Aiskrim Homemade Sebijik Macam Yang Dijual, Begini Buatnya!

Share

Melegakan tekak dengan menikmati kesejukkan rasa aiskrim yang lembut dan berperisa, tentu sahaja membuatkan kita seisi keluarga berpuas hati.

Apatah lagi bila aiskrim yang dimakan berperisa milo mahupun coklat, confirm ramai yang suka.

Nak tahu resipinya, ikuti perkongsian ini.


Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dengan aiskrim milo yang jual kat kedai tu..menjadi jugak.

Resepi aiskrim milo :

1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tambah sampai secukup rasa)
1 sudu kecil esen vanila
Milo secukupnya ( tak kesah nak letak banyak mana, kalo tak ada milo guna koko pon boleh)

Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cam stroberi, jagung, keladi atau apa-apa je..hehe

Campurkan semua bahan-bahan kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je sampai sebati dan gebu, pastu boleh la tuang dalam bekas dan sejukkan semalaman.

sumber : Ummu Hani via MAHN

IKLAN