Setiap kali pelakon ini memuat naik gambar aksi anaknya, pasti ada sahaja yang tak kena di mata netizen. Malah ada yang memberi komen, cara pelakon ini mengajar terlalu kasar dan tak sesuai dengan usia anaknya.
Biar apapun pandangan dan tohmahan sesetengah netizen mengenai cara dia mengendalikan anak sulungnya, Syatilla Melvin mengambil pendekatan tidak membaca apa jua komen tersebut.
“Sam sendiri melarang saya membalas komen yang diberikan kerana bimbang akan berlarutan. Jadi saya tak ambil port dan tak baca pun. Kalau baca nanti lain pula jadinya. Lagipun buat apa saya nak dengar komen mereka sedangkan saya masih ada ibu bapa yang boleh memberi nasihat atau panduan bagaimana untuk saya menjaga anak.
“Syeriv memang rapat dengan saya sebab dari lahir saya sudah jaga dia. Saya sanggup duduk di rumah kerana tak mahu lepaskan momen indah dia membesar. Lagi pun dengan kes kematian bayi yang kita tengok banyak dipaparkan oleh media membuatkan saya takut dan tidak percaya orang luar boleh jaga anak saya dengan baik. Biarlah anak saya jadi apa-apa ditangan saya sendiri.
“Memang rindu nak berlakon tapi saya tak sanggup tinggalkan Syeriv lama-lama, jadi saya korbankan dulu bab kejaya untuk pastikan dia membesar di depan mata saya dan tidak berlaku sebarang isu yang boleh membuatkan saya menyesal di kemudian hari.
Ditanya mengenai hasrat untuk menambah bilangan anak, Syatilla yang ditemui dalam majlis pelancaran produk Jamu Mutyara oleh Tya Ariffin disahkan keguguran pada minggu lepas ketika kandungan berusia hampir enam minggu.
Dia hanya mengetahui dirinya hamil sebaik pulang bercuti dari Santorini, Greece, namun tidak membuat pemeriksaan awal kerana enggan menimbulkan kebimbangan kepada diri sendiri.
“Waktu pergi bercuti saya memang rasa tengah hamil sebab tanda-tanda lebih kurang sama ketika mengandungkan Syeriv. Tapi saya sebab tak nak spoilkan mood bercuti jadi tak biarkan dulu tak nak periksa dahulu dan tunggu balik ke rumah baru periksa.
“Bila balik dan buat ujian, memang sah mengandung. Gembira tak terkata kerana saya memang nak mengandung lagi. Walaupun melahirkan anak secara pembedahan sebelum ini, tetapi doktor tidak melarang jika mahu hamil lagi.
“Tapi minggu lalu, selepas mengemas rumah tiba-tiba saya sakit pada bahagian pinggang dan tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit pendarahan turun. Selain itu, saya juga mengalami sakit yang 2 minit sekali datang seperti kontraksi seperti hendak bersalin.
“Walaupun ini pengalaman kedua saya keguguran, tapi kali ini yang paling sakit berbanding yang pertama iaitu sebelum saya mengandungkan Syeriv.
“Ketika gugur kali pertama dahulu, sebulan kemudian saya hamilkan Syeriv. Jadi jika ada rezeki lagi selepas ini, saya akan pastikan lebih berhati-hati dan mungkin mengupah pembantu untuk menjaga Syeriv bersama.
Tambah pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia sememangnya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata biarpun Syeriv baru berusia 15 bulan.
“Walaupun masih baru tapi perasaan sedih memang ada sebab saya dan Sam mahukan ramai anak dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. Nampaknya belum ada rezeki lagi dan kami reda. InsyaALLAH kalau boleh saya mahu lima orang anak.
Memancing selera keluarga kadang-kadang bukan suatu perkara yang mudah. Ini menjadikan ibu-ibu sering mencari idea dan mencuba resipi baharu yang istimewa. Pun begitu, sering juga terjadi kita tersilap mencuba menu yang baharu. Membayangkan akan digemari oleh seisi keluarga, namun tidak pula menepati ‘tekak’ anak-anak mahupun suami. Bila ini terjadi boleh kecewa juga rasa dihati.
Tapi lain halnya dengan menu yang satu ini. Ramai menggemarinya dan pastinya bila anda menghidangkan menu ini untuk famili, licin dijamah oleh suami dan anak-anak. Nak tahu menu apa itu?
Ya, Tahu Begedil, bukan sahaja sedap malah berkhasiat, kaya dengan sumber protein dan kalsium. Jom semak resipinya!
RESEPI TAHU BEGEDIL
BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
Kentang rebus- lenyekkan
Isi ayam rebus n racik2 (nak guna ayam kisar pon boleh)
Daun bawang
Bawang goreng
Lada merah
Garam sikit
Lada sulah sikit
(satukan dan gaul semua bahan di atas)
Tahu mee kari or tahu goreng tu pon boleh.. (gunting tahu hujung je n korek keluarkan is dalam dia)
Pastu Kepal2 begedil tadi n sumbat dalam tahu tu..
Celup telur n goreng dalam minyak yang betul-betul panas ok.
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
Cili api
Kicap
Bawang putih
Air masak
Gula
Garam sikit
(blander semua n masak sampai mendidih)
Selamat mencuba
Sumber : norain baharin khan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik melihat HP tanpa hiraukan anak yang meminta perhatian? Malah ada yang sanggup memarahi apabila diganggu. Tidak hanya di rumah, bahkan di luar ketika makan bersama keluarga atau teman, tangan galak memicit-micit mahu menumpukan perhatian pada Hp.
Situasi ini bukan perkara baru malah ia adalah gambaran masyarakat sekarang yang hidup bertuankan Hp. Sehinggakan ada yang mengabaikan anak keluarga.
Di dalam satu perkongsian, Ebit Lew bercerita mengenai kisah yang pernah berlaku ketika dalam satu seminar yang beliau kendalikan sebelum ini. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.
Sampai rumah pegang phone
Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget
Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..
Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.
Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.
Suapkan isteri dan anak
Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.
Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.
Masa berharga bersama keluarga
Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu.
Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.
Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.
Menangis depan Allah
Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..
Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu-ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade KeluargaSunnah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di