Selepas tujuh hari melahirkan anak yang ketiga, pelakon Datin Lisa Surihani telah mengumumkan nama anaknya itu menerusi laman sosial Instagram. Lisa dan suami memilih nama Yunos Laith yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.
Perkongsian tesebut turut menarik perhatian warganet, bila Lisa turut berkongsi foto Yunos Laith yang sedang dipangku oleh kakak dan abangnya, Yuhaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 4.
Tentunya detik ini cukup membahagiakan buat mereka sekeluarga. “Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry.”
“Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr!”
“Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Lisa dan Yusry. Antara komen daripada rakan artis adalah seperti dari pelakon Sari Yanti, ujarnya, “Lebatnya rambut”, manakala penyanyi Sophia Liana pula mengucapkan tahniah,”Congratulations Kak Lisa”, begitu juga Fazura turut memberi tanda suka dengan 3 love.
Selain itu diperkongsian terkini, Lisa turut berkongsi momen sedang mencukur rambut bayinya yang dilakukan oleh Yusry sendiri. Hal ini turut mendapat pujian daripada warganet.
ibu bapa mana yang tak bangga kan bila melihat pencapaian anak-anak. Rasa berbaloi penat lelah dan pengorbanan membesarkan mereka selama ini.
Sementelah bukan mudah mendidik anak-anak pada zaman sekarang yang serba mencabar ini. Tidak hanya hal pendidikan duniawi, hal-hal keagamaan dan akhirat juga patut dititikberatkan.
Demikian yang dilakukan oleh pengacara terkenal aididmarcello yang mungkin pada pandangan sesetengah masyarakat nampak moden. Namun sangat prihatin dan mementingkan hal-hal pendidikan terutama ilmu agama kepada anak-anaknya.
Baru-baru ini, dia bersama isteri Norzie Pak Wan Chik telah mengadakan majlis khatam al-Quran untuk anak sulungnya, Iman.
Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni. Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.
Dalam pada itu, Aidid dalam postinya turut mengakui sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya selain mengharapkan semoga hati anaknya akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila-bila.
Seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia, manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur ?.
Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?). Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua
Setiap wanita yang hamil ada karenah tersendiri. Ada yang alahan ada juga yang tiada sebarang masalah. Tak kurang bab mengidam, sehinggakan ada yang meminta yang di luar kotak fikiran. Namun selagi ia tidak memudaratkan, tidak mengapa.
Demikian juga dengan pelakon Hanez Suraya, 34 tahun. Baru-baru ini dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Dek kerana itu, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.
“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana.
Menariknya, daripada situ timbul idea untuk dia mengeluarkan produk sendiri. Ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini, akui Hanes, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.
Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
“Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan. Kebetulan suami saya suka nombor 7, katanya tu nombor bertuah dia. Anak sulung dulu, Puteri Aleesya induce sebab overdue. Kalau boleh tak nak sebab sakit induce. Tetapi apapun saya harap segalanya dipermudahkan.
“Saya jenis badan kecil dan perut besar. Memang kali ini sangat terasa ‘beratnya’. Kalau ikutkan saya tak trauma beranak tetapi saya hanya tak suka induce. Dulu saya masuk ubat. Jarak antara anak sulung dengan yang ini agak jauh kerana saya tak nak anak sulung rasa kurang kasih sayang.
“Yang kedua ni ikutkan tak rancang tapi suami yang nak. Aleesya nampak kurang dengan saya lepas tahu saya hamil. Dia lebih banyak dengan ayahnya. Tetapi selalu juga ajak dia berborak dengan adiknya dalam perut,” ujar Hanes yang tidak kisah bilangan anak memandangkan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais suka anak ramai.
Ditanya soal lakonan ujarnya buat masa sekarang fokusnya lebih kepada keluarga dan juga produk yang diusahakannya.
“Suami memang jenis suka tengok saya depan matanya. Kalau nak ke pejabat pun dia akan ajak sekali. Kalau sibuk sangat ada pembantu yang tolong. Soal berlakon tu rasanya ‘hold’ dulu. Memang suami tak kisah tapi sebagai isteri faham dia sebenarnya lebih suka saya berada disisinya.
“Jadi, saya pilih untuk buka bisnes dan suami nampak sokong ke arah itu. Kalau dulu keluarkan tudung nampak dia tak ambil ‘port’ tapi untuk produk Cake Pop Liptint ni memang nampak suami all out bantu. Sebenarnya bukan mudah nak ajak suami bantu, saya ambil masa lebih kurang 4 tahun saya ‘pujuk’ suami dan akhirnya kini baru dia setuju dan mahu turun padang bantu. Kebetulan dia banyak pengalaman jadi segalanya dipermudahkan,” ujar Hanes lagi.
Mengulas lanjut mengenai selebriti yang membuka hijab, jelasnya itu bergantung pada pemahaman diri masing-masing.
“Saya tak berani nak cakap kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Lagipun kebanyakan yang buka tudung kembali adalah mereka yang masih bujang, Macam saya ada suami dan ada famili yang perlu jaga air muka dan aib suami dan keluarga. lagipun belah kedua-dua keluarga jenis berhijab. Kalau dulu tak pakai tudung saya segan.
“Malah, suami sendiri yang minta saya pakai tudung selepas pulang dari umrah, jadi saya mendapat kekuatan daripada situ. Tetapi dia tak paksa cuma dia sokong waktu saya ambil keputusan untuk bertudung.
“ Dalam hal ini, kita tak boleh hukum orang, mana tahu nanti mereka kembali bertudung. Lagi pula saya sendiri bukanlah pandai bab agama jadi tak nak jatuh hukum pada orang lain. Jadi, doakan yang baik-baik untuk mereka. Aurat kita bukan rambut sahaja tetapi hati mulut semua kena jaga,”ulas Hanes lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.