Wanita hari ini memegang pelbagai peranan dalam hidup. Ada yang mengurus keluarga, ada yang membina kerjaya, dan ada juga yang memilih untuk mengejar impian di arena sukan. Apa pun peranan mereka, satu perkara yang sama mengikat semuanya ialah keazaman untuk terus melangkah ke hadapan.
Inisiatif #SisBoleh Grab Malaysia Memperkasa Wanita
Realiti inilah yang ingin diketengahkan oleh Grab Malaysia menerusi kolaborasi bersama Liga Wanita Nasional sebagai sebahagian daripada inisiatif #SisBoleh yang memperjuangkan pemerkasaan wanita.
Bila Wanita Diberi Ruang Untuk Bersuara
Melalui kerjasama ini, Grab Malaysia memperkenalkansebuah podcast mini khas yang menampilkan perbualan jujur bersama atlet wanita negara. Dihoskan oleh pemain bola sepak kebangsaan Steffi Sarge Kaur (Steffi Sidhu), podcast ini membuka ruang untuk atlet berkongsi kisah sebenar mereka bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang perjalanan yang penuh cabaran.
Perbualan Jujur Tanpa Skrip
Dalam suasana yang santai dan mesra, perbualan ini memberi peluang kepada wanita untuk bercakap dari hati ke hati tanpa skrip dan tanpa tapisan.
Kisah Di Sebalik Kejayaan Atlet Wanita
Antara atlet yang tampil berkongsi pengalaman ialah penerjun negara Pandalela Rinong, atlet boling Syaidatul Afifah, dan triatlet Aimi Iwasaki. Setiap daripada mereka membawa kisah yang berbeza namun disatukan oleh pengalaman menghadapi cabaran, stereotaip dan harapan tinggi daripada masyarakat.
Realiti Yang Jarang Dilihat Di Sebalik Pingat
Mereka berkongsi tentang cabaran untuk kekal fokus, kekuatan mental yang diperlukan, serta saat saat ragu terhadap diri sendiri. Kisah kisah ini jarang kelihatan di sebalik pingat dan sorakan, tetapi sangat dekat dengan realiti kehidupan wanita.
Apa yang dikongsikan para atlet ini bukan hanya berkisar tentang sukan. Ia menyentuh soal keazaman diri, disiplin dan keberanian untuk terus mencuba walaupun berdepan kegagalan.
Nilai Kehidupan Yang Dikongsi Bersama
Nilai-nilai ini turut mencerminkan semangat yang dilalui oleh ramai wanita dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam usaha membina kehidupan yang lebih baik.
Semangat #SisBoleh Yang Terus Diperjuangkan
Melalui inisiatif #SisBoleh, Grab konsisten menyokong wanita untuk berdikari dan percaya pada potensi diri mereka. Sama ada dalam bidang ekonomi mahupun sukan, Grab percaya bahawa wanita mampu melangkah jauh apabila diberi sokongan yang betul.
Kesinambungan Sokongan Kepada Wanita
Sebelum ini, pelbagai inisiatif di bawah #SisBoleh seperti #SisBoleh Kuasai Kewangan dan #SisBoleh Untold Stories telah mengetengahkan kisah wanita yang membina keyakinan dan peluang melalui sokongan komuniti.
Inspirasi Daripada Suara Atlet Wanita
Podcast mini Grab Malaysia ini menjadi kesinambungan kepada usaha tersebut dengan membawa suara wanita atlet ke hadapan sebagai inspirasi kepada wanita lain.
Sokong Wanita, Sokong Perjalanan Mereka
Orang ramai juga dijemput untuk menyokong Final Liga Wanita Nasional yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Disember 2025 menerusi saluran YouTube rasmi Liga Wanita Nasional.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi lemak menjadi antara menu sarapan yang enak di makan dan tidak hairanlah di mana-mana restoran atau gerai makanan ada sahaja menyedaikan menu nasi lemak sebagai pilihan buat pelanggannya. Bahkan kini nasi lemak bukan sahaja dijual untuk menu sarapan malah juga sebagai menu makan malam di gerai-gerai makan yang tertentu.
Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang digemari ramai ini.
Namun buat kita sebagai ibu yang sekali sekala menyediakan menu ini untuk keluarga, tidak dinafikan kadang-kadang masak menjadi, sekali sekala ada juga nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik.
Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian daripada Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat dan harapnya tidaklah pula nanti seisi keluarga terpaksa pula makan nasi lemak mentah atau nasi lemak lembik dek kerana tersalah sukatan santan dalam masakan.
Menurutnya Puteri Azie, disebabkan dia di dalam keluara yang berniaga nasi lemak, insyaAllah tips yang dikongsikan ini menjadi. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi.
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih. Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya :
Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja minyak masak!
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
Pernah dengar nama kuih ini. Bagi yang tinggal di Pantai Timur mungkin familiar. Katanya kuih ini sukar dapat dan hanya diperoleh apabila tiba bulan ramadan.
Bagi yang menggemari kuih ini, bolehlah cuba nanti. Admin tengok pun rasa teringin juga nak cuba.
Kuih favourite orang pantai timur…bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa …sekaya telur…
– Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).
– Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.
– Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
– Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)
– Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk…
*Salah satu cara lagi…panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..
– tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja…tapis dan kukus…
Kredit Resepi : imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Landskap dunia benar-benar berubah bila memasuki tahun 2020. Siapa sangka, penangan pandemik Covid-19 berpanjangan mtelah mengubah kehidupan seseorang itu dalam sekelip mata.
Apatah lagi, bila pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi membendung wabak tersebut daripada terus menular.
Impaknya, ekonomi merudum dan banyak syarikat mengalami masalah kewangan. natijahnya ramai yang diberhentikan kerja dek kerana syarikat tidak mampu menanggung kos kerugian. Antara syarikat yang berisiko termasuklah syarikat penerbangan.
Seorang Juruterbang yang dikenali sebagai Tuan Anwar Ajid, dia antara kakitangan yang menerima nasib sama setelah tidak mendapat gaji daripada syarikat penerbangan yang kehilangan pendapatan kerana tidak boleh untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP. Dia kini menyara keluarga dengan menjadi seorang ‘rider’ penghantar makanan. Ini antara luahan beliau menerusi laman facebooknya.
2020….tahun penuh Lelah..AWAS PANJANG!!!
Tiada siapa menduga krisis convid 19 tahun ini benar benar memberikan impak maksimum.Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku ; anaku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia disisi sepanjang 10 tahun yang lalu.
Namun takdir Allah penuh misteri,setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour..em..orang fikir..sedangkan bukan begitu akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan 4 akibat syarikatku bekerja kehilangan pendapatan akibat pandemik.
Setelah keadaan reda aku memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk menjana pendapatan.Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kene takde pendapatan,ramai yang lain.Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …takde sapa nak amik.
Kecewa ,sungguh kecewa.Aku mana ade skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.Ramai member lain menjana pendapatan dari saham dan forex tapi aku mampu tengok ajala.Duit yang ade pun hanya untuk membayar hutang selepas morotorium kelak.Nak belajar tentu learning curve sangat lama since bidang itu risiko tinggi.
Pilih kerjaya jana pendapatan
So apa cara nak dapat duit pantas?Puas fikir dan belek apa ada di tangan akhirye aku decide jadi supir di darat pula.Oh ye pandu apa?Setelah survey pilihan yang ade aku fikir kerjaya ini maybe boleh menghasilkan pendapatan yang ok buat sementara.Kerja apa tuan tuan?Ehailing rider.
Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating.Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG.Bukan macam di darat ye sahabat semua.Kita nak pandu BWM,Merc or Proton belasah jek.Takde undang-undang nak larang.Asal boleh memandu kira boleh dah tu.Eh apa kene type rating dengan Rider Ehailing.Sabar aku nak cite la ni.
So aku pun apply la nak jadi rider ehailing.Rupanya banyak sungguh company ehailing dekat Malaysia.Apply punya apply(bukan free tau…kene bayar nak jadi pekerja ehailing ni) sedar tak sedar aku dah ade 4 type rating.Perh banyak siot.Apa beza setiap company ni?
Meh aku cite kat bawah.
1.LalaMove-Register free but beg kene beli harga RM120.As rider tugas seharian adalah rebut job dalam apps disediakan.Susah gila nak dapat job.Baru dengar jek notification job dah hilang kene rembat.Apa maksudnya.Mean ramai gila rider.Semua ni maybe macam aku pilot yang kehilangan kerjaya or bidang lain yang kene buang.Oh ye tugas penghantaran dibayar ikut distance ‘goods’ yang dihantar.
Range dari semurah RM4 hingga semahal RM40.Ikut la distance berapa jauh kita hantar.Secara purata 1km dapat la RM0.80 sen.Korang rase berapa lama aku bertahan job ni?Dahla dekat Putrajaya(rumah aku) job takde…kene pergi ke USJ untuk dapat job.Dengan moto besar yang main clutch dan full riding gear memang cari nahas buat keje ehailing ni.3 jam jek main dalam bandar aku dah give up.Letih wei main clutch plus moto punya berat.
2.DahMakan-Instead aku kene rebut job,job datang ke aku.Senang skit kan.Itu teori la.Rupanya aku kene pergi ke hub catering dia.Jauh la pulak.Ade di PJ n USJ.Coverage penghantaran makanan dari PJ anta ke Putrajaya.Sesuai for big bike cam aku pakai but upah sangat la ciput.Sudahnya upah dapat cukup bayar minyak moto jek..Cancel ..takleh g la benda ni.
Roster In sebiji airlines
3.FoodPanda-Wah ini sebiji cam airlines.Hahah…y?Sebab dalam airlines ade 3 eleman ni
a)OTP(On Time Performance)-Masa fly seboleh elakan delay.Tapi delay bukan sebab aku as Captain suka suka nak delay weh.Biasa disebabkan oleh cuaca or teknikal.Untuk foodpanda aku kene follow time app kasi masa anta makanan.So rahsia nak OTP yang cun?Sudah semesti main moto kecik.Jangan pakai moto besar wei.Moto kecik takyah pakai clutch,minyak jimat and nak menyelit senang.Mana plak aku nak cri moto kecik..aduh…
b)CheckIn-SOP for fly is..seblm masuk dalm kokpit kene cx in kat komputer di ofis.FoodPanda plak aku kene cx in di Kawasan ditetapkan.Aku main Putrajaya aja sebab nak cx in 10 minit dari rumah aja.But it quite amaze for me.App dan SOP yang disediakan oleh FoodPanda agak sistematik.Dah cx in just tunggu kene assign job by system.Biasa dalam Putrajaya tugas aku anta Fast Food(Mcd,Kepci,Beger King) ke serata client di sini.Sebut client paham paham la kan perangai.Ade yang baik dan ade tak (dipandang jek aku ni cam kuli)..eh memang kuli pun wei.Aku bukan Capt dalm pesawat dah.Tak sedar diri aku ni.Haahhahha.
c)Roster-Ini paling mengujakan aku.Sebiji airlines weh.Kami di airlines akan ade roster or jadual fly yang disediakan sebulan awal.Dalam roster ni kami akan tahu besok nak fly mana,berapa sector dan siapa FO( First Officer) dan pramugari yang bertugas.In case demam ade dua option ,satu MC satu lagi swap with other for off days.For FoodPanda sama weh.Beza aku sorang jela rider.Mana ade First Officer dan pramugari ikut aku dah.Jika aku tak dapat bertugas aku kene offer swap to others riders.Mantap memang mantap system ni.Tak terfikir plak ehailing ni sama cam airlines.
Ejen jual Kambing Perap
So ini lah tugas aku ketika ini.GIG or hustle job orang kata.But..ade tapi.Dulu sejam aku fly leh dapat minima RM6xx sehari,but now dah terbalik sehari max keje bagai nak rak (dengan panas lengit,hujan,kene marah customer,hitam terbakar muka n tangan) boleh dapat RM50 to RM70 aja.Cukup ke nak bayar expenses aku?Memang tak cukup …but inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang.Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni.So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ni.Maafkan papa ye nak.I try to max to find suitable job for our family to be like before.
Disebabkan itu maka aku n wife decide untuk jadi ejen jual Kambing Perap dan juga steak yang dibawah masuk dari New Zealand.Raya Haji tak lama dah sahabat semua.Apa lagi boleh la order dua jenis daging ni kat aku.Support dari korang maybe akan ubah nasib aku kelak dalm biz ni.Mana tahu kan ..rezeki semua dari Allah.Sekarang ade promo for kambing perap tau..cepat cepat order.Steak plak…pew….kalau sapa pernah makan kat kedai steak mesti tau harga yahudi kan.Ni aku offer harga melayu…hahah
Oklah panjang gila coretan aku..ade ke orang baca…kalau ade tu aku ucap thanks..ni FBlog aku nampakya.Aku start menulis supaya ini akan jadi rekod digital apa aku lalui 2020 ni.
Ok gaiss…sapa nak order Kambing Perap or Steak bleh tgk komen n juga gamba aku upload …till then safe ride..ahah..dulu safe flight..adios
kept K
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.