Air Teh Kundur, Rasa Sedap Beraroma Gula Melaka. Ni Cara Kalau Nak Buatnya!

Share

Air Teh Kundur, Rasa Sedap Beraroma Gula Melaka. Ni Cara Kalau Nak Buatnya!

Ingat tak Raya dulu-dulu mesti ada yang hidang air kotak untuk tetamu? Mudah, tak perlu bancuh serta ada pelbagai perisa dan salah satunya adalah Air Teh Kundur atau pun ada yang lebih mengenali minuman ini dengan nama Winter Melon. Rasanya sedap dan ada semacam bau gula melaka.

Malah bukan sebab rasanya sahaja orang suka minum air teh kundur ni, dikatakan buah kundur mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan bagus untuk menyejukkan badan.

 

 

Jadi elok juga kiranya bulan puasa ini kita sajikan air teh kundur untuk keluarga tapi bukan versi air minuman yang dijual dalam kotak, tapi kita buat sendiri. Itu lagi terbaik!

Nak tahu resipi boleh ikut apa yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin dan menurutnya juga minuman ini sedap di munim panas atau dicampur ais untuk dimunum sejuk.

Air Teh Kundur

Bahan-bahan:

Buah kundur

Gula Melaka

Gula putih

Daun pandan

Air

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Cara Penyediaan:

  1. Potong kundur ikut cara kita nak. Aida potong panjang-panjang

2.Panaskan gula melaka dan gula. Masukkan juga  daun pandan.

3.Masukkan buah kundur dan reneh biar lama sehingga lembut dengan api perlahan

4.Bila sudah pekat dan lembut buahnya, tutup api.

5.Sedia dihidang sejuk atau panas

Khasiat buah kundur:

  1. Membantu pencernaan
  2. Menjaga kadar cecair dalam tubuh, sejukkan badan
  3. Melindungi sel dalam tubuh
  4. Menjaga kesihatan tulang dan gigi
  5. Menambah tenaga
  6. Mencegah selsema dan untuk imun tubuh
  7. Mencegah sakit jantung dan keradangan

 

 

 

IKLAN