugas ayah.
Kalau sejak kecil kita tak ambil berat soal adab ni, nescaya menjelang usia 7 tahun ke atas bukan sahaja ibu tapi dengan ayah sekali anak akan senang hilang hormat.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan.
Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya.
Amati perkongsian beliau.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelibatnya sering menjadi perhatian ramai apabila membentangkan ekonomi negara. Nyata sudah tentunya, Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Azizi.
Terbaru, pengumumannya mengenai pemansuhan syarat i-sinar bagi memudahkan pengeluaran dari simpanan akaun telah mendapat sinar kegembiraan buat rakyat Malaysia. Rata-rata memanjat kesyukuran mendepani kemelut pendemik ini yang memberi impak kepada ekonomi sebilangan besar penduduk negara ini.
Biarpun sibuk dengan tanggungjawab kepada negara, beliau tidak culas untuk santuni keluarganya. Begitu juga meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke 10. Menerusi muat naik di Instagram miliknya berkongsi gambar dan ucapan buat isterinya yang menjadi pelengkap hidupnya .
Jauh di sudut hatinya melahirkan rasa syukur dianugerahkan isteri yang memahami kerjayanya.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, sentiasa sabar dan selalu mendengar. Terima kasih kerana mendidik anak-anak, dan melayan kerenah saya. Terima kasih kerana memberi dorongan untuk saya dan memahami kekangan masa bersama keluarga terutama sejak berkhidmat di Putrajaya ini. Dalam 10 tahun ini, hanya dia yang boleh menerima saya 200%, (dengan pelbagai kekurangan diri ini!), memberi sokongan berterusan dan sering ‘bersetuju’ dengan saya, walaupun kadang-kadang saya pasti ianya sukar. ⠀
⠀ Kepada Dina – pasangan saya yang luarbiasa, tempat mengadu dan sahabat akrab saya – terima kasih atas segalanya! Benar apa yang dikatakan, di belakang setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang gigih dan tabah. ⠀
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.