Bila kita makan di kedai mamak, diakui begitu banyak pilihan lauk pauknya. Semuanya nampak menyelerakan hatta hidangan ayam goreng sahaja sudah mampu membuatkan kita terliur bahkan ada hingga yang ‘ketagih’ untuk lebih kerap menikmatinya.

Adanya salutan tepung yang memberi rasa keriuk-keriuk menyaluti ayam goreng memberi rasa yang sedap dan apabila dinikmati bahagian isinya pula begitu lembut dan menyelerakan. Jadi tidak hairanlah bukan sahaja anak-anak gemar menikmati ayam goreng mamak bahkan kita orang dewasa juga tidak akan melepaskan untuk menikmati ayam goreng bila menjamu rasa di restoran mamak.

Pun begitu, sebenarnya keenakan ayam goreng mamak ini kita juga boleh sediakan di rumah. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Har Ryea. Ayam goreng yang dimasak nampak cukup menyelerakan dengan gabungan bahan-bahan tertentu!

Rupanya Selain Telur, Gabungan Dua Jenis Tepung Ni Boleh Buat Ayam Goreng Terlajak Rangup!

Ayam Goreng Mamak Style

1 ekor Ayam, bersihkan

2 cawan Tepung Jagung *

3 sdb Tepung Beras *

1 sdb serbuk Kari Daging *

IKLAN

1 sdb Jintan Manis *

1 sdb Jintan Putih *

1 sdb Maggi Cukup Rasa *

2 biji Telur *

2 inci Halia } dikisar

5 ulas bawang putih } dikisar

IKLAN

Garam & Ajinomoto *

Sedikit Air *

Pewarna oren & merah (agak-agak) *

Beberapa helai daun kari

Cara penyediaan:

1.Dalam mangkuk, masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) dan bahan-bahan kisar. Gaulkan sebati dengan air sedikit-sedikit. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Pekat sedang-sedang (sticky).

IKLAN

2.Masukkan ayam dan perap lebih kurang 10-15 minit.

3.Panaskan minyak, boleh mula goreng ayam. Masuk ayam sekali masuk 6 helai daun kari.. goreng sampai garing dan wangi.

4.Angkat ayam dan daun kari sekali.

5.Masuk lagi ayam dan daun kari. Goreng garing dan wangi..

6.Ulang goreng sampai ayam habis.

7.Siap

 

  • Rupanya Selain Telur, Gabungan Dua Jenis Tepung Ni Boleh Buat Ayam Goreng Terlajak Rangup!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Rupanya Selain Telur, Gabungan Dua Jenis Tepung Ni Boleh Buat Ayam Goreng Terlajak Rangup!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI