Aiskirim Kacang Merah Lemak Berkrim, Sambil Makan Boleh Kunyah-kunyah Kacang

Share

Aiskirim Kacang Merah Lemak-lemak Manis, Sambil Makan Boleh Kunyah-kunyah Kacang

Aiskrim kacang merah yang lemak-lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Cuaca panas-panas sekarang ini memang best kalau dapat makan aiskrim kacang merah. Terasa sejuk ditekak. Asyik mengunyah kacang dalam aiskrim yang sengaja tidak dikisar halus.

Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.

Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.

RESIPI AISKRIM KACANG MERAH

Bahan-bahan:

350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam

Cara membuat:

1.Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

 

 

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

 

Kredit: Zaky Mat Ali

IKLAN