Air Katira Ni Super Mudah Nak Buat, Rasanya Memang Puas Hati!

Share

Menghilangkan rasa dahaga setelah seharian menahan diri daripada makan dan minum, tentunya kita sekeluarga mahukan minuman yang cukup istimewa seperti Air katira.

Pun begitu, untuk menyediakan air katira yang super mudah dan ringkas, ini dikongsikan oleh Puan Sheila Fandy  untuk info bersama.


Bulan puasa tiba, mesti anak-anak sibuk nak air katira kan? Sekarang boleh buat sendiri. Tapi ini bukan resepi ori. Ini resepi saya cuba-cuba dan eh eh jadi pulak.

Boleh la sekadar nak lepaskan dahaga daripada beli mahal-mahal kan? Boleh buat banyak-banyak bagi 1 family,2 family minum..

Simple-simple je pun ok kan?

Air katira :

*Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)

Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ye sahabat semua..tak rasa tebu pun. Tapi rasa katira sebenarnya..

Nak letak perisa pishang pun boleh..tak derhaka pun..
*Susu pekat manis
*Chia seed / biji selasih
*Air cincau.

Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

Air cincau tu tapis ya. Ambil cincaunya je. Carik kat semua kedai stok cincau asli tu habis. So kita ganti dengan cincau tin je.

Step 1 : Masukkan pewarna minuman perusal tebu ke dalam cawan.

Step 2 : Masukkan cincau.

Step 3 : Masukkan Chia seeds

Step 4 : Masukkan Susu pekat

Step 5 : Masukkan air dan kacau mesra.

Step 6 :Masukkan ais ke dalam cawan dan sedia diminum.

Selamat mencuba.

Sumber : Sheila Fendy via MAHN

 

IKLAN