Makan

Air Soda Herbs, Minuman Penyejuk Tekak, Memang Nikmat, Hilang Dahaga

Share

Air soda herbs memang minuman penyejuk tekak. Terasa nikmat bila diminum ketika dahaga terutama musim-musim panas macam sekarang ini. Selaluya air soda

herbs memang menjadi minuman popular ketika cuaca panas dan ketika dibulan Ramadan.

Di pasar Ramadan dan juga pasar malam juga air soda herbs antara minuman yang sering dijual dan laku keras. Teguk air ini memang nikmat, terasa segar kerana bahan-bahan yang digunakan memang beri kesan menyegarkan.

Bahan-bahan:

Ais cream soda F&N
1-2 batang serai diketuk
Lemon
Daun pudina@apple mint
Asam boi ( suka masam letak lebih sikit)
Laici dalam tin
Ais

Cara-cara:

  1. Tuang aiskrim soda dalam bekas atau jag. Kemudian masukkan ais.

2. Campurkan semua bahan dalam air tadi dan gaul. Siap!

3. Boleh buat 10 minit sebelum diminum, baru rasa bahan-bahan sebati dalam air.

 

Sumber: Syikin Gillis & Nordiana Ab Kadil

IKLAN