Bila menikmati karipap apa yang biasa kita makan adalah isi kentang dengan perasa kari, pun begitu menyediakan Karipap Kurma Daging juga tidak kurang sedapnya. Rasa daging yang lembut dan rempah kurma bersatu memberi rasa yang cukup istimewa. Apatah lagi bilamana kulit karipap terasa rangup digigit, nyata memberi kesempurnaan rasa karipap yang dicari-cari selama ini.

Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!

Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa, apa kata sediakan karipap daging kurma ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Razak (KC). Melihat perkongsiannya di group masakan nyata cukup menyelerakan!

Karipap Kurma Daging

BAHAN-BAHAN INTI:

500 gm daging rebus empuk dan dihiris dadu. Atau nak hiris dadu siap-siap dan rebus empuk pun boleh.

1 kg kentang

100 gm serbuk kurma

1 sudu besar serbuk lada hitam

2 ulas bawang merah dihiris

5 ulas bawang putih |

IKLAN

dihiris

Serbuk kayu manis

Stock rebusan daging

Garam dan gula secukup rasa

1 kiub daging

Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
  3. masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
  5. Masukkan kentang dan stock rebusan daging secukupnya utk bg kentang empuk.
  6. Tunggu sampai kentang empuk
  7. Masukkan daun sup.

Siap

IKLAN

Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!

BACA JUGA ARTIKEL NI

RESEPI KULIT KARIPAP

Ini resepi kulit karipap resepi mak sy.

Resepi kulit karipap insyaallah ranggup dari pagi hingga ke petang.

3 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam halus

2 sudu besar marjerin

IKLAN

( gaul semua sampai jadi macam serbuk roti)

Panaskan 1/3 cawan minyak

(dah panas tuangkan dekat tepung dan marjerin tadi dan gaul dulu dengan sudu. Guna tangan melecur pula jari tu nanti)

Kemudian, masukkan air sejuk dalam peti anggaran 1 cawan sikit-sikit dan ulilah sampai tak melekat dekat tangan dan menjadi doh yang cantik.

Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh start gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri.

Dan sedia untuk digoreng

Siap..

 

  • Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI