Ahli Kimia Ni Kongsikan Cara Tanggalkan Kesan Lekatan ‘Sticker’ Pada Bekas Lama. Guna Dua Bahan Jer!

Share

Sisa pelekat  atau sticker pada bekas makanan pastinya membuatkan ia kelihatan buruk. Sudah dikikispun, masih ada sisa pelekat degil yang mengganggu pandangan.

Kepada yang tidak tahu, masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan minyak masak. Inilah  tips yang  dikongsikan Puan Fatimah Salim ini.

Menurutnya, ibu-ibu  hanya perlu menggunakan minyak masak dan gosok pada sisa pelekat menggunakan tisu dapur.  Beliau yang juga merupakan pakar kimia, minyak masak boleh melarutkan komponen gam manakala pergerakan menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang membantu proses menanggalkan sisa gam pada bekas anda.

Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.

Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.

Sumber: Fatimah Salim

 

IKLAN