Esok semua umat Islam akan berpuasa. Selain menyediakan kelengkapan bahan-bahan kering yang mencukupi untuk dimasak, pastikan juga ibu-ibu sudah melakukan persediaan lebih awal terutama untuk menguruskan waktu bersahur dan mempersiapkan anak-anak.
Untuk membantu anak-anak kekal bertenaga ketika berpuasa, anda bolehlah menyediakan air Nabeez, air sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berpuasa.
Dikatakan air ini bukan hanya baik untuk kesihatan, bahkan juga buat perut mampu bertahan lebih lama sepanjang hari ketika berpuasa. Pastinya ia adalah cara terbaik untuk anak-anak serta seluruh isi keluarga.
Berikut adalah perkongsian dari Habibah Badar Bajrai bagaimana cara untuk menyediakan air nabez.
Ni minuman favorite nabi Muhammad saw tau. Kalau dah favorite nabi, mesti la memang bebetul bagus kan?
Air nabeez ni berakali. Boleh BANTU buang asid dari perut dan sistem pencernaan. Pastu, boleh singkirkan toksin dari badan.
Air yang tinggi fiber ni boleh tambah tenaga, bantu sistem penghadaman, kuatkan daya ingatan, bantu sistem limpa ngan hati, hilangkan sakit tekak.
Bagus gak untuk pesakit ARTHRITIS dan GOUT.
Untuk orang LELAKI, kalau amalkan, bagus untuk prostat.
Ads
Eh, memang banyak bebenor la khasiat dia. Senang cakap mudah paham; air ni macam DETOX
Nak buat pun senang yakmat. Tak yah masak, tak yah rebus rebus. Lepas Isyak, rendam agak agak 100gm kurma atau 100gm kismis dalam 1 liter air.
Kurma paling bagus, opkos la kurma nabi; AJWA. Tapi boleh jek gunakan kurma lain. Yang penting, guna buah kurma, bukan rempah kurma.
Kalau kismis try carik manaqqa (warna kuning). Tu lagi bagus dari yang hitam.
Kak Bib guna guna 3 biji kurma untuk satu gelas air. Bagus kalau guna angka ganjil la kan. Kalau kismis, agak agak segenggam. Guna tangan korang, jangan tangan anak yang umur 2 tahun tu pulak.
Ads
Pastu, jangan lupa tutup gelas tu. Biar semalaman atau agak agak 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas. Lagi satu, jangan campur kurma ngan kismis. Pilih salah satu idaman kalbu.
Ni sebab Nabi tak kasi kita campur kurma ngan kismid tu sama sama. Kalau Ikut kajian sains yang Kak Bib jumpa, gabungan gas yang kurma ngan kismis ni keluar kan bila kita rendam, boleh mudaratkan badan.
Besok pagi pagi, keluarkan la kurma tu. Pastu, kacau, minum. Kurma tu boleh jek kita makan gitu atau kalau korang rajin, blend ngan air nabeez dan minum.
Kalau nak minum malam, boleh rendam waktu pagi.
Minum ni LEPAS MAKAN DAGING pun bagus tau. Sebab air nabeez boleh bantu kita digest heavy food (mencerna makanan).
Ads
Tapi ingat. Jangan minum air nabeez yang dah masuk 2~3 hari. Ini sebab air tu biasanya dah masuk proses penapaian (fermentation) untuk jadi arak.
Nak lebih selamat, simpan dalam peti sejuk. Jadi air nabeez tak mudah rosak. . . ‘Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez, Nabi menjawab; ‘buat lah di malam hari dan minum ketika pagi’ (Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745)
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; ‘Jgn menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tekaj masak bersama sama, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan’ (Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904)
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut akan di buang. (Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974)
Tip
Pastikan air ini dibuat sekali rendaman untuk diminum keesokkan harinya sahaja. Elakkan merendam terlalu lama kerana jika masam, kurang enak rasanya.
Jika anda memilih untuk merendam kismis, pastikan ia tidak direndam bersama-sama kurma. Asingkan dalam bekas berbeza namun lakukan cara yang sama.
Pastikan jumlah kurma atau kismis diambil dalam bilangan ganjil. Ia sunnah malah banyak kelebihannya.
Selain bulan puasa, jus ini boleh juga diamalkan walaupun bukan berada di bulan Ramadhan. Amalkan ketika perut masih kosong.
Rendaman ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup hanya ditutup bekasnya dan biarkan semalaman.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ayam goreng adalah antara hidangan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai termasuk kanak-kanak. Tidak sah, jika tak ada lauk ayam goreng untuk hidangan seisi keluarga.
Namun, jika tahu rahsia masakan ayam goreng rangup lagi sedap rasanya! Bagi yang ingin mencuba resipi ayam goreng rangup yang biasa dijual di kedai, boleh ikuti resipi peniaga ini. Beliau berkongsi kali kedua resipi ayam gorengnya setelah mendapat permintaan ramai di group Masak Apa Hari Ini.
Merupakan peniaga makanan, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu masakannya. Sikap sebegini dalam diri, tidak mustahil jualannya sering mendapat perhatian ramai. Memang murah rezekipeniaga ini. Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Ayam goreng rangup kegemaran ramai!
Seperti yg dijanjikan.. saya tunaikan untuk bagi resipi ayam goreng.. adunan tepung nie bnyak dan boleh disimpan. Ini kali kedua saya share sbb korg malas nk scroll posting sy yg lama kan..
Sesiapa yg pernah guna resipi ini boleh lampirkan gambr kalian dibawah. Ayam goreng tepung nie menu utama. Saya gunakan tepung segera yg jenama PUAS. Tp kalau nk mkn sendiri blh jer beli yg mahal sikit.
Biasalah kami yg meniaga akan cri paling murah..Bagi menampung kos tepung.. ada tepung campuran yg saya proses sendiri.. meh sy ajar bancuhan tepung ayam yg sy buat.
Bahan 700g tepung gandum 1kg tepung beras 300g tepung ubi kayu 3sudu serbuk lada putih(sudu teh) 7sudu stok ayam serbuk(sudu makan) 7sudu Ajinomoto (sudu makan) 7sudu garam(sudu makan) (Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)
Cara penyediaan:
Campur semua bahan dan kacau sehingga merata… Ok siap tepung ayam buatan sndri.. Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri… Jom kita goreng ayam… Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam… Taburkan sedikit tepung dlm ayam td BG memekatkan keadaan ayam.. Dalam bekas yg lain sediakan tepung ayam yg banyak untuk sadur ayam.. Ambil ayam td dan gaul dlm tepung td.. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt… Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana. Siap….
Tambah telur
Tips… Tepung ayam tu MMG dia tulis tanpa telor tp nk sedap dan cantik letaklah telor…. Doakan sy dimurahkn rezeki yer.
Biarpun hidangan Nasi Kak Wok yang dijual serba ringkas menunya, nasi putih dibungkus bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan. Ianya sudah memadai memberi rasa hidangan yang cukup puas untuk dimakan.
Hakikatnya, ramai yang telah terbiasa membelinya sahaja. Jadi apa kata, kali ini kita cuba pula untuk menyediakannya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad ini.
Melihat posting di akaun fbnya sahaja sudah menampakkan kelazatan rasa. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke dapur!
“Tadi tengah hari akak post nasi kak wok yang akak wat versi akak dan akak letak dalam kertas minyak..ada yang tak caya katanya iya ke buat??? Dan ramai sangat yang nak buat juga dan nak resipi..ok..jom akak bagi resipi versi akak ni dengan gambarnya sekali..bukan nak buktikan apa-apa pun….tapi cuma nak share rupa sebenar lauk-lauknya sebelum di camporkan dengan nasi dan supaya memudahkan kawan-kawan yang nak simpan resipi”–Mazliza Ahmad
Ayam goreng kak wok versi akak
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam pastu goreng garing
Sambal belacan
Bahan:
15@20 tangkai cili padi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukkan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akk
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecil rempah kari daging babas
1/2 peket kecil rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air.
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Balancekan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
sumber : Mazliza Ahmad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.