Pastinya ramai yang mengemari makanan tradisi ini. Dodol ini kenyal, manis, dan lembut serta mempunyai pelbagai termasuk rasa durian, pandan atau coklat .
Siapa kata susah nak buat dodol. Kena cuba baru tahu betapa simplenya cara buat dodol ni. Tak perlu mengacau dalam kawah hingga berpeluh-peluh, buat aje di rumah hanya menggunakan kuali.
Kalau buat dalam kuantiti yang kecil dan sekadar untuk dimakan sendiri, ianya sangat mudah.
Seterusnya ikuti Puan Noraziah Yazid akan berkongsikan cara buat dodol homemade yang begitu ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan asas iaitu santan, gula merah, tepung beras, dan tepung pulut.
CARA BUAT DODOL HOMEMADE YANG SIMPLE Dodol homemade.kesukaan anak-anak bila anak-anak puji dodol mama buat sedapp ..hilang rasa penat masa mendayung kacau dodol.
BAHAN-BAHAN
1 kilo gula merah + 5 cawan air Masak tapis biar sejuk. 1 kilo santan 500 GM tepung pulut. 4 Sb tepung beras. Secubit garam.
CARA PENYEDIAAN Satukan semua bahan tapis dalam periuk kacau 1jam 1/2, kalau guna priuk Non stik.
Satukan santan ,tepung dan air gula merah,tapis terus kacau atau pun masak santan dulu kejap kemudian masukan bancuhan tepung bersama air gula merah boleh juga. kacau selalu yang penting dodol kena betul-betul masak sampai pecah minyak
Kalau guna priuk noxxa steam 10 minit. Lepas tu tekan sterfry kacau Smpai masak, # priuk noxxa saya rosak guna priuk Non stik je laa Resepi ni bleh dpt 2 kilo lebih dodol.
Berikutan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin Jumaat lalu, setiap orang akan dikreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini.
“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.”
“Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.” katanya pada sidang media 5 Jun lalu.
Bagi yang belum mengetahui cara bagaimana untuk mendaftar, jom ikut langkah-langkah di bawah :-
1) Muat turun applikasi MySejahtera. Daftarkan akaun anda.
2) Masukkan nombor telefon anda terkini, jangan lupa click ‘im not a robot’ dan tekan daftar.
3) Tunggu pengesahan yang dihantar di telefon bimbit anda, masukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Dah selesai, klik hantar.
4) Isikan maklumat yang terdapat dalam borang.
5) Akhir sekali, masukkan kata laluan dan sahkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata scone dipercaya berasal dari negara Scotland. Resepi asal diperbuat daripada oat, barli, wheatmeal dengan baking powder. Scone sedikit manis, dan tekstur yang relai seperti roti. Tapi bahan-bahan scone tidak seperti roti yang mengunakan yis.
Scone adalah antara makanan yang popular di beberapa buah negara eropah termasuk United Kingdom, Irish dan Irelanad.
Bagi orang Malaysia, biasanya scone yang enak di Cameron Highlands. Jika ada di jual pun agak mahal makanan ini.
Tapi bagi yang bercadang nak buat sendiri, boleh cuba resipi wanita ini yang tinggal di Australia. Beliau suka berkongsi resipi di facebooknya. Jom ikuti perkongsian puan Mell Abdul Rahman yang dipaparkan menerusi Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Scone 3 bahan Tak payah pergi Cameron Highlands dah. Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangga la makan scone.
Kalau beli seketoi rm4. Buat sendiri bahan xsampai RM10 Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat2 senang dan mudah. (Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
Bahan-bahan:
Bahan2 seperti yang tertera…. Jangan tiru jenama tu ye mak.. sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat) 1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi 130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter. Bukan beta is better ya (sultan melaka pag
OPTIONAL: Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Cara penyediaan:
1) TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK..
-saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. -Gaul2kan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha
2) TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
-bila dah berdua mesti kena tangkap basah… So kita basahkan dengan secawan susu segar.. -gaul chill2 je tak payah uli yeee… sebab depa ni tak bergaduh
(masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3) TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM…
– So kita dah sebatikan bersama penyek2 sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiberrr
4) TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
– Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing2 dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5) TEKNIK SIAP SEDIA
-Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6) TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
-kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat2.. Saya pakai acuan kecil konon2 nak nampak comel.
7) TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
-Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah2.. Cover gitteww.. Macam mak2 la ambil gambar dok belakang anak
TEKNIK BERDANDAN
-ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.. Kacau sebati jangan sampai berbuih2 cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung
9) TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
-lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.. Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10) TEKNIK WEFIE
-Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap)
11) TEKNIK SPA
-Depend pada oven mak2 ya… Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa) Agak panas tapi cepat masak.
12) TEKNIK SEJUKKAN BADAN
– Kita bagi depa ni chill2 sat luh. Lepas spa katanya. -mulus gittewwhhh
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.