Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil berada dalam keadaan yang menyakitkan.
Apatah lagi jika sedang berdepan dengan penyakit yang kini sangat ditakuti, covid-19!
Rasa pilu yang dirasai oleh ibu ini turut dikongsikan oleh doktor ini agar kita semua lebih berdisiplin untuk sama-sama terus kekal di rumah. Ini penting untuk pastikan tiada lagi mangsa covid-19.
Ini perkongsiannya.
“Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua. ”
“Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni.”
Ads
Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia 4 bulan telah didiagnos positif covid-19 dari ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua.
Kayu swab panjang perlu dimasukkan melalui hidung hingga ke pangkal hidung. Terbatuk-batuk dan berair mata bayi ini. Bukan sebelah hidung tapi kedua-dua belah.
Ads
Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang sebuah pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut. Ia wajib dibuat supaya kita dapat pastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat.
Kita yang orang dewasa inipun pun tak boleh tahan sampai ada yang berdenyut sakit kepala lepas ambil ujian ini apatah lagi bayi sekecil ini. Pastinya sakit. Cuma tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Kesian dia, ia akan hinggap dan terus ke salur penafasan. Kesian dia, belum pandai nak mengadu pada ibunya. Kesian dia, perlu menghadapi dugaan begini dengan usia sekecil ini.
Ads
Jika sebelum ini, banyak kes datang dari kluster tabligh. Tapi sekarang virus ini tidak tahu datang dari kluster mana. Dia merebak dengan sungguh cepat. Seperti harimau yang kelaparan mencari mangsa untuk dibaham. Pantang ada peluang ia akan terus berumah dalam tubuh kita.
Teruskanlah berada dirumah. Jika balik dari membeli barang keperluan, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak. Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar.
Covid 19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum.
Kita jaga kita.
sumber : Dr Ahmad Samhan
– Kita akan hadapi kesusahan ini bersama-sama –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa kata rumah lama dan usang tak boleh cantik dan kelihatan seperti rumah baru. Jika ada modal dan juga kreatif semunya jadi. Itulah yang dilakukan oleh Azmeer Yusof yang juga merupakan pemain pertahanan bagi negeri jelapang padi, Kedah.
Dalam satu perkongsian dimuat naik oleh Azmeer di laman Facebook miliknya baru-baru ini nyata menimbulkan kekaguman apabila dia berjaya mengubah usang dengan hanya bermodalkan RM60,000, rumah itu telah berjaya ditransformasikan dengan begitu cantik persis seperti rumah baru.
Jadi apa kata anda lihat perkongsian penuh beliau di bawah ini:
Tanah untuk dijual
“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut. Seseorang memberitahu tanah ini utk dijual.
“Saya terus ambil keputusan utk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul2 di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.
Tinggalan rumah usang
“Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA ! Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yg patut dalam hati utk masuk ke tanah tersebut & melihat tinggalan rumah usang di tanah itu.
“Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah. Tandas yg terlalu gelap gelita kerana owner lama tak letak tingkap. Banyak lagi nk cerita benda yg menyeramkan masa saya datang tengok.
Restu mak ayah penting
“But its ok ! Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah2 Alor Setar. Haaa.. Yg lagi buatkan saya nk beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting.
“Saya call mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran2 berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja2 tinggal. Its funny right? Tapi kata2 mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kpd jiran terdekat & jiran tersebut mengatakan ‘ kelia-kelia, xdak apa aih ‘
“Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang & tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.
Rumah usang menjadi sebuah rumah Betul kata orang. Repair lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat repair rumah usang menjadi ‘ SEBUAH RUMAH.’
Personal loan bukan untuk joli
Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru.
“Dan sekali lagi saya mohon PERSONAL LOAN 50k utk repair rumah ini. SO DALAM HIDUP SAYA PERSONAL LOAN YG SAYA MOHON HANYA UTK PERKARA2 SEBEGINI, BUKAN UTK BERJOLI
Hutang atas tanah
“Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dgn harga 140k. So total semua 200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis baya utk semuanya yg saya hutang atas tanah ini. So kpd sahabat2 saya yg membaca ni, JUST BUY TANAH & RUMAH walaupun ianya USANG.
“Takkan rugi kerana semasa saya repair rumah ini, seseorang datang offer nak beli 320k. Can u imagine hanya sebulan 2 someone dtg offer utk beli 320k ! So now berapa agak2 market value tanah & rumah saya ni?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen.
Siapa yang tak gembira bila pencen atau bersara segala hutang semua dah tak ada. Boleh hidup dengan tenang dan santai tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya.
Ketika ini duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata hingga berbelanja dengan boros. Malah sudah tentu ada yang merancang ubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru.
Cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.
Sebagaimana nasihat Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000 telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua agar menguruskan kewangan dengan yang baik. Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
CEPAT HABIS DUIT RM200K SEBENARNYA!
Kawan kawan,
Jika dapat duit RM240k sebagai ganjaran persaraan. Jika usia kita sampai 75 tahun, kita ada hanya sebulan RM1000 untuk belanja hidup.
Rasanya tak cukup. Belum belanja anak anak yang masih belum habis sekolah.
Tak semua impian perlu dilaksanakan, adakala biarkan impian kekal jadi impian dari terpaksa bekerja bila bersara.
Tiada siapa pun yang ingin sakit dan hakikatnya nikmat kesihatan itu cukup besar dan bermakna.
Pun begitu, dalam bab penjagaan kesihatan jangan pula kita sekadar nampak luaran sihat tetapi dalaman sebaliknya.
Contohnya, bila menyentuh tentang penyakit Batu Karang Hempedu yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini.
Penyakit ini memerlukan masa yang panjang dan sebelum ke tahap serius, tubuh badan Kita akan menunjukkan beberapa tanda-tanda.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari dr Zubaidi ini
PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.
Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus. Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu :
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan
Rawatan masalah ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab.
1. Pembedahan
Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
2. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.
.
Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan pesakit. Tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.
Sumber : Dr Zubaidi Hi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.