Beruntung sungguh rasanya jika kita boleh lakukan diy pada perkakasan elektrik yang rosak.
Setidak-tidaknya bolehlah berjimat dalam menanggung kos membaiki kerosakan yang agak mahal.
Contohnya bila anda berdepan dengan masalah aliran air paip ke dalam mesin basuh menjadi terlalu perlahan. Hal ini memang buat kita rasa geram dan tidak puas hati. Kerja mencuci menjadi terlalu lama.
Oleh itu, pasti anda ingin tahu cara untuk baik pulih agar selesa digunakan.
Jadi di sini dikongsikan langkah yang perlu buat untuk info bersama. Jom semak.
Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.
Step 1
Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat
belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.
Ads
Step 2
Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam
sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
Step 3
Kadang2 air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus Ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
Step 4
Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
Step 5
Ads
Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
Step 6
Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.
Step 7
Ni rupa lepas dicabut. valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.
Step 8
Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam RM 30 sahaja.
Ads
Step 9
Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
Step 10
Hos air jangan lupa sambung pulak.
Walla lalu air pun dah mulai deras mengalir cemerlang. Jimat RM200.
Definisi wanita cantik masa kini hanya dua, kurus dan putih! Demi nak mencapai dua benda tu, mereka sanggup mengambil sesuatu yang tidak tahu kandungan dan keselamatannya terhadap diri dan berani menanggung risiko sendiri.
Misalnya seperti yang terjadi pada seorang wanita yang tular di laman sosial yang dikenali sebagai @ladyvin_official yang berkongsi kesan daripada ketaksubannya membuat ‘whitening drip’ untuk kelihatan lebih cerah.
Baginya, dia kesal kerana memilih jalan singkat untuk memutihkan kulitnya menggunakan produk pencerah kulit.
Semua ini bermula dari ajakan rakan untuk melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser akibat daripada impak prosedur kecantikan yang dibuat.
Ditulis secara ringkas di ruangan komen, dia menasihati orang ramai supaya tidak melakukan whitening drip.
Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian
Perkongsian yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan jalan pintas.
Tambahnya, rambutnya gugur dengan teruk selepas 14 hari melakukan prosedur tersebut. Kini, dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan kehilangan semua rambutnya.
Malah, wanita tersebut juga enggan orang lain menerima nasib sama sepertinya dan menegaskan bahawa whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Perkongsian tersebut meraih 2.9M tontonan dan di ruangan komen, rata-rata memberi semangat dan berterima kasih kerana berkongsi cerita ini. Malah, ada juga dikalangan orang ramai yang turut berkongsi kisah kesan akibat mengambil drip seperti yang dikongsikan.
Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2022, diharapkan sudah ada perancangan terbaik untuk keluarga telah diatur bagi menempuh perjalanan 2022 agar lebih bersedia untuk masa depan yang terjamin.
Pengalaman yang dilalui pada tahun ini, diuji dengan pelbagai dugaan dan musibah sedikit sebanyak terjejas daripada aspkek kewangan untuk setiap isi rumah.
Lantaran itu Dr Azizul Azli Ahmad, pakar hartanah dan kewangan mengajak bersama-sama untuk lakukan tabungan 2022. Ujarnya dalam banyak-banyak jenis tabungan, buat masa ini persiapkan dahulu Tabung Kecemasan.
Photo by Sam Dan Truong on Unsplash
TABUNG 2022 BERMULA!
Jika kita tak tahu tabung mana nak mula dulu tahun baru nanti, mulakan dengan Tabung Kecemasan ditahun baru ini.
1. Jika gaji kita RM3000, Tabung Kecemasan ini kena ada 3 bulan simpanan gaji kita iaitu RM9,000. Ada yang simpan 6 bulan lebih baik lagi.
Itu lebih mulia.
2. Dengan prinsip 10% simpanan setiap bulan, Tabung Kecemasan akan terbentuk dalam tempoh 30 bulan kehadapan!.
Jika masih bujang, buat simpanan 20% gaji. 15 bulan akan tercapai simpanan kecemasan ini.
3. Tabung ini TIDAK BOLEH dilaburkan, susut nilai dan mesti mudah dicairkan bila kita perlu nanti. Letak di TH atau ASB lebih mudah.
4. Simpan ditempat terjamin dan jangan sesekali gunakan. Guna bila kecemasan, kereta rosak, banjir atau bila diberhentikan kerja saja.
Fahami definasi kecemasan itu apa, beli beg tangan Gucci waktu sale hujung tahun ini bukan kecemasan namanya kawan.
5. Bila duit dah ada jangan cepat cair lihat Honda City atau Lombogini. Itu godaan setan namanya.
6. Zaman ini tiada lagi jaminan kerja kita akan kekal abadi. MAS yang besar itu saja telah hilang kemudi begitu juga kerja cari gali.
7. Gegadis suka lelaki beriman dan ada wawasan simpanan. Mereka perlukan perlindungan dari kita yang gagah perkasa ini.
Semoga berjaya , jadi hebat dan mulia Tahun Baru nanti semua kawan
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad/posts/10221274250069182″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Wan Hasifi Amin[/su_button]
Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.
Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk.
Sebagai contoh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai sikap kerjasama antara suami dan isteri di rumah.
Berkongsi paparan skrin dari laman Twitter yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fazley berpendapat tiada salahnya untuk suami membantu isteri mengemas selepas selesai makan.
“Actually bukan perempuan yang pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga, tetapi si suami yang rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak – bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja!
“Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?” kongsi Fazley.
Dato’ Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazley bersetuju dengan pendapat cef selebriti itu.
einzone_new_preloved Setuju sgt2!!! Kdg xtau apa mslh suami MALAS sgt basuh pinggan sendiri? Awat? Jatuh maruah ka basuh pinggan sndiri..bukan pinggan kita