Kanak-kanak yang tercekik gula-gula ‘gummy mata’ yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Fahmi pergi dalam keadaan cukup senang selepas bisikan syahadah ibunya serta reda ibu dan ayahnya.
Tambah bapanya, Mohamad Fakhruddin dia dan isteri, Nuraini Mohamad Isa, 37, kali terakhir melawat anak sulung mereka semalam sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira 11 malam.
“Tiada lagi anak yang ceria, Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba.
“Kami beritahu kami reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.
Ads
“Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan,” kongsi bapanya.
Menurutnya lagi, anak itu dilihat mengalirkan air mata malah cukup tenang semasa pemergiannya.
“Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur.
Ads
“Adik, Nufa Fakhira (4 tahun) dan neneknya juga datang melawat Mohamad Fahmi petang tadi (petang semalam). Nufa menangis panggil abangnya dan mengajak mandi kolam bersama,” katanya lagi.
Menurut Mohamad Fakhruddin, jenazah Mohamad Fahmi dijangka dibawa pulang ke di Permatang Binjai, Penaga selepas urusan bedah siasat selesai.
Ads
“Tangan yang menjaganya sejak kecil akan mandikan dan kafankannya, saya tidak pasti bagaimana akan saya lakukan nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa dikatakan rebah ketika hendak ke tandas sebelum gurunya menghubungi pasukan perubatan.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi di Sungai Korok-“Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu.” “Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.
“Hari itu saya dapati mereka sudah keluar pada jam 5.30 pagi. Masa itu saya ingat tak ada apa-apa sehingga terima panggilan daripada ibu mentua abang jam 7.30 pagi beritahu mereka tak sampai lagi di rumah di Jerlun,” kata Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an.
Menurut Nur Adliah Shuhada, sekitar jam 5.30 pagi, dia perasan abang dan kakak iparnya sudah keluar rumah, namun ketika itu dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah menerima panggilan daripada ibu mentua abangnya sekitar jam 7.30 pagi yang memaklumkan pasangan itu tidak sampai ke rumah di Jerlun.
“Saya tak sangka itu kali terakhir saya jumpa abang saya malam Jumaat lepas. Kami makan malam bersama, dan seperti biasa saya selalu minta dia suapkan saya makan, tapi malam tu dia sendiri yang suapkan tanpa saya minta.
“Itu kenangan terakhir saya bersama dia. Abang saya memang penyayang dan saya rapat dengan anak-anak saudara saya terutama yang bongsu kerana saya turut menjadi ibu susuannya,” katanya.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohammad Azim Izat,32, bersama isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka, ditemukan maut di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra, Kedah.
Tambah Nur Adliah, dia mendapat tahu mengenai penemuan kereta abangnya itu sekitar jam 8 pagi selepas dimaklumkan orang awam.
“Saya terus ke lokasi dan nampak bahagian belakang kereta Proton Iswara dalam sungai. Sabtu lalu kami pernah lalu kawasan sungai tu, tapi tak nampak apa-apa, mungkin waktu tu kereta belum timbul.
“Semalam pun ada orang bagitahu jumpa kereta model sama, tapi bila tengok, bukan kereta abang saya,” katanya lagi.
Menurutnya, tiga daripada anak saudara yang maut itu adalah Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; dan Annayla Humaira Nur Izzat, 7, yang bersekolah di Alor Setar.
Manakala anak sulung pasangan itu, Puteri Qisya, 12, tidak ikut bermalam di rumahnya dan terselamat dalam kejadian tersebut.
“Kakak ipar saya berniaga roti canai di Pendang. Hari kejadian sepatutnya dia keluar berniaga,” katanya.
Tambah Nur Adliah lagi, selepas gagal menghubungi abangnya sejak Sabtu, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Jitra dan menghebahkan kehilangan keluarga itu di media sosial.
“Saya masih terbayang keletah anak-anak saudara saya, teringat gelagat mereka malam terakhir tidur di rumah saya. Berat untuk terima, tapi saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya sebak.
Pastinya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang.
Namun, kadang kala, badai tetap melanda sebuah rumah tangga itu. Tiada lagi persefahaman. Jika itu yang terbaik, maka berpisah jalan penyelesaian segala masalah.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Moga kita terus muhasabah diri.
Lepaskan, Jika Dia Minta Cerai
17 tahun dlm training korporat. Sy jumpa ratus ribu manusia. Slps hbis training, org cerita kisah hidup mereka. Sy belajar bukan sekadar dari berguru, dari buku, dari training & tauliah tetapi lebih lagi pelajaran dari pengalaman org sekeliling.
Set appointment. Dtg 2 org ni sorang tersangatlah cantik, sorang amatlah segak. Bukan level biasa2 ni. Org ada2 pula tu. Dlm hati berkata.. “Hai.. Sepadannyalah.. Ya Allah. Apa lg yg dicari…”
Dtg bersungguh berapa pun snggup byr untuk konsultansi asalkan dpt jumpa saya. Pasangan muda, dah 10 tahun.
Rupanya suami makan luar dgn kawan kerja. Isteri org pulak tu. Ni kali ke 10 curang dgn org berbeza.
Isteri remuk hati. Suami dtg mahu minta jalan bagaimana mahu pertahankan rumahtangga. Taknak cerai. Isteri pula nk minta cara bagaimana nak redakan remuk di hati. Dah berulang kali bg peluang. Dan isteri nak cerai. Sekarang apa nak buat?
Begitulah. Bila masa tak cukup untuk berdua. Jasad ada, tapi hati di tempat lain. Keluar pagi, balik mlm. Di ofis masa 8 jam tiap2 hari. Paling bnyk berjumpa, diskus, ada pula yg sentiasa depan mata, teman makan, teman sembang, teman gurau2, teman naik kereta sekali, ngusik2, ambil berat, cerita hal pasangan masing2 yg begitu begini..
Bila dh kerap jumpa, dan jumpa untuk masa yg panjang, maka tarikan tu kuat. Yg lebih kuat tu yg dah kahwin ni. Iblis takkan biarkan begitu saja. Yg haram dihiaskan jd amat2 menarik dan cantik ‘menyejuk’ hati walau wajah asal tak sebegitu. Yg tak jaga pandangan ni, dan tak jaga batas2 pergaulan atas dasar kerja, lagilah mudah jatuh dlm perangkap. Dan akhirnya…. Hmm.. Tak sdr pun benda tu berlaku. Plan taknak buat lagi, alih2 buat jugak.
Tak bnyk yg sy tanya pd pasangan ni. Tanya sikit pun dh dpt jawapan.. Rupanya dah talak 3 dh pun. Selesai dh pun. Selama ni hidup bukan sebagai suami isteri lagi pun. Hidup dlm dosa sbb dlm perkahwinan dh terjadi berkali2 talak luar mahkamah. Dah confirm lafaz yg jelas dlm peristiwa yg berbeza dan kali ni dah lafaz talak kali ke 3. Lepas tu main rujuk sendiri2. Ok tak perlu ckp bnyk dh. Begitulah…
Yg perlu buat skrg terus ke mahkamah. Yg perlu buat skrg, bawa haluan masing2 dan baiki diri. Yg perlu buat skrg, tukar tempat kerja sebagai hijrah dari maksiat yg dh bersarang kat situ. Yg perlu buat skrg top up ilmu agama & berguru cari jln keluar dari ketagihan buat jahat. Yg perlu buat skrg taubat sungguh2 & top up dgn kebaikan dan kebaikan smpai hujung nyawa. Yg perlu buat skrg, tutup aib rapat2. Yg perlu buat skrg, mula dgn cari ketenangan di masjid & jaga solat jemaah. Jika perlu, jumpalah psikitrist, kaunselor, rawat diri..
Pinggan kalau dh pecah berderai tak boleh lekatkan dgn gam. Sebelum pecah, jaga baik2 jgn bagi jatuh. Kdg dah jaga, pegang baik2 pinggan pun, tiba2 jatuh jugak, itulah takdir. Move on. It is a learning process in life.
Kdg kita sgt sgt sgt berharap org tu berubah, tp setiap kali pun makan hati tak berubah2, berubah sekejap buat balik. Jika dia nak berubah, ya dia akan buat. Jika tidak, stop bermimpi. Jika kita pilih jln untuk bersama dgn dia, kita mesti bahagia. Tu syaratnya.
Ambil kertas, tulis 10 sebab kenapa aku perlu bersama dia atau 10 sebab kenapa aku perlu bercerai dgn dia. Timbang tara mana yg lebih bnyk & lebih beri manfaat untuk diri. Istikharah dan istikharah.
Kalau isteri minta cerai, mudahkan. Lepaskan. Itu nasihat sy setelah meneliti tidak ada ruang untuk menyatu-kembalikan hati yg dh pecah kecamuk.
Jika masih ada ruang, ya beri peluang. Jika tidak, bincang sehabis baik, pujuk sehabis baik, ubah dan buktikan, jika tidak, cukuplah. Jgn siksa lagi. Lepaskan. Kita simpan org yg tak ada lg hati untuk kita, tentulah sebenarnya kita menyeksa org itu.
Benar ada org bertahan kerana anak & ini kes paling bnyk sy jumpa.Bila anak dh besar, dah jadi Tok Wan, Tok Nek, tiba2 bercerai. Terpulang. Mana2 yg kita pilih, pastikan kita bahagia di dunia & di akhirat. Jgn hidup dlm derita.
Jln hidup kita berbeza. Jgn sakiti diri sendiri, dan jgn pula sakiti org lain.
Stop nasihat itu ini hal rumahtangga org lain dgn cara mengejek2, memerli @ menghina. Nasihat dgn doa itu lebih mulia. Hadiahkan Al- Fatihah, mudah2an yg sdg diuji dpt keluar dari ujian tersebut. Mudah2an kita selamat dari ujian sedemikian.
Sumber: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Majlis World Quran Hour yang berlangsung semalam menjadi detik terindah buat Kebawah Duli Paduka Baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang bertemu dengan gurunya sejak sekian lama.
Momen pertemuan itu sempat dirakamkan ketika Tunku Azizah yang merasmikan World Quran Hour di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berangkat untuk pulang selepas majlis tamat.
Bagaimanapun langkah terhenti sebaik Tunku melihat raut wajah yang cukup dikenalinya. Malah guru tercinta, Raja Norshiah Raja Mohd Nor yang kini berusia 80 tahun menunggu hingga habis majlis berlangsung demi ingin bertemu susuk tubuh yang cukup dikenalinya sejak dulu.
Ujar Tengku Ampuan Pahang sendiri, guru yang mengajarnya subjek Sains Rumahtangga di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu itu banyak mengajarnya selok belok rumahtangga dan urusan masak-memasak.
“Tiap-tiap hari lepas masak saya disuruh berus lantai dapur dari depan sampai ke belakang.
“Garang ni. Tapi sampai sekarang kerana cikgu saya pandai masak,” ujar Tunku Azizah ketika pertemuan itu.
Tunku Azizah sempat merakamkan detik indah itu dan mengabadikan kenangan bersama gurunya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Gembira masih diingati Tengku Ampuan Pahang
Berkongsi kisah pelajarnya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor juga sempat berkongsi kisah pelajarnya yang merupakan seorang yang cukup aktif dan peramah ketika di sekolah.
Malah kata beliau lagi, dia bersyukur kerana anak muridnya itu masih mengenali dirinya.
“Beliau sangat peramah, banyak bercakap, dan memang sangat minat memasak. Dia seorang pelajar yang sangat komited dan sentiasa gembira.
“Sebab itu, saya terpaksa menjadi sedikit garang ketika mengajar.
“Saya pula memang seorang guru yang tegas dalam pengajaran,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi, jika diberikan tugasan berpasangan, Tunku Azizah sangat aktif dan sebolehnya dia mahu membuatnya sendiri dan melakukan apa sahaja yang disuruh dengan baik.
“Saya garang kerana mahu mereka belajar dengan cara yang betul, menggunakan kaedah yang tepat. Semua pelajar saya belajar secara formal dan mereka menghormati saya sebagai seorang guru.
“Saya berasa gembira kerana beliau masih mengingati saya sebagai ‘guru garang’,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di