Tentunya sesiapa pun akan teruja bila ada yang menawarkan RM1,000 bahkan jumlahnya boleh meningkat hingga RM3,000 kepada anda yang mempunyai sekeping wang RM1. Boleh dikatakan itu tawaran yang berbaloi dan hebat.

Melalui statut yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli akaun FB miliknya, tentunya menarik perhatian umum. Beliau menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

ADUN Jeram Tawar RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama. Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di Facebook YB!

Tambahnya lagi,  jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 tersebut masih dalam keadaan baik dan sempurna.

IKLAN

ADUN Jeram Tawar RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama. Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di Facebook YB!

“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.

“Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000,”

IKLAN

“PM ye kalau ada,” Ujarnya yang memuat naik status ini pada 19 May yang lalu.

Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian. Bahkan tidak hairanlah hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial.

IKLAN

Ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka di ruang komen.

ADUN Jeram Tawar RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama. Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di Facebook YB! ADUN Jeram Tawar RM1,000 Untuk Duit RM1 Lama. Warganet Teruja Dengan Hantaran Status Di Facebook YB!

Sumber : Shaid Rosli 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI