Aiskrim Cheese Indulgence. Jika Dihidang Pada Tetamu Cilik, Confirm Mereka Happylah!

Share

Meraikan kunjungan tetamu cilik dihari raya nanti, elok kiranya kita sajikan menu yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Mungkin dengan menghidangkan aiskrim akan membuatkan anak-anak berasa gembira beraya di rumah kita.

Untuk itu, ketahui resipi aiskrim yang menyelerakan ini. Jom semak.

Aiskrim cheese indulgence

Assalamualaikum,.saya nak kongsi resepi ais krim indulgence cheese

1 cawan susu pekat manis
1 cawan whipping cream
2 cawan non dairy whipping cream
1 sudu makan ovelete
250gm cheese tartura

Cara-cara penyediaan.
1.Masukkan susu pekat,whipping cream,cheese tartura dan ovelet ke dalam bekas.

2. mixer sampai cheese tak berketul dan nampak licin.

3.Kemudian masukkan pula non dairy whipping cream,mix lagi sampai cream naik 2 kali ganda.

4.Bahagikan adunan kepada 2 bekas…1 bekas mix dengan coklat ganachee..

Resepi coklat ganachee
1 cawan dark coklat
1 cawan whipping cream
1 sudu butter
(double boil bagi cair)

Masukkan selang seli creamcheese,creamcheese coklat dan ganachee ke dalam bekas…

Hiaslah ikut kreativiti sendiri. Selamat mencuba.

Sumber : Izan Shafiee

IKLAN