Rumah pusaka, alangkah ruginya bilamana ada anak-anak tidak tahu menilai dan menghargai kewujudan rumah tersebut hingga ada yang sanggup membiarkan terbiar usang tanpa dijaga. Lebih sedih lagi andai dirobohkan! Bila ini berlaku, tentu sahaja tiada lagi yang boleh dijadikan kenangan untuk adik beradik imbau saat bahagia hidup bersama ibu ayah di rumah tersebut.

Namun sebaliknya bagi keluarga puan Samira yang sepakat untuk terus memegang amanah untuk menjaga rumah pusaka datuknya hingga kini masih berdiri teguh dan cantik dijaga. Hal ini dikongsikan olehnya di media sosial dan mendapat komen yang cukup positif dan rata-rata memuji usaha yang dilakukannya.

Ini perkongsiannya. 

Nak share rumah pusaka atuk saya. Haji Taib bin Abdulldullah. Gambar atas tahun 1937, bawah tahun 2017.

Rumah Pusaka Atuk. Generasi Cucu Pula Kini Terus Sepakat Jaga Amanah, Buat Yang Terbaik. Hebat Keluarga Ni!

IKLAN

80 tahun kemudian, waris semakin berkembang. Ayah saya adalah budak yang memakai kain sampin di depan gambar atas. Masa tu dia budak-budak lagi.

Sekarang rumah ini didiami oleh adik saya sekeluarga. Malangnya baru-baru ini ada kejadian ribut telah melanda kampung kami. Habis atap-atap pecah di hentam oleh objek yang melayang ketika Itu. Doakan bantuan bagi membaiki rumah ini dipermudahkan dan disegerakan. Aamiin.

IKLAN

Melihat posting sebuah keluarga yang berjaya mempertahankan rumah pusaka  seperti ini wajar diberi pujian dan tidak tentunya kita juga turut tumpang berasa bangga dengan Puan Samira Ramli dan seluruh adik beradiknya atas usaha yang dilakukan untuk mempertahankan rumah pusaka ini agar kekal elok dan teguh strukturnya.

Rumah Pusaka Atuk. Generasi Cucu Pula Kini Terus Sepakat Jaga Amanah, Buat Yang Terbaik. Hebat Keluarga Ni!
Puan Samira bersama keluarga

Malah tidak sahaja berkongsi kenangan rumah pusaka tersebut, Puan Samira turut berkongsi pada posting berlainan tentang amanahnya untuk menjaga bekas kuih peninggalan arwah ibunya yang kini telah pun berusia 50 tahun.

IKLAN

Rumah Pusaka Atuk. Generasi Cucu Pula Kini Terus Sepakat Jaga Amanah, Buat Yang Terbaik. Hebat Keluarga Ni!

Peninggalan Arwah Mak kepada saya. Usianya hampir 50 tahun rasanya. Umur saya pun dah 46. Saya anak ke7. Bekas ni dah wujud sebelum kewujudan saya. Sebelum ni ada 12 beradik. Sekarang tinggal 9 beradik. Menunjukkan kami masa kecik, nakal jugak la. Hehe..

Tapi Alhamdulillah sejak saya diamanahkan jaga 9 beradik ni hampir 15 tahun masih dalam keadaan baik Dan digunakan setiap Kali raya. Ada tak yang masih punya bekas kuih raya arcoroc France ini?

sumber : Samira Ramli 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI