Melegakan tekak dengan menikmati kesejukkan rasa aiskrim yang lembut dan berperisa, tentu sahaja membuatkan kita seisi keluarga berpuas hati.
Apatah lagi bila aiskrim yang dimakan berperisa milo mahupun coklat, confirm ramai yang suka.
Nak tahu resipinya, ikuti perkongsian ini.
Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dengan aiskrim milo yang jual kat kedai tu..menjadi jugak.
Ads
Resepi aiskrim milo :
Ads
1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tambah sampai secukup rasa)
1 sudu kecil esen vanila
Milo secukupnya ( tak kesah nak letak banyak mana, kalo tak ada milo guna koko pon boleh)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cam stroberi, jagung, keladi atau apa-apa je..hehe
Ads
Campurkan semua bahan-bahan kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je sampai sebati dan gebu, pastu boleh la tuang dalam bekas dan sejukkan semalaman.
Sungguhlah kenangan ketika zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup indah untuk dikenang. Bukan sahaja saat bermain dengan kawan-kawan malah momen membuat biskut raya bersama ibu di kampung juga begitu indah. Semuanya mempunyai kisah yang tersendiri. Akan tersimpan rapi di dalam ingatan setiap antara kita.
Umpamanya foto yang dikongsikan oleh Hasrianie Hamid ini, bukan sahaja berkongsi resipi biskut semperit yang kita akui menjadi antara biskut legend setiap kali raya. Bahkan lihat sahaja ruang membuat biskut semperit ini.
Cukup nyaman, di pangkin yang dikelilingi dengan sawah padi, nyata benar-benar menarik perhatian warganet untuk teringat zaman dulu-dulu. Apatah lagi dengan oven yang digunakan, memang nostalgia sangat hingga buat ramai terasa rindu dengan kenangan membakar biskut yang pernah dilalui.
Resipi Biskut Samperit Klasik
bismillahirrahmanirrahim…ramai sahabat minta kongsi resepi samperit cara saya…dulu saya buat berniaga..doakn murah rezeki saya..amiinnn
samperit klasik
1 ketul butter
11/3 cawan gula aising
1 cawan tepung kastad
2cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan cornflakes yang dikisar halus
2 biji merah telur gred A
ceri sebagai hiasan
cara cara :
1. Putar butter dan gula,masukkn merah telur,putar sekejap.
2. Kemudian masukkn cornflakes, masukkn tepung kastad dan tepung jagung. Pukul sampai sebati.
3. Last masukkn tepung gandum…sedikit-sedikit..jangan lebih dari 2 cawan, nanti adunan keras.
Setiap sayur ada khasiat yang terbaik untuk tubuh badan. Lantaran itu, setiap keluarga kena pastikan setiap hidangan terdapat masakan sayuran agar dapat menjamin kesihatan tubuh badan. Satu lagi jenis sayuran yang sangat bermanfaat bagi kesihatan dan harus menjadi pilihan menu seharian adalah kacang bendi.
Kacang bendi atau nama saintifiknya ‘abelmoschus esculentus’ mempunyai banyak khasiat tersembunyi di sebalik lendirannya. Sebagaimana perkongsian pakar otak menyifatkan masakan sayur bendi amat bermanfaat untuk kesihatan ahli keluarga. Jom semak penjelasan doktor ini DrRizal Abu Bakar
Petang ini kuliah sampai jam 5 petang. Saya habiskan awal sejam. Ada mesyuarat yang Dekan minta saya sertai.
Ketika mahu ke bilik mesyuarat, cikpuan isteri telefon. Mahu sayur apa hari ini. “Bendi stim” jawab saya ringkas.
Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.
Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.
Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.
Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.
Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:
1) Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.
2) Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.
.
3) Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
.
4) Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.
5) Anti nyanyuk atau alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenrative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.
Begitulah hebatnya makhluk kecil ini. Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah brain vege yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.
Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.