Ada suami yang cukup gemar berendam dengan air panas. Malah kadangkala minta isteri sediakan air panas untukmandian, selepas pulang daripada kerja. Air panas memang baik dan melegakan selepas kepenatan. Namun ada kesannya pada lelaki.
Lelaki yang suka mandi berendam dalam air panas untuk menghilangkan lenguh seluruh badan disaran berfikir dua kali sebelum berbuat demikian.
Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kesuburan selama beberapa bulan. Amalan mandi berendam dalam air panas melebihi tempoh 30 minit didapati boleh menurunkan kesuburan lelaki sehingga 491 peratus.
Kajian penyelidik dari Universiti California, San Francisco ke atas 11 lelaki yang menghadapi masalah kesuburan terbukti dengan rendahnya paras kesuburan mereka.
Bagaimanapun, kesan mandian air panas ke atas kesuburan ini boleh kembali ke tahap yang normal selepas tiga hingga enam bulan tidak melakukan aktiviti rendaman ini.
Ads
Untuk tempoh hentian ini, tahap pergerakan sperma meningkat di antara 12 hingga 34 peratus. Jadi sebelum bersauna mahupun berendam, berfikirlah sebaik-baiknya.
4 Perkara Jejas Kesuburan
* Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan suami dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
Ads
Ads
* Amalkan pemakanan seimbang seperti pengambilan multivitamin supaya badan dibekalkan dengan bekalan zink, selenium dan asid folik yang mencukupi untuk menghasilkan sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksiden seperti vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.
* Kurangkan tekanan berpanjangan kerana jika tidak diatasi ia akan mengganggu hormon yang diperlukan untuk penghasilan sperma.
* Sebaiknya kurangkan merokok kerana perokok hanya akan menghasilkan 200 juta sperma sahaja berbanding 500 bagi lelaki tidak merokok.
Buat isteri, sila ambil perhatian!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengacara Eleena Sui memaklumkan berita gembira dimana dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan tangga.
Apa yang lebih istimewa lagi , berita merupakan hadiah sempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu.
Dalam pada itu, Eleena mendedahkan sepanjang proses kehamilan dia terpaksa menghadapi dugaan apabila berlaku empat kali tumpah darah.
“Semalam (4 februari) adalah ulang tahun perkahwinan keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan gembira mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata sulung.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, Alhamdulillah, saya sudah memasuki trimester ke-3. Insya Allah, kami menjangkakan kelahiran pertama pada bulan Ramadhan yang akan datang ini.
Dalam pada itu, Pengacara Hlive ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai dirinya ketika proses kehamilan ini.
“Kami menerima banyak kasih sayang dan ucapan yang baik ketika kami berkongsi berita gembira ini dengan keluarga dan rakan rapat kami,” ujarnya lagi di laman instagramnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di mana saya berada dan bertanya adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja!
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang kalian!
“Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP!.
Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Februari 2017.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja mendengar perkhabaran tersebut. Mereka turut mendoakan semoga segala urusan bakal ibu ini dipermudahkan sehingga melahirkan.
Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL.
Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.
Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.
Sebagai salah satu usaha menambah jumlah darah ini pastinya melalui pengambilan makanan yang tepat. Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.
1. Daging merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!
2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
3. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.
4. Kekacang
Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.
5. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.
6. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.
8. Telur
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.
9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat. Walaupun tidak sesuai dengan tekak kita, cubalah telan sedikit untuk kebaikan kita sendiri. Mahu tambah darah kan? Kenalah makan sesuatu!
10. Buah delima
Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
11. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.
12. Kurma
Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
13. Kismis
Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh kunyah buah kismis. Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
Elakkan kafein dan makan zat tambahan
Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur agar dapat tambah darah.
Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal untuk tambah darah. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya.
Dengarlah nasihat doktor dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Yang penting, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung.
Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda.
Wajahnya yang cukup manis tatkala mengukir senyuman membuatkan ramai yang geram, apatah lagi melihat gelagatnya yang cukup aktif.
Walaupun baru 10 bulan, namun anak pasangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ini sangat ligat. Kini Dia sedang belajar berjalan. Walaupun baru beberapa langkah namun sudah jatuh, namun tetap bangun dan bersemangat untuk mencuba lagi.
Memang cepat betul Urwa atau nama sebenarnya Arwa Malaikha Urwa ni nak ‘dapat kaki’ ye. Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Nadzmi menerusi laman instagramnya.
Menerusi perkongsian tersebut, dilihat Nadzmi memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk terus mencuba walaupun beberapa kali terjatuh.
Ada budak 10 bulan dah start nak jalan. Terkedek kedek 🤣 Good job Urwa 🥰 Dont give up !